Hmmm... la rupanya aku tak post lagi : CCMB 2007

Bila belek-belek blog, rupanya aku tidak postkan lagi entry ini. Ya, memang manusia mudah lupa, ikut bahasa Arab. Kalau ikut Mahathir, melayu mudah lupa.

Syukur ke hadrat Ilahi, sebab akhirnya CCMB 2007 secara rasminya telah tamat. Ratusan jam telah dicurahkan - bukan aku seorang sahaja, tapi memang seluruh pasukan telah memerah keringat dan meluah tenaga. Terima kasih aku ucapkan.

Mula-mula dapat amanah CCMB ini, aku rasa macam 'bedebuk', jatuh dari langit. Berat. Kalau tak diruskan betul-betul boleh jadi murung (depression). Yalah, kalau setakat satu event insha Allah aku sudah berpengalaman, tetapi kalau 3-4 serentak? Fuh...

Sasaran Program Musim Bunga selalunya adalah mereka yang alergik dengan ceramah. Katanya, ceramah ini untuk orang baik-baik sahaja, untuk yang dah bertudung labuh dan suka berkopiah tambah mereka lagi. Kalau cakap pun ana enti. PUISI PPIMI dan Winter Gathering MSM mungkin untuk orang sebegini.

Jadi, mereka yang alergik dengan ceramah, suka dengan apa? Hmmm... dan mereka suka pada hiburan dan makan. Kalau bab makan, susah juga, sebab di Dublin semua jenis rempah ratus ada... jadi senanglah mereka nak buat lauk-pauk yang pelik-pelik, sebab nak Nasi Kerabu pun boleh di Dublin ini. Jadi program makan-makan tidaklah efektif sangat - "La... aku pun boleh masak..."

Jadi hiburanlah yang kita kena fokuskan. Bunyi macam pelik, tapi itulah hakikatnya. Kalau di sini, hiburan yang mengarut ada, yang tidak mengarut pun ada - ini jenis satira politik dan kritik sosial. Sedap-sedap saja tegur Bertie Ahern (tribunal EUR200) dalam teater atau stand up comedy. Kira hiburan berertilah... tapi kalau di Malaysia? Hmmm... entah.

Hmmm... maka CCMB ini perlulah aku fikir tentang hiburan yang bererti. Dan semestinya aku fikir sesuatu yang lain dari yang telah dibuat sebelum ini. Oleh kerana semua lajnah dalam PPIMI terlibat, maka ada yang aku 'subcon' (ini bukan ali baba yang ada dalam DEB itu ya?) kepada Lajnah Akademik, Perhubungan, Tarbiyyah, Ekonomi dan Kebajikan.

MASAI
Hmmm... aku pernah meneliti tulisan MGG Pillai yang mengamati 'Cultural Malay' dan juga 'Islamist Malay' (what a controversial definition) di tanah air. Mungkin terlalu politikal untuk dinukil di sini, tetapi memadailah aku katakan bahawa, budaya bangsa itu tidak terbunuh dengan datangnya Islam. Masalahnya, apabila amalan budaya dan agama itu tertukar... haa... itu masalah.

Jika Islamist Malay - mungkin diharamkan terus konsep Malam Berhibur ie. Malaysian Night ke apa. Tidak thiqah katanya. Selepas itu, kita hantar petisyen dan bantahan ke apa. Kalau Cultural Malay pula, memang sokong habis. Demi budaya katanya. Tetapi agama diletakkan nombor dua tiga empat atau lima. Hmmm... aku fikir... macam mana ya? Baik aku 'hijack' saja Malaysia Nite ini... haha...

Yalah, jika tertegak negara Islam (wow, ini istilah impian!), takkan kita ingin cantas saja hiburan? Tidak logik... tidak logik. Revolusi hiburan memerlukan masa untuk melahirkan artis-artis yang bertunjang ilmu. Tidak banyak yang seperti Ebiet G Ade atau M Nasir, atau Loloq. Bait-bait lagunya penuh dengan kritikan sosial yang keras (Mabuk - Spider) yang mengingatkan masyarakat terutamanya yang jenis tak pergi ceramah di masjid dan surau-surau.

Sedang aku duduk melangut tengok skylight di bilik, aku terfikir, ishhh kalau dapat buat benda ini, cool juga. Bila diperah lagi, fuh... inilah benda paling berat. Jika tak hati-hati, mesti ada hati yang terluka.

Berpandukan Malam Manifestasi Seni dan Islam yang pernah dianjurkan di SMAPK dahulu, aku mula menconteng-conteng apa yang agaknya realistik untuk dibuat di Dublin. Yalah, majoritinya pelajar perubatan, yang tentunya agak sibuk (masa tak pernah cukup...) berbanding lain-lain jurusan.

