Selesai sudah kita berPUISI
















//Habis sudah berPUISI... mari kita praktikkan 7 habits!












//Barisan muslimat yang hadir. Ramai betul.

Seharusnya apa-apa yang telah kita hadamkan, kita praktikkan cepat-cepat sebelum 'momentum' hilang, macam graf decay / half-life yang ada euler number. Heh whatever.

Terima kasih banyak-banyak kepada Ustaz Hasrizal yang sanggup merentasi benua (wah jauh betul) untuk hadir di Dublin, memberikan suntikan semangat... Hanya Allah saja yang dapat membalas.

Hingga bertemu lagi di PUISI yang akan datang - PUISI 2007.

postscriptum - peserta-peserta sepatutnya dah dapat group photos ini. apa-apa hal, silalah bertanya kepada pejabat pendaftaran...

PUISI 2006, Lord of War dan bawah tempurung

PUISI kali ini terpaksa balik awal (yeke? hmmm) mengenangkan peperiksaan yang semakin hampir. Was it just an excuse? Hmmm... I have to ask myself.

Apa-apa pun, sempat juga mengutip sedikit mutiara kata yang ada...

Dari PUISI 2006 (1) - People don't care how much you know until they know how much you care / Orang tak peduli apa yang kita tahu sehingga mereka tahu yang kita ini peduli

Dari PUISI 2006 (2)- Orang yang berjaya adalah orang yang memaksa dirinya untuk berubah, dan orang yang gagal adalah orang yang berubah dalam keadaan terpaksa (bunyi dan makna macam tak berapa betul... tak berapa ingat)

Dari filem Lord of War - Those who know don't care and those who care don't know / Yang tahu, tak ambil pusing; yang peduli, tak tahu

Dari bawah tempurung - Huh, who cares! / Huh, peduli apa aku!

Syabas kepada pihak penganjur yang telah berjerih payah menjayakan PUISI kali ini. Tidak dilupa 'unsung heroes' yang bertungkus lumus di dapur. Bukan senang nak masakkan untuk 300 orang... dah jadi macam kenduri pula!

...

Wow mesti banyak masalah negara telah diselesaikan! Di mana ya hansardnya?

390 cipta rekod debat tanpa henti 4 hari


SEBAHAGIAN pembahas menunjukkan sijil The Malaysia Book of Records yang mencatatkan rekod mereka berdebat tanpa henti selama empat hari tiga malam di Laman Karyawan dan Sanggar Tun Lanang Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Dis. – Sebanyak 390 pembahas hari ini mencatatkan rekod dunia apabila berdebat tanpa henti selama empat hari tiga malam.

Kejayaan mereka berbahas selama 100 jam, 10 minit dan 44 saat itu diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.

Ia juga bakal dicatatkan dalam Guinnes Book of World Records sebagai rekod dunia.

Pengiktirafan itu disahkan oleh wakil Malaysia Book Of Records Sdn. Bhd., Faridah Hanem Ab. Rashid pada majlis penutup program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti di sini.

Majlis berkenaan disempurnakan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Firdaus Abdullah.

Sebanyak 100 usul mencakupi pelbagai bidang diperdebatkan bermula dari pukul 10.30 pagi, 19 Disember lalu dan berakhir 2.40 petang hari ini.

Ia diadakan di Laman Karyawan dan Sanggar Tun Sri Lanang, DBP.

Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kerajaan dan pembangkang.

Setiap kumpulan mempunyai tiga orang dan diberikan masa tujuh minit untuk berdebat manakala empat minit lagi bagi penggulungan.

Penganjuran program julung kali sempena ulang tahun ke-50 UiTM dan DBP itu bertujuan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.

Selain itu, ia juga diadakan sebagai usaha untuk memperluaskan perkongsian intelektual di antara para pelajar institusi pengajian tinggi.

Video conferencing on wireless

Assalamualaikum.

Tajuk kali ini agak pelik, sebab agak berbaur teknikal. Saya cuba permudahkannya.

Video conferencing - mestilah hubungan 2 hala... kalau sehala alamatnya jadi macam live projection sajalah.

