Hmmm... la rupanya aku tak post lagi : CCMB 2007

Bila belek-belek blog, rupanya aku tidak postkan lagi entry ini. Ya, memang manusia mudah lupa, ikut bahasa Arab. Kalau ikut Mahathir, melayu mudah lupa.

Syukur ke hadrat Ilahi, sebab akhirnya CCMB 2007 secara rasminya telah tamat. Ratusan jam telah dicurahkan - bukan aku seorang sahaja, tapi memang seluruh pasukan telah memerah keringat dan meluah tenaga. Terima kasih aku ucapkan.

Mula-mula dapat amanah CCMB ini, aku rasa macam 'bedebuk', jatuh dari langit. Berat. Kalau tak diruskan betul-betul boleh jadi murung (depression). Yalah, kalau setakat satu event insha Allah aku sudah berpengalaman, tetapi kalau 3-4 serentak? Fuh...

Sasaran Program Musim Bunga selalunya adalah mereka yang alergik dengan ceramah. Katanya, ceramah ini untuk orang baik-baik sahaja, untuk yang dah bertudung labuh dan suka berkopiah tambah mereka lagi. Kalau cakap pun ana enti. PUISI PPIMI dan Winter Gathering MSM mungkin untuk orang sebegini.

Jadi, mereka yang alergik dengan ceramah, suka dengan apa? Hmmm... dan mereka suka pada hiburan dan makan. Kalau bab makan, susah juga, sebab di Dublin semua jenis rempah ratus ada... jadi senanglah mereka nak buat lauk-pauk yang pelik-pelik, sebab nak Nasi Kerabu pun boleh di Dublin ini. Jadi program makan-makan tidaklah efektif sangat - "La... aku pun boleh masak..."

Jadi hiburanlah yang kita kena fokuskan. Bunyi macam pelik, tapi itulah hakikatnya. Kalau di sini, hiburan yang mengarut ada, yang tidak mengarut pun ada - ini jenis satira politik dan kritik sosial. Sedap-sedap saja tegur Bertie Ahern (tribunal EUR200) dalam teater atau stand up comedy. Kira hiburan berertilah... tapi kalau di Malaysia? Hmmm... entah.

Hmmm... maka CCMB ini perlulah aku fikir tentang hiburan yang bererti. Dan semestinya aku fikir sesuatu yang lain dari yang telah dibuat sebelum ini. Oleh kerana semua lajnah dalam PPIMI terlibat, maka ada yang aku 'subcon' (ini bukan ali baba yang ada dalam DEB itu ya?) kepada Lajnah Akademik, Perhubungan, Tarbiyyah, Ekonomi dan Kebajikan.

MASAI
Hmmm... aku pernah meneliti tulisan MGG Pillai yang mengamati 'Cultural Malay' dan juga 'Islamist Malay' (what a controversial definition) di tanah air. Mungkin terlalu politikal untuk dinukil di sini, tetapi memadailah aku katakan bahawa, budaya bangsa itu tidak terbunuh dengan datangnya Islam. Masalahnya, apabila amalan budaya dan agama itu tertukar... haa... itu masalah.

Jika Islamist Malay - mungkin diharamkan terus konsep Malam Berhibur ie. Malaysian Night ke apa. Tidak thiqah katanya. Selepas itu, kita hantar petisyen dan bantahan ke apa. Kalau Cultural Malay pula, memang sokong habis. Demi budaya katanya. Tetapi agama diletakkan nombor dua tiga empat atau lima. Hmmm... aku fikir... macam mana ya? Baik aku 'hijack' saja Malaysia Nite ini... haha...

Yalah, jika tertegak negara Islam (wow, ini istilah impian!), takkan kita ingin cantas saja hiburan? Tidak logik... tidak logik. Revolusi hiburan memerlukan masa untuk melahirkan artis-artis yang bertunjang ilmu. Tidak banyak yang seperti Ebiet G Ade atau M Nasir, atau Loloq. Bait-bait lagunya penuh dengan kritikan sosial yang keras (Mabuk - Spider) yang mengingatkan masyarakat terutamanya yang jenis tak pergi ceramah di masjid dan surau-surau.

Sedang aku duduk melangut tengok skylight di bilik, aku terfikir, ishhh kalau dapat buat benda ini, cool juga. Bila diperah lagi, fuh... inilah benda paling berat. Jika tak hati-hati, mesti ada hati yang terluka.