Najmi menyarankan supaya namanya jadi Malam Cinta Kita - tapi aku menolak... hehe aku memang degil sikit. Lagi pun aku tak berapa sangat pelangi-pelangi cinta ukhwah ke apa... sebab tidak berapa berpijak pada bumi yang nyata - its dog eat dog out there!

MASAI juga aku fikirkan supaya ia menjadi hiburan alternatif. Bukan tak boleh berhibur, cuma aku yakin, hiburan yang sepatutnya adalah hiburan yang mempunyai makna dan falfasah di sebaliknya, jika muziknya semacam M Nasir, Kopratasa dan Ebiet G. Ade, malah lagu-lagu Melayu tradisional. Jika lakonan, mesti ada kritik sosial - biar sedar sikit penonton tentang realiti sekarang. Bukan disuapkan dengan fantasi yang memang pun terawang-awang...

IMHO, seni adalah manifestasi bagi sesebuah tamadun. Islam tidak datang mencantas budaya (merompak identiti?), malah ia menyuburkannya lagi. Kesultanan Melayu Melaka, dan seterusnya, punyalah kaya dengan budaya yang diadunkan menurut acuan Islam. Naquib Al-Attas pun pernah cakap lebih kurang beginilah... Hindu dan Budhha tidak dapat melahirkan Melayu yang kritikal... yalah... mana ada dalam sejarah Melayu Hindu dan Buddha yang betul-betul menjadi tokoh ulung macam falsafah ke...

Dalam MASAI juga aku rasa perlu ada seni drama. Zaman dulu-dulu memang maju bidang ini. Yalah, pada waktu itu, mana ada televisyen atau pun radio... yang ada, menerusi bait-bait puisi, gurindam, dan diterjemahkan dalam bentuk bangsawan dan seni pentas. Punyalah tinggi Bahasa Melayu, sampai menjadi lingua franca. Kiranya, kalau pedagang Arab dan Cina nak berniaga, mesti fasih barulah boleh jalan perniagaan...

Fuh... bercakap memang senang, maklumlah freedom of speech di sini. Freedom freedom freedom. Hmmm... dari alam fikiran... memang semua boleh belaka. Tapi kalau di syurga, semua boleh. Masalahnya, kita belum berada di syurga lagi...

Kalau alam bercakap... fuh! Memang sedap juga. Yalah, jadi pengkritik makanan misalnya. Lancar saja berceloteh tentang masakan orang. Suruh masak sendiri, tak tahu pula! Alahai... bak kata orang putih - walk the talk.

Hmmm... macam mana ya? Bab nak amal ini sengal sikit. Aku pernah meneliti paper yang dipublish tentang muzik dalam Jurnal Seasons. Siap ada jadual untuk memahamkan pembaca. Pasal teater pula, berpandukan ingatan lama aku di SMAPK dulu (yang semestinya lebih 'konservatif') serta nasihat ustaz-ustaz... dan pada waktu teringat itu jugalah, terkenang kawan lama Shahrulnizam (3 tahun tak jumpa), yang bab-bab tarian zapin dan kuda kepang mantap habis, siap rajin masuk yang berjemaah di Dataran Merdeka waktu Hari Kebangsaan dan hari-hari kebesaran... hmmm bilalah nak berjumpa balik...

Mengenai muzik, sahlah lagu yang dipilih mesti berunsur nasihat. Kalau ikut aku, lagu Seloka Cak Kun, dan Cinta Dulu Cinta Sekarang, sebab boleh menegur penonton direct. Atau pun lagu-lagu Nadamurni, tapi kena revise sikit rentak dia, nanti macam mengantuk pula atau tak kena mood. Bila dipadankan dengan tayangan slaid yang memaparkan visual dan lirik, menjadikan penyampaian lebih efektif.

Tak pun main irama tradisional kita. Terpaksalah pemuzik menjinakkan jari untuk memetik gitar karan untuk lagu ghazal... fuhh... untuk accordion pula, boleh pakai keyboard yang sambung pakai USB dengan software Reason, Logic, Ableton atau Garageband... Pergh memang masyuk kalau ikut imaginasi diri...

Malangnya kekangan masa menjadi penghalang... yalah, kami adalah mahasiswa-mahasiswi bukannya pelakon dan pemuzik sepenuh masa - ada budak ACCA, dan ada juga budak Medic... tak boleh nak impikan lebih-lebih sangat. Kalau semua di sini menuntut akademi muzik lain ceritalah.

