4 soalan bocor...

3 minggu lepas, Ustaz Sobri menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negeri - selalunya aku datang situ sebab penghawa dinginnya kuat, jadi mewujudkan suasana kondusif untuk berehat ie. tidur. Baiklah, berbalik kepada khutbah Jumaat beliau.

Intipatinya, sewaktu di hari akhirat kelak, kita akan ditanya empat soalan cepumas. Cara ditanya itu (OSCE, long case, MCQ, EMQ, essay atau viva), hanya Allah saja yang berhak. Namun, yang pastinya kita tidak boleh menipu - segala bukti telah pun Allah sendiri yang simpan.

Soalan pertama; Umur yang diberi, ke mana kamu luangkan?

Soalan kedua: Harta yang kamu dapat, dari mana kamu dapat, dan ke mana kamu belanjakan?

Soalan ketiga: Kesihatan yang kamu nikmati, ke mana kamu gunakan?

Soalan keempat: Ilmu yang kamu pelajari, ke mana kamu aplikasikan?

Sesungguhnya, mati tidak pernah mungkir, hanya kita saja.

2 comments:

Anonymous said...

Ustaz Sobri memang best...kalau rajin turun la Surau Bukit Dumbar.Tiap2 bulan dia bagi kuliah kat sini.

Btw, Ustaz Sobri ialah calon Parlimen Kepala Batas. Lawan Pak Lah tu

bapeq

en sudin said...
This comment has been removed by the author.