Berpandukan Malam Manifestasi Seni dan Islam yang pernah dianjurkan di SMAPK dahulu, aku mula menconteng-conteng apa yang agaknya realistik untuk dibuat di Dublin. Yalah, majoritinya pelajar perubatan, yang tentunya agak sibuk (masa tak pernah cukup...) berbanding lain-lain jurusan.

Najmi menyarankan supaya namanya jadi Malam Cinta Kita - tapi aku menolak... hehe aku memang degil sikit. Lagi pun aku tak berapa sangat pelangi-pelangi cinta ukhwah ke apa... sebab tidak berapa berpijak pada bumi yang nyata - its dog eat dog out there!

MASAI juga aku fikirkan supaya ia menjadi hiburan alternatif. Bukan tak boleh berhibur, cuma aku yakin, hiburan yang sepatutnya adalah hiburan yang mempunyai makna dan falfasah di sebaliknya, jika muziknya semacam M Nasir, Kopratasa dan Ebiet G. Ade, malah lagu-lagu Melayu tradisional. Jika lakonan, mesti ada kritik sosial - biar sedar sikit penonton tentang realiti sekarang. Bukan disuapkan dengan fantasi yang memang pun terawang-awang...

IMHO, seni adalah manifestasi bagi sesebuah tamadun. Islam tidak datang mencantas budaya (merompak identiti?), malah ia menyuburkannya lagi. Kesultanan Melayu Melaka, dan seterusnya, punyalah kaya dengan budaya yang diadunkan menurut acuan Islam. Naquib Al-Attas pun pernah cakap lebih kurang beginilah... Hindu dan Budhha tidak dapat melahirkan Melayu yang kritikal... yalah... mana ada dalam sejarah Melayu Hindu dan Buddha yang betul-betul menjadi tokoh ulung macam falsafah ke...

Dalam MASAI juga aku rasa perlu ada seni drama. Zaman dulu-dulu memang maju bidang ini. Yalah, pada waktu itu, mana ada televisyen atau pun radio... yang ada, menerusi bait-bait puisi, gurindam, dan diterjemahkan dalam bentuk bangsawan dan seni pentas. Punyalah tinggi Bahasa Melayu, sampai menjadi lingua franca. Kiranya, kalau pedagang Arab dan Cina nak berniaga, mesti fasih barulah boleh jalan perniagaan...

Fuh... bercakap memang senang, maklumlah freedom of speech di sini. Freedom freedom freedom. Hmmm... dari alam fikiran... memang semua boleh belaka. Tapi kalau di syurga, semua boleh. Masalahnya, kita belum berada di syurga lagi...

Kalau alam bercakap... fuh! Memang sedap juga. Yalah, jadi pengkritik makanan misalnya. Lancar saja berceloteh tentang masakan orang. Suruh masak sendiri, tak tahu pula! Alahai... bak kata orang putih - walk the talk.

Hmmm... macam mana ya? Bab nak amal ini sengal sikit. Aku pernah meneliti paper yang dipublish tentang muzik dalam Jurnal Seasons. Siap ada jadual untuk memahamkan pembaca. Pasal teater pula, berpandukan ingatan lama aku di SMAPK dulu (yang semestinya lebih 'konservatif') serta nasihat ustaz-ustaz... dan pada waktu teringat itu jugalah, terkenang kawan lama Shahrulnizam (3 tahun tak jumpa), yang bab-bab tarian zapin dan kuda kepang mantap habis, siap rajin masuk yang berjemaah di Dataran Merdeka waktu Hari Kebangsaan dan hari-hari kebesaran... hmmm bilalah nak berjumpa balik...

Mengenai muzik, sahlah lagu yang dipilih mesti berunsur nasihat. Kalau ikut aku, lagu Seloka Cak Kun, dan Cinta Dulu Cinta Sekarang, sebab boleh menegur penonton direct. Atau pun lagu-lagu Nadamurni, tapi kena revise sikit rentak dia, nanti macam mengantuk pula atau tak kena mood. Bila dipadankan dengan tayangan slaid yang memaparkan visual dan lirik, menjadikan penyampaian lebih efektif.