Akhirnya, isi pada MASAI nanti - teater, persembahan muzik live, dan membaca sajak. Teater, hmmm... perit dan berat. Persembahan muzik live - ramai juga kaki-kaki gitar dan drum di Dublin, insha Allah boleh digemblengkan. Membaca sajak? GKLN ada.

Tentang teater, apa-apa pun, ikut skrip. Jika ia sudah mengarut ceritanya, tak perlulah nak fikir lama-lama lagi. Payah nak mencari skrip... dengan kami yang jauh dari tanah air. Kalau sketsa yang lamanya 15 minit mungkin boleh ditulis dengan jangka masa yang ada. Ini full-length 1 jam setengah... macam mana?

Ini belum masuk nak mencari (dan memujuk). Dengan kepalaku yang semakin berserabut dari hari ke hari, Alhamdulillah ada Safwan dan pasukannya. Bersama dengan skrip karya Adibah Abdullah, terhasillah satu paduan yang mantap. Dan perlu aku nyatakan,bekerja dengan mereka mengajarkan banyak benda yang tidak aku lupakan sampai bila-bila.

Untuk persembahan muzik live pula, Kirin dan rakan-rakan bersetuju untuk turut serta. Seronok melihat mereka 'jamming' di studio RCSI, dan mereka akan membawakan lagu Keroncong 'Sayang Di Sayang' dan Mantera Semerah Padi. Slideshow telah pun disiapkan oleh LMT PPIMI... yang keroncong itu sebab ia macam teringat pada tanah air, maka aku suruh budak-nudak ini buat slideshow yang menayangkan muka MB dan Sultan di setiap negeri dan wilayah di Malaysia. Untuk yang Mantera Semerah Padi, cukup kot letak foto-foto budaya orang Melayu.

Oleh kerana tentatif aku rasakan masih tak berapa penuh, maka aku impot Kumpulan Nasyid Al-Qamar. Itu bermakna aku pun kena naik ke pentas sekali. Aiya... bertambah serabut kepala aku.... nak buat macam mana...

Alang0alang dah naik ke pentas, baik aku ajak Si Asyhraff untuk berduet lagu Father & Son, bersama Kirin & rakan-rakannya memainkan muziknya. Haha baru puas hati aku. Jadi malam itu aku naik ke pentas 3 kali - ucapan Pengarah, Al-Qamar dan duet Father & Son.

Akhir sekali, untuk gear 1 pada malam itu, GKLN menghantar Salsabila untuk mendeklamasi sajaknya yang bertajuk 'Sepertiga Malam'. Hmmm... macam Al-Layl dendangan Muhammad Husayyan (yang serupa betul dengan Leonard Cohen's Hallelujah)...

Masalah pada malam tersebut adalah 'timing' waktu solat. Aku rasa down jugalah sebab tak dapat ikut pelan asal. Dahlah hadirin datang lambat... aiya... makin serabut! Namun, aku anggap itulah ujian dan teguran, yang memberi pengajaran untuk diri aku dan generasi mendatang.

Selain itu, tentang peel/sikap penonton yang tidaklah aku gemar - bising tak tentu pasal. Waktu teater sedang berlangsung, masa itulah nak berborak. Ingat tengok gusti di warung mamak ke? Ikut pengalaman aku, kalau orang belah sini menonton teater atau tengok muzikal, taklah naik riuh. Kalau orkestra atau simfoni, berbisik pun tak boleh. Dan, tepukan tangan diberi semestinya bukan ketika persembahan sedang berlangsung, dan tidak mengganggu kelancarannya. Kalau nak paling gemuruh pun, bila semuanya sudah tamat. Pendek kata, 'civilised'. Ada adab, atau tahu menghargai orang lain. Ahh... ini memang masuk dalam senarai 'Malaysia Boleh' yang masih belum tercapai, bukan?

Di kesempatan ini, terima kasih aku ucapkan kepada Safwan dan pasukannya, Adibah Manchester sudi memberi izin skrip 'Harum Cinta Aisyah'. Terima kasih kepada Kumpulan Keroncong Dublin dan GKLN (Salsabila) kerana ambil bahagian. Terima kasih kepada Al-Qamar. Terima kasih juga kepada Najmi menjadi MC yang ceria, dan selalu menasihatkan dan mengingatkan aku. Terima kasih juga kepada Lajnah Kebajikan dan Ekonomi yang menguruskan ground work... Dan tidak dilupakan, Ariff yang mempercayai aku untuk mengetuai CCMB 2007.


//Sepertiga Malam http://www.youtube.com/watch?v=TiYMla-Cp2E



//Kumpulan Keroncong Warisan Yayasan Dublin - ingat nak minta mereka nyanyikan Cinta Dulu Cinta Sekarang dendagan SM Salim... tapi tak sempat...


//Harum Cinta Aisyah... http://www.dailymotion.com/videos/relevance/search/harum+cinta+aisyah/1


Karam Singh Walia & Khoo Kay Kim
Yang ini, aku mengintai peluang membawa mereka ke mari semenjak UKEC mengumumkan Projek Amanat Negara, melalui senior dan kawan lama Wan Mohd Firdaus. Entah berapa kali aku cuba 'kejar', akhirnya dengan izin Allah dapat juga mereka datang ke Dublin... huh lega.

Hmmm... Aku fikir elok jika mereka menceritakan realiti Malaysia sempena ulang tahun ke-50 merdekanya negara kita dengan matang. Untuk ini, aku subconkan kepada Akademik yang dipimpin oleh Asrih. Dan pada hari itu, Bakri yang juga presiden Malaysian Postgraduate Students in Ireland (MYPSI) menjadi MC... dan sememangnya penonton tidak puas mendengar dek terhadnya masa yang ada...

Sewaktu membawa yang diraikan bersiar-siar, Prof Khoo Kay Kim, sempat berborak-borak mengenai isu-isu penting yang dimainkan di tanah air. Layan sungguhlah... huhu. Beliau juga mengeluh, yalah, dah mempengerusikan banyak 'policy maker' / think tank / majlis penyelidik, bila nak dilaksanakan, tidak dibuat... ya, beliau maksudkan, orang politik. Buat penat saja beri nasihat tapi tak buat... sebab kuasanya bukan pada kita - SUHAKAM tiada kuasa... jadi nak marah-marah sangat pun tiada makna, sebab yang berkuasa adalah orang politik...

Dengan Karam Singh Walia, lagi masyuk. Sempat beliau titipkan pengalaman menghadapi 'perasuah-perasuah' yang menggunakan umpan duit - ratusan ribu hingga juta, dengan tunai di depan mata. Semuanya untuk menghalang beliau dari membongkar kegiatan terkutuk pencemar-pencemar alam sekitar... Dan dalam perbualan kami para penyambut tetamu, siap sebut - "Inilah ujian dari Tuhan, nak tengok iman kita macam mana...". Nasib baik tak sebut perkataan-perkataan arab yang lain macam tarbiyah, wasilah, ukhuwwah, tsabat dan sebagainya. Kalau tak, mesti lagi 'cool' dan membuatkan aku terkedu.

Paintball & Explorace
Yang ini pula, untuk aktiviti luar dan lasak. Bosan juga duduk rumah sewaktu panas musim bunga mula memeluk erat kota Dublin. Paintball kali ini dihandle oleh Afiq Eroz, manakala Explorace pula dijaga oleh Wan Norliyana TCD... dan memang menarik, sebab treasure hunt di tengah-tengah kota Dublin! Kalau boleh join dah lama aku join sekali... tapi aku rasa menembak kawan (musuh?) di Paintball pun apa kurangnya haha. Akhirnya kumpulan aku berjaya menjadi pasukan keempat terbaik..

Hmmm... cukuplah buat kali ini. Macam mengarut pula. Untuk Forum yang Meor uruskan... aku akan tulis kemudian. Itu kena ada satu entry khas.

Lawak juga BMJ ini sebenarnya

Kadangkala, BMJ pun ada artikel yang kelakar...

Pimp my slang

Paul W Keeley, consultant

1 Department of Palliative Medicine, Glasgow Royal Infirmary, Glasgow G4 0SF

paul.keeley@northglasgow.scot.nhs.uk

Struggling to understand what your colleagues are saying? Paul Keeley provides a guide to some medical neologisms

One of the principal virtues of English is its malleability and easy incorporation of new words, and new meanings for old ones. The language has been constantly changing, enriched by each wave of immigration and by exposure to other languages, most notably during the days of the British Empire.1

The rate of change has accelerated recently with the advent of electronic media. Coupled with this has been the development of urban slang, tracked by online publications such as the Urban Dictionary2 New terms can be derived from existing words or from popular culture (especially film, television, and the internet). Just as doctors need to familiarise themselves with new words arising from new concepts and technologies they need to keep up with changing usages and slang.

But it can be hard,3 particularly for those who don’t recognise the references. Here is a small selection of new terms in current use. I would be delighted to hear of more. (No personal inventions, please.)

404 moment

The point in a ward round when-despite all efforts to look through the notes or access electronic systems-a particular result cannot be located. (From the world wide web error message "404 document not found.")

Adminosphere

The pleasantly decorated and furnished palatial offices of trust management or the dean.

Administrivia

The flurry of pointless emails and paperwork that emanate from the adminosphere.

Agnostication

The (usually vain) attempt to answer the question, "How long have I got, doc?"

Blamestorming

A session of mutual recrimination during which a multidisciplinary team attempts to apportion blame for some particularly egregious error.

Disco biscuits

E, ecstasy, or methylenedioxymethamphetamine (MDMA) - a class A drug under the Misuse of Drugs Act 1971. Commonly used as a recreational drug by clubbers. An emergency doctor might say: "The man in cubicle 3 looks like he’s taken one too many disco biscuits."

Father Jack

The confused, usually elderly patient whose constant high pitched verbal ejaculation and attempts to get out of bed are responsible for insomnia on wards. (From a character in the television series Father Ted, who would sit in the corner of a room shouting "Drink," "Feck," "Arse," etc.)

Fonzie

A middle grade doctor seemingly unflappable in any medical emergency. Based on the character Arthur "Fonzie" Fonzarelli from the American sitcom Happy Days. The allusion is to a conversation in the final scene of the Quentin Tarantino film Pulp Fiction:

Yolanda: You don’t hurt him!

Jules: Nobody’s gonna hurt anybody. We’re gonna be like three little Fonzies here. And what’s Fonzie like? Come on, Yolanda! What’s Fonzie like?

Yolanda: Cool?

Jules: What?

Yolanda: He’s cool.

Jules: Correctamundo! And that’s what we’re gonna be. We’re gonna be cool.

Gerifix

A combination of broad spectrum antibiotics, thiazide diuretics, and nebulised bronchodilators (with or without corticosteroids) prescribed to elderly patients admitted to UK hospitals between October and March.

Hasselhoff

A patient presenting to accident and emergency with an injury with a bizarre explanation. (After the former Baywatch actor David Hasselhoff, who suffered a freak injury when he hit his head on a chandelier while shaving. The broken glass severed four tendons as well as an artery in his right arm, which required immediate surgery.4)

It’s like . . .

The opening words of every medical or nursing student sentence. Just ignore.

Jack Bauer

A doctor still up and working after 24 hours on the job—now something of a rarity but will be recognised by older clinicians. Usually a bit tetchy:

Colleague: Going for lunch, Jack?

JB: (shouts) "THERE ISN’T TIME!"

(From the lead character in the television series 24.)]

MacTilt

The lateral movement of the head to an angle of 45° to the vertical by a palliative care nurse specialist. It is intended to convey sympathy and understanding. (Mac from Macmillan nurse—a specialist palliative care nurse—and tilt.)

Mini me

A trainee or medical student who emulates their senior colleague a little too much but doesn’t say a lot. Can be very annoying. (From the character in the Austin Powers films.)

Ringo

Expendable member of a team. (After Ringo Starr, drummer with the Beatles. John, Paul, and George went on to successful solo careers. Ringo did the voiceover for Thomas the Tank Engine.)

Search and rescue

The medical middle grader allocated to look after the patients dotted in non-medical wards.

Testiculation

The holding forth with expressive hand gestures by a consultant on a subject on which he or she has little knowledge. (Concatenation of testicle and gesticulate.)

Ward 101

The source of referrals that fills the recipient with dread. (From room 101, which contained all the deepest fears of the protagonist in George Orwell’s novel 1984.)


Competing interests: None declared.

Provenance and peer review: Not commissioned, not externally peer reviewed.

References

  1. Bragg M. The adventure of English. London: Sceptre, 2004.
  2. Urban dictionary. www.urbandictionary.com/
  3. Fox AT, Fertleman M, Cahill P, Palmer RD. Medical slang in British hospitals. Ethics Behav 2003;13:173-89.[CrossRef][ISI][Medline]
  4. Hasselhoff in chandelier accident. BBC News Online 2006 Jun 30. http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/london/5135030.stm.

2010...

Photobucket
//Hmmm... kecil sangatlah pula. Baju biru, berdiri 2 dari kiri, sebelah Ahmad...

Hitam Putih PUISI 2007


//AJK PUISI 2007. Dari yang memasak hinggalah yang menampal poster... Sila klik untuk besarkan foto.


//Srikandi-srikandi PUISI 2007. Sila klik untuk besarkan foto.


//Putera-putera PUISI 2007. Sila klik untuk besarkan foto.



Photobucket
//Begini caranya...

Photobucket
//MC yang bersahaja...

Photobucket
//Ketua Chef pun ada kamera besar, iaitu Canon 40D... kalah aku punya.

Photobucket
//Aktiviti luar. Cuaca memang baik, persis musim bunga!

Photobucket
//Bergambar kenang-kenangan...

Photobucket
//Gambar macam ini boleh dibuat peraduan mencipta dialog...

Photobucket
//Petah.

Semangat semangat semangat

Semangat semangat semangat... peperiksaan bermula 2 hari lagi, habisnya menjelang 26hb Januari nanti.



All For Ummah - Kembali Ke Sekolah

Di subuh hening kuterjaga
Kumenyuci diri gagah berdiri
Sarung baju putih suci dan bersih
Hidangan sarapan rezeki pertama

Bersalam-salaman dengan ayah bonda
Pinta restu mereka berdua
Berjalanlah aku menyusuri denai
Tuju ke sekolah menuntut ilmu

Ustaz membaca alif ba ta
Cikgu mengira satu dua
Ku ikhlas mendengar dan berfikir
Moga diberkati Pencipta Alam

Membaca menulis mengira
Bersama guru yang tercinta
Elakkan sifat dengki khianat
Menara gading akan kujejaki

Kubelajar bersama rakan
Jalinkan kasih hidup ceria
Elakkan sifat dengki khianat
Moga hidup akan diberkati


Terima kasih Ihab sebab emailkan rakaman mp3 'Live Hari Guru 1999'. Direkod ke dalam kaset dengan mini compo yang disambung dengan PA system di dewan sekolah. Ketika itu MP3 player memang tak wujud di sekolah...

Dah dah... aku nak log off... doakan kejayaan bersama, ya?

Tahun Baru 2008

Dah 2008. Hijriah punya pun dah nak masuk 1429. Wow!

Cerita peperiksaan - Mari menyiapkan diri untuk peperiksaan yang kian hampir - 'OSCE berjemaah' dan bertulis...

Cerita PUISI
- Datang lagi ke Coppaquin. Kali ini, peserta laki-laki dan wanita lebih seimbang ramainya. Bagus. Lagu tema pun rancak semacam. Bagus. Kamera Digital SLR pun semakin banyak. Bagus. Entah-entah tahun depan, camcorder ada banyak pula. Lagi bagus!


//Lepas buat ini, rasa nak beli Macbook Pro pula. Tapi duit takde. Hmmm... kena fikir macam mana nak menternak duit...

Cerita Turki - rupanya di Istanbul banyak lagi tempat yang tak disinggahi - makam-makam sahabat macam Abu Zar dan Amru Al-'As. Aiya... takpe nanti datang lain kali.

Harapnya dengan nak masuk EU (buat-buat atau nak masuk betul?), kuasa tentera berjaya dinyahkan supaya rakyatnya boleh hidup aman damai harmoni dan sejahtera. Takde lah nak nampak lagi hijab ditanggalkan (ya saya lihat live, dulu takat percaya saja) ketika nak masuk ke universiti yang pintunya semacam checkpoint di PUTRA atau STAR LRT.

Tapi kalau Turki masuk EU pun, buat perabih Ayran (dadih + garam) saja di kemudian hari. Sebab? Ekonomi Turki naiknya lebih dari ekonomi EU... dan Turki adalah antara beberapa negara yang boleh hidup sendiri. Kalau dulu orang kita boleh jadi jutawan dan kaya jika melancong ke sana, tapi sekarang tinggal kenangan sajalah...

Haih, apa fasal nak sibuk tentang Turki? Patutnya tengok tanah air dululah!

Catatan di Bursa

Alhamdulillah dapat merasa Hari Raya Korban di Turki. Menjelang malam raya, bazaar penuh bagai nak rak - mereka membeli-belah kali terakhir. Wow. Oh ya, mereka solat sunatnya, lepas solat Subuh. Lain sikit. Kalau tak ambil kisah dan ikut Malaysia, memang jadi sejarah hiduplah - tak solat sunat Eidul Adha.

Di sini saya melawat makam Osman dan Orhan Gazi di kawasan Hisar. Sebelahnya ada menara untuk melihat kebakaran di sekeliling. Juga dapat melihat stesen janakuasa nuklear jauh di sebelah bukit sana. Yeni Camii agak jauh sikit...

Nun di bawah sana, tersergam gagah (walaupun tua) Ulu Camii yang mengikut senibina Seljuk, tidak seperti yang Sinan punya. Saya sempat berborak dan minum teh dengan penjaga masjid dan muazzinnya. Layan juga walaupun bahasa Arab yang berkarat. Heh, agak lucu bila melihat pemandu yang rupanya menghafal skrip, membawa pelancong-pelancong dari Malaysia. Bila ditanya lebih-lebih, kelu lidah!

Berhampiran Ulu Camii, kelihatan pasar yang sentiasa sibuk (atau musim raya haji?). Di sinilah tempat saya membeli beberapa helai tudung yang saiznya agak kecil, walaupun ada ratusan (mungkin ribuan) corak yang menjadikan saya bingung, tak tahu nak pilih yang mana satu, apabila tokey kedai suami isteri membentangkan tudung di depan mata. Tapi takpe, kalau tak jadi tudung pun, boleh jadi lapik meja, atau pun di'frame'kan saja di dinding buat perhiasan...

Dari Bursa saya naik ke Uludag untuk berski. Terasa nyaman pabila meluncur turun, walau acapkali kemalangan. Seronoknya puluhan kali ganda berbanding di Melrose, Scotland beberapa lama dulu. Mungkin sebab segalanya halal... nak makan pun tanpa was-was.

Oh ya, Bursa juga bandar yang rasanya seimbang - tak terlalu kebaratan seperti Istanbul dan Ankara, masih punya ruh, dan moden. Konya lebih 'konservatif'... maklumlah tempat Rumi.

Catatan di Konya

Tidur dı Otogar? Hmmm... it wasn't a bad idea...

Di Otogar bandar-bandar besar, ada heating dan left luggage counter. Busaras is a dwarf! Tempat tidur? Kerusi dan meja pun banyak. Oleh sebab ramai saja yang buat macam itu... jadi no hal. Juga boleh minum bercawan-cawan teh sebelum tidur!

Of course untuk perempuan carilah Ocuz Otel... lagi selamat dari tidur merata. Tak pun tidur di Mescit atau Camii, paling koman. But tak manislah.

Tidur di Otogar, banyaklah yang menegur. Japan? Korea? China? Taiwan? Haha. Jika di Tenggara, lebih mudah berbahasa Arab dari Turkı yg saya langsung tak faham. Alhamdulillah, walaupun berkarat, boleh juga faham loghat Syria...

Oh ya, tentang Konya. Quite a madness... for a sheikh who died yonks ago. Bait-bait puisinya juga lebih popular dari Shakespeare di negeri Benggali Putih (USA) - hmmm betul ke Prof Wiki?

Ince Minaret, Seyma dan juga banyak Camii yang beratus tahun tuanya - ada yang sezaman dengan Kesultanan Melayu Melaka!

Hmmm... apa-apapun agak bosan juga berjalan seorang diri. Yang selalu teman, Tuhan Manusia. Sebut juga tentang Rumi. Masuk hari ini, dah hampir 3 kali habis dah. Oh ya, teman-teman lain - OHCM & Pathology agak berat sedikit...

Ok itu sajalah. Nak pergi minum Çay sambil menelaah ayat:

Andai kota itu peradaban, rumah itu budaya, dan menurut ibu, agama itu tiang serinya.

Sedikit catatan dari Urfa

Tempat-tempat menarik di Istanbul:

Kota ini sudah pun beratus-ratus tahun lamanya, jadi terlalu banyak 'saksi hidup' yang tinggal yang sempat saya lawati selama 40 jam di sana.

Divanyolu Caddesi - Makam Datuk, Ayah & Sultan Abdul Hamid II
Topkapi Sarayi - Banyak tour Jepun, Korea dan juga kanak-kanak Turki sekali, bising betul la... too bad the Holy Relics exhibits tak boleh masuk
Yildiz Sarayi + Camii, tempat IRICA - singgah membaca sebentar... nice hospitality, thanks to Sahidi, Harun, Delyaz dan Fatimah... they thought I am a Master or PhD student, heh... sesiapa boleh terangkan tentang Capitulatory Regime of the Ottoman Empire? Pening... huh baik baca Pathology & OHCM!
Dolmahce Sarayi - Westernised
Galata Tower - Nice view
Suleyman Camii - kilat kasut di sini, hampes kena cas YTL3
Sultanahmet Camii - solat subuh di sini, jumpa Melayu
Hagia Sophia - was a cathedral, a mosque, now a museum!
Eyup Camii, Makam Abu Ayyub Al-Ansari
Fatih Camii, Makam Al-Fateh
Rumeli Hisari - a bit to the north, but worth it
Anadolu Hisari - opposite side of Rumeli Hisari, lagi jauh...
Taksim dan Istiklal - Grafton Street, only much better!
Haydarpasa - a good old train station
Naik feri merentasi Bosphorus... sejuk dan romantik, banyaknya orang Melayu
Grand Bazaar - tudung-tudung lawa (juga orangnya) tapi mahal, baik beli di tempat lain eg. Bursa, Konya...
Sirkeci - Eastern terminus utk Orient Express
Hamam - nothing special
Nursi Studies di Eminonu
Museums, and lots of it - Press, Fine Arts, Islamic Arts, Archaelogical. Semua brief visit...