Senario:
Satu kuliah dianjurkan di sebuah dewan besar. Malangnya hadirin yang datang terlalu ramai hingga melimpah ke luar. Untuk meraikan, dan memastikan keselesaan hadirin, pihak penganjur ingin menayangkan lintas langsung di skrin di luar dewan ie. live projection beserta suara sekali (dari speaker).

Dan penyelesaian mestilah murah dah mudah.

Masalah:
Jarak antara podium tempat penceramah berdiri dengan skrin terlalu jauh, dan tak cable-friendly ie. di bilik yang lain, jalannya berliku-liku, atau terletak di berlainan tingkat/aras.

Bear in mind that signal quality deteriorates as the cable gets longer. Also, long cable is quite expensive and it may need to use 'repeater' to keep the signal gain high enough.

Well, 6 years ago my friend managed to transmit composite video signal over cable 200m long for live projection during Teacher's Day ceremony. I don't know how he pulled that stunt...

Cadangan penyelesaian:
Gunakan Video Sender contohnya. Philips VL1200. Biasanya alat ini dipasang untuk membolehkan menonton DVD/VCD di bilik yang lain, dan DVD/VCD tersebut dimainkan dari ruang tamu. Video and audio is transmitted wirelessly - cool!

Untuk kes ini, kita gantikan DVD/VCD player dengan digital camcorder. Dengan adanya camcorder, kita boleh memaparkan penceramah. Oh ya, camcorder tersebut mestilah ada video out connector - sama ada S-video atau composite.

Bagi audio / bunyi pula, carilah audio out (line out, headphone, control room) dari sistem PA - selalunya dari mixer.

Video output dari camcorder, dan audio dari mixer tadi, kita sambungkan kepada transmitter video sender. Manakala bagi receiver di bilik yang lain, videonya dengan LCD projector, audionya dengan PA system/speaker.

Jadi, setakat ini, ia hanyalah sehala - dari penceramah ke hadirin di tempat receiver atau bilik yang lain. Untuk menaiktaraf supaya menjadi 2 hala, cuma perlukan another set of video sender, dan LCD projector.

Ketika sesi soal jawab, hadirin di bilik sana, bolehlah mengemukakan soalan menerusi walkie-talkie... walkie-talkie di tempat penceramah bolehlah disambungkan dengan PA system di dewan, supaya semua orang dapat mendengar apa soalannya. Huh memang cheapskate... eh cost-effective!

Akhiru kalam, semoga simple guide ada manfaatnya.

Cukuplah


//Heaven / Where True Love Goes - An Another Cup : Yusuf Islam

Cukuplah.

'Selamat Menyambut Hari Peperiksaan'

Old horse = iBook G3

My 3 year-old iBook G3 is still up and running, after 4 major hardware failures. Personally I believe Apple has screwed up us. Huh!

And that old horse will be put under pressure (again) this winter, for recording the audio, if God willing. Somebody will set the equipment up and get it uploaded later on. The MO is documented neatly in this link:

http://lowendmac.com/macdan/03/1224az.html

Why audio? Why not video? Hmmm...

Oh yes, BTW, its for recording of PUISI 2006 (http://www.ppimi.org/puisi06), not for concert or anything like that.

Ta.

...

Serious Magic has a pretty line up of softwares for videographers. For examples, DV Rack, which allows you to recording direct to disk via Firewire. Sounds like French? Oh well, basically you can record straight to your laptop instead of on the tape.

Yup, if you get my drift, then you should understand that you can import the recording straight into your editing software. Cool!

http://www.seriousmagic.com

...

Cintailah bahasa kebangsaan kita... jangan sampai jadi begini.


//Fluent Dysphasia


//My name is Yu Ming

SPM 2006


//Dari kiri - Firdaus Radzi, Hafis Ismail, Khairuddin Ismail. Jurugambar - saya. Composition done using Photoshop. Outing Kajang ketika SPM 2001. Wow that was 5 years ago!

Di blog ini, ingin saya ucapkan selamat maju jaya calon-calon SPM 2006 semuanya. Termasuklah adik.

Juga, semoga berjaya rakan-rakan yang baru saja grad di down under. Welcome to the world!

...