Tak pun main irama tradisional kita. Terpaksalah pemuzik menjinakkan jari untuk memetik gitar karan untuk lagu ghazal... fuhh... untuk accordion pula, boleh pakai keyboard yang sambung pakai USB dengan software Reason, Logic, Ableton atau Garageband... Pergh memang masyuk kalau ikut imaginasi diri...

Malangnya kekangan masa menjadi penghalang... yalah, kami adalah mahasiswa-mahasiswi bukannya pelakon dan pemuzik sepenuh masa - ada budak ACCA, dan ada juga budak Medic... tak boleh nak impikan lebih-lebih sangat. Kalau semua di sini menuntut akademi muzik lain ceritalah.

Akhirnya, isi pada MASAI nanti - teater, persembahan muzik live, dan membaca sajak. Teater, hmmm... perit dan berat. Persembahan muzik live - ramai juga kaki-kaki gitar dan drum di Dublin, insha Allah boleh digemblengkan. Membaca sajak? GKLN ada.

Tentang teater, apa-apa pun, ikut skrip. Jika ia sudah mengarut ceritanya, tak perlulah nak fikir lama-lama lagi. Payah nak mencari skrip... dengan kami yang jauh dari tanah air. Kalau sketsa yang lamanya 15 minit mungkin boleh ditulis dengan jangka masa yang ada. Ini full-length 1 jam setengah... macam mana?

Ini belum masuk nak mencari (dan memujuk). Dengan kepalaku yang semakin berserabut dari hari ke hari, Alhamdulillah ada Safwan dan pasukannya. Bersama dengan skrip karya Adibah Abdullah, terhasillah satu paduan yang mantap. Dan perlu aku nyatakan,bekerja dengan mereka mengajarkan banyak benda yang tidak aku lupakan sampai bila-bila.

Untuk persembahan muzik live pula, Kirin dan rakan-rakan bersetuju untuk turut serta. Seronok melihat mereka 'jamming' di studio RCSI, dan mereka akan membawakan lagu Keroncong 'Sayang Di Sayang' dan Mantera Semerah Padi. Slideshow telah pun disiapkan oleh LMT PPIMI... yang keroncong itu sebab ia macam teringat pada tanah air, maka aku suruh budak-nudak ini buat slideshow yang menayangkan muka MB dan Sultan di setiap negeri dan wilayah di Malaysia. Untuk yang Mantera Semerah Padi, cukup kot letak foto-foto budaya orang Melayu.

Oleh kerana tentatif aku rasakan masih tak berapa penuh, maka aku impot Kumpulan Nasyid Al-Qamar. Itu bermakna aku pun kena naik ke pentas sekali. Aiya... bertambah serabut kepala aku.... nak buat macam mana...

Alang0alang dah naik ke pentas, baik aku ajak Si Asyhraff untuk berduet lagu Father & Son, bersama Kirin & rakan-rakannya memainkan muziknya. Haha baru puas hati aku. Jadi malam itu aku naik ke pentas 3 kali - ucapan Pengarah, Al-Qamar dan duet Father & Son.

Akhir sekali, untuk gear 1 pada malam itu, GKLN menghantar Salsabila untuk mendeklamasi sajaknya yang bertajuk 'Sepertiga Malam'. Hmmm... macam Al-Layl dendangan Muhammad Husayyan (yang serupa betul dengan Leonard Cohen's Hallelujah)...

Masalah pada malam tersebut adalah 'timing' waktu solat. Aku rasa down jugalah sebab tak dapat ikut pelan asal. Dahlah hadirin datang lambat... aiya... makin serabut! Namun, aku anggap itulah ujian dan teguran, yang memberi pengajaran untuk diri aku dan generasi mendatang.

Selain itu, tentang peel/sikap penonton yang tidaklah aku gemar - bising tak tentu pasal. Waktu teater sedang berlangsung, masa itulah nak berborak. Ingat tengok gusti di warung mamak ke? Ikut pengalaman aku, kalau orang belah sini menonton teater atau tengok muzikal, taklah naik riuh. Kalau orkestra atau simfoni, berbisik pun tak boleh. Dan, tepukan tangan diberi semestinya bukan ketika persembahan sedang berlangsung, dan tidak mengganggu kelancarannya. Kalau nak paling gemuruh pun, bila semuanya sudah tamat. Pendek kata, 'civilised'. Ada adab, atau tahu menghargai orang lain. Ahh... ini memang masuk dalam senarai 'Malaysia Boleh' yang masih belum tercapai, bukan?