Akan bercerita lebih panjang nanti... orait nak check out dah...

Feeling yellow?


//This is for the BERSIH...


//and this... hmmm... I don't know...

10 years before independence of malaya in dublin!
//Defintitely on my must-watch list!


//Last but not least, Dapur 218...

One day at a time

Alhamdulillah today I am fully recovered. No more heat, just sore throat. It will be gone in a few days. Right now, my voice is like somebody who had shouted all the way out when singing in a concert until the vocal cord snapped! Hmmm... who cares, I'm not Cat Stevens or Ramli Sarip...

Well, I just had a mouthful dinner with Omar Bhutta. A nice lad, and I hope that he will the next who's who in the community in near future. Insha Allah.

We had lengthy conversation, chiefly on local and world issues. Well, that's basically almost everything, isn't it? To be honest, it was just about how we should lead our life.

Wow, being alive is one thing. Living out of it is another. Agreeing is one thing. Agree to disagree? Wow that's kinda tough, though. Heh, seperti kata Ned Kelly yang masih teringat hingga sekarang - 'Such is life'. I guess I have to take it one day a time...

Hmmm... we're living in the times where ignorance is totally a bliss (also a bless?). The times where rhetorics are being understood as the truth. Why? Because we do not know how to be aware which one is which.

'You can't bargain with the truth, cause one day you gonna die, and goods going high... and evils going down, in the end...'

Hmmm... I need to get back to my Public Health project... because I think I see the light of it just now...

Yusuf Islam - I Think I See I The Light



I used to trust nobody, trusting even less their words,
Until I found somebody,
There was no one I preferred,
My heart was made of stone;
My eyes saw only misty grey,
Until you came into my life,
I saw everyone that way.

Until I found the one I needed at my side,
I think I would have been a blind man all my life.

I think I see the light -
I think I see the light,
I think I see the light

I used to walk alone, every step seemed the same.
This world was not my home,
So there was nothing much to gain.
Look up and see the clouds,
Look down and see the cold floor.
Until you came into my life,
I saw nothing, nothing more.
Until I found the one I needed at my side,
I think I would have been a blind man all my life.

I think I see the light -

I think I see the light, (shine, shine, shine!)
I think I see the light, (shine, shine, shine!)

I think I see the light,
So shine, shine, shine!
shine, shine, shine!
shine, shine, shine!

I think I see the light,
coming to me, coming through me,
Giving me a second sight.
So shine, shine, shine!
shine, shine, shine!
shine, shine, shine!
shine, shine, shine!
shine, shine, shine! (think I see the light)
shine, shine, shine! (think I see the light)
shine, shine, shine! (think I see the light)

Keep on shining!

I think I see the light
I think I see the light
I think I see the light
I think I see the light

Few updates...

Semenjak dua menjak ini Dublin memang sejuk sampaikan ada yang jadi kurang sihat (termasuklah aku). Memang musim winter betullah...

Tarikh-tarikh exam sudah pun diumumkan di intranet. Seperti semester sudah, kita ada TOSCE (team OSCE), dan written exams. Nasib baik ada gap antara paper, kalau tak pancit jugalah. Apa-apapun, yang penting, semuanya akan berakhir pada 25 Januari nanti.

Pada waktu itu, (malah sekarang pun), fikiran dah melayang ke PMC sana... tapi buat masa ini berangan-angan ke Turki - Istanbul, Ankara, Urfa, Antalya, Konya, Ephesus, Antakya, Bursa, Kocaeli, Edirne...

Oh ya, kelmarin rumah saya menganjurkan rumah terbuka. Menu - Nasi Briyani + Kuah Dhal + Acar, Ayam Panggang Coriander, Chicken Wings, Agar-agar dan Cheesecake, untuk minum air Sarsaparila. Turnout? 250-ish, tapi mungkin kurang sedikit sebab secara purata tetamu makan 3-5 round... kerana terlampau sedapnya hidangan kami... heheh.

Kami mula masak pada tengah malam sebelumnya sampai pukul 3 lebih, kemudian berehat sampai subuh sebelum dapur kami sibuk sepanjang hari... nasib baik ketuhar itu tak rosak sebab sentiasa dinyalakan untuk panggang ayam...

Terima kasih kepada seluruh ahli 218... memang kaw kaw habis open house kali ini!

...

Weekend ini ada seminar mengenai Islam di Turki anjuran Malaysian Think Tank. Speaker? Mustafa Akyol - http://www.thewhitepath.com. Hmmm menarik juga, lagi pun aku pun nak turun ke sana...

Pada waktu malamnya pula, ada stand up comedy - Allah Made Me Funny. Hahahaha...