Kebetulan ABIM Pulau Pinang menganjurkan tayangan Sang Murabbi di Dewan Sri Pinang. Bak kata pepatah, orang mengantuk disorongkan bantal...
// Kami tiba dilokasi tayangan awal. Jadi sempat bergambar dan...
// makan malam di Padang Kota Lama. Lantainya kotor sungguh. The last place I would recommend to go for food - dirty and expensive!
// Menonton Dato' Shah Rukh Khan di peti televisyen... siaran paling bersejarah selepas mendaratnya Neil Armstrong di bulan!
// Pak Hilal, orang FORKOMMI - Forum Komunikasi Masyarakat Muslim Indonesia
// Boleh lihat apa yang tertera di slaid.
// Ya, TKM 1 Pulau Pinang pun mai!
// Dalam 100++ khalayak yang hadir. Sang Murabbi adalah White Knight. Jika ini adalah tayangan Dark Knight, pasti tidak muat Dewan Sri Pinang!
Sang Murabbi... edisi Malaysia? Banyak tokoh yang boleh dijadikan watak utama. Dan boleh bertanding di Cannes terus!
Hmmm... tokoh boleh dicari, mari kita fikir-fikir untuk tajuk yang menarik:
The Guru (Tuan Guru?)
Sang Mursyid
Bukan Kerana Pangkat
Amir
Peristiwa 16 September
The Future Nur
postscriptum : Kang Abik sedang berusaha keras membantu menyiapkan filem Bila Cinta Bertasbih. Ingat, ia novel pembangun jiwa, bukan novel cinta...
No comments:
Post a Comment