اَللّهُمَّ اِنِّيْ اَسْئَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَ تَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِيْنِ وَاَنْ تَغْفِرَلِيْ وَتَرْحَمَنِيْ اَسْئَلُكَ حُبَّكَ وَ حُبَّ مَنْ يُّحِبُّكَ وَ حُبَّ كُلِّ عَمَلٍ يُّقَرِّبُنِيْ اِلى حُبِّكَ


Ya Allah I ask You (to help me) in the performing of good deeds and the leaving of evil and (to place in my heart) the love of the poor. I ask You to forgive me and have mercy on me... I ask You for Your love...

...

WAOBooks ada menawarkan penghantaran percuma. Jadi agak murah. Tapi paling murah, sememangnya di Ujana Ilmu, Nufair dan Kinibooks, ye tak? Dah nilai euro besar... jadi kenalah manfaatkan...

http://waobooks.co.uk
http://www.ujanailmu.com.my
http://www.nufair.com.my
http://www.kinibooks.com.my

...

Goodies kali ini. Sahabat-sahabat yang melayari blog ini sudi-sudikanlah download dan baca.

1) Mengenai sejarah umat Islam di Ireland. Mungkin releven kepada orang Dublin dan Ireland.

Establishment of Islam in Ireland by Muslims from South Africa : word document
Ahmed_Patel_Establishment of Islam in Ireland by SA_Muslims_: powerpoint presentation

2) Ke arah memahami Al-Mathurat oleh Ustaz Ghani Shamsuddin. Salah satu adzkar yang patut diamalkan. Banyak lagi yang lain macam Ratib Al Haddad, Hizib Bahri, dan lain-lain. Yang penting, kita ada sekurang-kurang satu set zikir-zikir seharian... ye tak?

http://www.gundala.com/kearahmemahamial-mathurat

Longing for Istanbul?

FYI, Turkish Airlines ada offer untuk ke Istanbul. Cuma EUR180 return direct flight dari Dublin. No joke. Boleh check www.go4less.ie. Cukup untuk membuatkan hati meronta-ronta nak ke sana.

Menyebut tentang Turki, hajat di hati nak buat elektif cum berjalan di sana pada masa cuti musim panas. Nak bertemu kembali dengan Celaludin, Emre dan Yusuf. Tapi lain yang jadi. Allah...

Tahun lepas BBC4 ada menayangkan Islamic History of Europe, dan Rageh Omar (dulu BBC, sekarang Al-Jazeera) sebagai hos dokumentari tersebut. It is an informative piece by BBC, akan tetapi, tidak ada penerangan tentang Uthmaniyyah... walhal mereka dah pun menjejakkan kaki di luar Belgrade, Vienna dan juga Crimea!

Alahai... makin gatal kaki dibuatnya, dek lama tak berkelana jauh. Gatal gatal juga, wallet kenalah fikir juga. Takpe, kita usaha dulu, tengok dulu macam mana.

...

Ramadan dah sebulan berlalu. Hmmmm.

http://www.masud.co.uk/ISLAM/ahm/AHM-Ramadan_in_turkey.php


Syawal pun dah habis.


//Berjabat mesra. Malaysia Hall Dublin, 1427H. Photographer: Ariff Fahmi


//He was here few weeks ago. Harapnya beliau dapat menyelesaikan masalah elaun sara hidup, terutamanya bagi kalangan penuntut ijazah lanjutan (postgrads)... yang bujang-bujang insha Allah cukup.

...

Dia guru dia kawan. Dapat sms dari Malaysia mengenai beliau ketika berjalan pulang dari shopping centre di Findlay Road 4 tahun lepas, rasanya 22 Jun begitulah tarikhnya. Terasa jugalah. Patah tumbuh hilang berganti...

Meneropong bintang-bintang

"All XM2 and XL2 were rented out"
"What? I thought I've made a reservation..."

Barangkali ada baiknya tak dapat sewa camcorder. Hmmm...

Tak mengapalah, sebabnya yang menjadi elemen utama untuk menghasil rakaman yang berkualti adalah audio (needs proper position of mics) dan pencahayaan.

XM2 dan plain camcorder will fare much the same under poor lighting, kan?

...

Rakaman kuliah semalam:
http://filem.multiply.com/music/item/46

...

Kadang-kadang terasa sengal apabila kita SIBUK meneropong bintang-bintang, tapi terlupa bahawa ada objek yang lebih hampir.

Hmmm... Mungkin analogi ini langsung tak mengena.
I'm no Friendster junkie, but this link is for all my long lost friends who keep on filling my email with invitations from Bebo, WAYN, Ringo, Hi5 and countless online socialising websites. Many thanks...

http://www.friendster.com/abadibadri

...

Esok Shaikh Abdal Hakim Murad turun di Trinity College Dublin. Akhirnya boleh berjumpa sendiri, setelah asyik di www.masud.co.uk.

Untuk maklumat lanjut, boleh periksa http://islamic-seminars.blogspot.com

Dublin bolehlah dikatakan tempat persinggahan banyak 'ulama. European Fatwa Council pusatnya di sini. Hmmm... Jamal Badawi dari USA (pengarang Man & Universe, dan pengarang terjemahan karya Imam Al-Haddad, Lives of Man, yang arabnya tak ingatlah pula) pun pernah turun ke RCSI.

Insha Allah saya akan merakamkan ceramah beliau, dan akan diuploadkan ke dalam Youtube or Google Video. Ya Allah... bantulah aku menggunakan XM2 yang complicated... Huhu...

...

Khamizi Aziz (owner of mijiemojo.blogspot.com - now defunct) is half-doctor now. Alhamdulillah.

...

Sayembara PUISI ke-2 hanya tinggal 2 minggu lagi. Alahai. Rasanya tak pernah berpuisi aku semenjak SPM dulu. Tidak menghantar apa-apa karya hampir pasti...

Silalah ke http://gkln.blogspot.com

Kembali ke Coppanquin (Siri 1 dari 3)

Pagi itu pagi-pagi biasa cuti musim panas. Setelah bersarapan dalam pukul 10, terngiang pesanan Haseeb, maka terus saya dail dan dia sudah pun di Waterford.

"Assalamualaikum Haseeb.... Brother I just want to wish all the best for the camp... Insha Allah there'll be more youth in the daawah soon..."
"Jazakallah... thanks. Listen, if you can come, it'll be great... You know the kids need somebody from the uni..."

Well thats what I thought he said.

My answer - "OK then, I'll try to be there before midnight".

Eh, macam mana boleh jawab macam tu?

Malamnya, dalam jam 11.30 berdiri saya di Dungarvan, menunggu Haseeb.

Photobucket - Video and Image Hosting
//Orienteering @ MAI Youth Camp

...

Sometimes we have to agree to disagree on certain things.

Brotherhood sour up if everyone begins to blast everybody in their proximity, much often they are actually collateral.

Also, much often they don't know what the real issue is. What a pity.

Teringat doa rabitah...

Education

A word that means alot I suppose.

...

Kadang-kadang orang tersalah faham, antara ajar dan didik. Didikan menjadikan seorang manusia itu manusia. Ajar? Hmmm...

Tapi sebenarnya janganlah kita dipeningkan dengan istilah-istilah yang pelik-pelik. Ajar tarbiyyah asuh didik nasihah jaga. Asalkan kita dapat bezakannya, itu pun sudah cukup baik.

...

Selasa lepas sempat ke rumah Abang Shuib dan Ustazah sekeluarga, dengan Hafyz dan Firdaus. Alhamdulillah dapat berborak-borak juga. Feel good.

Tika ralit bertanya khabar, saya berkisah dengan tuan rumah tentang pengajaran budak-budak mengaji Quran - antara dulu dan sekarang.

Dahulu Muqaddam, sekarang Iqra'. Muqaddam memudahkan kita baca Quran Majid (agak payah nak jumpa sekarang), manakala Iqra' untuk Quran Rasm Uthmani. Perbezaan kaligrafi... bukannya isi.

Dahulu mak ayah dengan sepenuh hati menyerahkan anak kepada ustaz/ustazah yang mengajar. Yakni selalu kena sebat, jika salah baca atau berkhayal. Lagi banyak birat jika mak ayah sendiri yang bersila depan rehal.

Tak terus ayat lain selagi betul sebut makhraj tajwidnya. Tak masuk mukasurat baru melainkan kita sudah lancar bacaannya. Takkan habis satu juzuk selagi tak kukuh qiraatnya. Begitulah...

Sekarang? Ada ibu bapa tak ambil pusing, walhal anak tak betul baca, macam mana solat masing-masing? Dalam solat ada bacaan Quran... bukannya takde!

...

TASKI dan Montessori. Dua-dua pernah kurasai. KEMAS tak. Yang satu mengajar berdoa kepada Ilahi, lagi satu menyanyi. Joy to world the Lord has come. Akhirat atau duniawi?

Kini ada PASTI. Itu belum kira lain-lain nurseri. PASTInya/pastinya banyak di sana-sini, selagi kanak-kanak ini kita sayangi...

Nurseri atau apa saja yang sekufu dan sekelas dengannya, amat perlu untuk zaman sekarang. Yalah, semakin ramai isteri-isteri yang bekerja... termasuklah doktor.

Zaman sekarang bukan macam zaman dahulu. Makin ramai remaja belia dan orang tua yang tak tahu malu. Asyik ikut nafsu. Sebab itu anak-anak biarlah dididik dengan rapi dan sayang, supaya tidak jadi hantu!

Fitrahnya, semua ibu-bapa inginkan anaknya lebih baik dari mereka. Kalau mak gagap, harapnya anak supaya cemerlang. Kalau ayah sangkut, pintanya anak jadi lancar.

Siapa tak nak anak-anaknya rajin baca doa, lancar mengaji Quran, boleh jadi imam dan baik perilakunya? Permulaan yang baik. Insha Allah masa depan baik - education is life long experience. Ada yang tak nak ke?

Bila asas dah kukuh, mudahlah meneroka dunia. Letaklah ceruk mana, tetap dapat mencari petunjuk-Nya. Jadi glokal. Suka baca suratkhabar. Pendek kata suka membacalah. Kemudian, boleh aplikasi teori, jadikan satu amali.

Barulah mereka kenal orang-orang penting. Dari pak menteri hinggalah jiran-jiran tetangga. Tak jadi seperti kumbang di bawah sabut kelapa. Tak adalah taksub sangat orang-orang luar negara, walhal ada orang tempatan yang memang power. Tak gitu?

Nota kaki: Tulisan yang pelik dan agak tunggang-langgang ini adalah hasil dialog dengan adik, yang menjadi part-time guru PASTI. Doakan dia supaya meneruskan lagi perjuangan... Amin ya Allah.

Selamat hari lahir - Ibu, Ayu Hidayah, dan juga Azam Sufaat.

...

I was not born as an orator. Memang tiada bakat terpendam yang direndam. Back in secondary I was not even in the debating team. So elocution, speech, tazkirah and what not including Friday khutbah is not my thing. That means I am not impressed with Soekarno, Hitler, Martin Luther King, Malcolm X, Tuan Guru Hadi, Anwar Ibrahim and anyone in the same league.

I mainly played around with computers and amplifier... oh well. Jadi geek dan nerd. Steve Jobs, Wozniak, Moore, Steve Ballmer, Bill Gates...

But not until now. Someone kena buat. Tapi tak nak lah buat sebab kena buat. Buat kena ada passion dan minat. Kena ikhlas.

Haiya, Steve Jobs pun mantap bila keynote di WWDC setiap tahun. 'One more thing'. Hmmm... I should be like him. Amin ya Allah.

Ya Allah permudahkan aku melaksanakan tugas... terasa berat.

...

Gambar-gambar Tadarus Al-Quran dan Berbuka Puasa PPIMI...

Photobucket - Video and Image Hosting
//Errozzz mengazankan Zohor

Photobucket - Video and Image Hosting
//Bakry UCD

Photobucket - Video and Image Hosting
//Izwan Ismail dan Johan

Photobucket - Video and Image Hosting
//Tokwan membaca

Photobucket - Video and Image Hosting
//Tun Azlan mengetuai doa khatam Al-Quran

Photobucket - Video and Image Hosting
//Peringatan ringkas oleh Najmi

Photobucket - Video and Image Hosting
//Berbuka...

Gambar ramai-ramai berbuka dengan Nasi Tandoori Pakcik Yusuf tiada, sebab terlalu sedap hingga terlupa nak ambil gambar.

Malam itu juga Father Kieran datang ziarah. Pergh, komited sungguh dia pada kerja misionaris di Afrika. Patutlah semakin ramai!