Di kesempatan ini, terima kasih aku ucapkan kepada Safwan dan pasukannya, Adibah Manchester sudi memberi izin skrip 'Harum Cinta Aisyah'. Terima kasih kepada Kumpulan Keroncong Dublin dan GKLN (Salsabila) kerana ambil bahagian. Terima kasih kepada Al-Qamar. Terima kasih juga kepada Najmi menjadi MC yang ceria, dan selalu menasihatkan dan mengingatkan aku. Terima kasih juga kepada Lajnah Kebajikan dan Ekonomi yang menguruskan ground work... Dan tidak dilupakan, Ariff yang mempercayai aku untuk mengetuai CCMB 2007.


//Sepertiga Malam http://www.youtube.com/watch?v=TiYMla-Cp2E



//Kumpulan Keroncong Warisan Yayasan Dublin - ingat nak minta mereka nyanyikan Cinta Dulu Cinta Sekarang dendagan SM Salim... tapi tak sempat...


//Harum Cinta Aisyah... http://www.dailymotion.com/videos/relevance/search/harum+cinta+aisyah/1


Karam Singh Walia & Khoo Kay Kim
Yang ini, aku mengintai peluang membawa mereka ke mari semenjak UKEC mengumumkan Projek Amanat Negara, melalui senior dan kawan lama Wan Mohd Firdaus. Entah berapa kali aku cuba 'kejar', akhirnya dengan izin Allah dapat juga mereka datang ke Dublin... huh lega.

Hmmm... Aku fikir elok jika mereka menceritakan realiti Malaysia sempena ulang tahun ke-50 merdekanya negara kita dengan matang. Untuk ini, aku subconkan kepada Akademik yang dipimpin oleh Asrih. Dan pada hari itu, Bakri yang juga presiden Malaysian Postgraduate Students in Ireland (MYPSI) menjadi MC... dan sememangnya penonton tidak puas mendengar dek terhadnya masa yang ada...

Sewaktu membawa yang diraikan bersiar-siar, Prof Khoo Kay Kim, sempat berborak-borak mengenai isu-isu penting yang dimainkan di tanah air. Layan sungguhlah... huhu. Beliau juga mengeluh, yalah, dah mempengerusikan banyak 'policy maker' / think tank / majlis penyelidik, bila nak dilaksanakan, tidak dibuat... ya, beliau maksudkan, orang politik. Buat penat saja beri nasihat tapi tak buat... sebab kuasanya bukan pada kita - SUHAKAM tiada kuasa... jadi nak marah-marah sangat pun tiada makna, sebab yang berkuasa adalah orang politik...

Dengan Karam Singh Walia, lagi masyuk. Sempat beliau titipkan pengalaman menghadapi 'perasuah-perasuah' yang menggunakan umpan duit - ratusan ribu hingga juta, dengan tunai di depan mata. Semuanya untuk menghalang beliau dari membongkar kegiatan terkutuk pencemar-pencemar alam sekitar... Dan dalam perbualan kami para penyambut tetamu, siap sebut - "Inilah ujian dari Tuhan, nak tengok iman kita macam mana...". Nasib baik tak sebut perkataan-perkataan arab yang lain macam tarbiyah, wasilah, ukhuwwah, tsabat dan sebagainya. Kalau tak, mesti lagi 'cool' dan membuatkan aku terkedu.

Paintball & Explorace
Yang ini pula, untuk aktiviti luar dan lasak. Bosan juga duduk rumah sewaktu panas musim bunga mula memeluk erat kota Dublin. Paintball kali ini dihandle oleh Afiq Eroz, manakala Explorace pula dijaga oleh Wan Norliyana TCD... dan memang menarik, sebab treasure hunt di tengah-tengah kota Dublin! Kalau boleh join dah lama aku join sekali... tapi aku rasa menembak kawan (musuh?) di Paintball pun apa kurangnya haha. Akhirnya kumpulan aku berjaya menjadi pasukan keempat terbaik..

Hmmm... cukuplah buat kali ini. Macam mengarut pula. Untuk Forum yang Meor uruskan... aku akan tulis kemudian. Itu kena ada satu entry khas.

No comments: