Seharum Kesturi

Mutakhir ini, isu PPSMI, cadangan rombakan sekolah vernakular, mesyuarat meja bulat (ish macam hikayat kesatria meja bulat pula) dan tidak kurang juga dengan papan tanda berbagai bahasa dihidangkan melalui media massa mengikut citarasa tuan empunya syarikat.

Para intelek telah lama meramukan penyelesaiannya... malangnya, pihak berwajib buat macam tak reti. Seolah-olah mereka ini tidak wujud!


// Pembentangan kertas kerja:
  • Ilmu Falsafah dan Ilmu Keagamaan Sebagai Pemangkin Kemajuan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmiah
    Prof Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar
  • Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Telah, Lani dan Kelak
    Dr. Shaharir Mohamad Zain
  • Sumber Terawal Pengetahuan Melayu
    Prof Madya Dr Alinor bin Abdul Kadir


// Forum yang hangat seperti kuih pau yang baru keluar dari ketuhar... hangat! 2 dari Gapena, 1 dari DBP dan dipengerusikan sendiri oleh ASASI.

Terima kasih kepada Kesturi (http://www.kesturi.net) kerana membenarkan saya mendaftar pada saat-saat akhir...

Catatan penuh menyusul kemudian, ya?

1 comment:

Aqil Fithri said...

salaam!

tak sabar nak baca ulasan sdr nanti :-)