Maksud Hadith - "Sebenci-benci lelaki disisi Allah ialah mereka yang suka bertengkar/ bergaduh/ mencari kesalahan orang lain."
Masih ingat lagi hadith ini masa belajar dengan Ustaz Fauzi dulu... Nak cerita pasal konteks hadith ini... panjanglah pula. Tapi tidaklah sampai tak boleh nak berdiskusi - itu mengarut namanya.
Tidak semena-menanya terlintas azam tahun baru. Apa magiknya tak tahulah pula: - Nak tunaikan azam tahun lepas. Ya... azam tahun lepas... - Berhenti jadi lepak-lepak ie. tidak responsif. - Rajin upload foto. Selalunya asyik simpan untuk diri sendiri, sedang foto-foto dah mencecah puluhan ribu. - Berhenti jadi 'loser', esp. with the capital L. - Perhabis baca buku-buku yang dibeli. Yang ini memang susah. - Cegah bahasa Arab fushah daripada hilang terus. Setakat ini masih okay juga. Imam baca depan boleh tangkap lagi. Hmmm... kali akhir dimanfaatkan waktu ke Turki, lebih-lebih lagi di bahagian timurnya... orang sana siap ada loghat Syria lagi.
...
Apa-apapun kita hilangkan stress sikit dengan Youtube ini.
Hmmm… dapat juga menjejakkan kaki di bumi Pandan. Di blog ini, ingin aku titipkan seribu kemaafan sepanjang kehidupan aku di Dublin. Banyak sangat benda mengarut dan bengong sebenarnya yang aku buat.... apa dahhh...
Fikir dalam-dalam, agak nomad juga hidup ini. Heh. Hidup memang nomad pun. Nomad itu hidup. Eh melalut pula aku.
Pada detik-detik awal di sini, aku berteduh di Millin House, diikuti dengan 218 sepanjang cuti musim panas bersama Rahiman, Hazim dan Alif, kemudian di 168, teratak paling kecil pernah aku huni, tapi banyak mendidik aku sebenarnya, dengan Faisal dan Amin (dua-dua warga Pakistan yang kuat tabligh), dan sempat dengan Ustaz Salam (yang mengingatkan aku pada Ustazah Kamarul Hazani yang mengajarkan aku Bahasa Arab di SMAPK dulu).
Setelah Amin berkahwin, maka aku yang masih bujang pun berpindah ke 380, sebelum mendiami di Kilmainham bersama Hafyz, Hanif Khan, dan Nash. Selepas itu aku kembali di 380 bersama Zulfaka, Khamizi, Bakri, Syafiq (di PMC), Ariff Fahmi, Ghani dan Haikal.
Pada 6 bulan terakhir di Dublin, aku menumpang kasih di 218 dengan Najmi (masih solo), dan seisi rumah 218 yang boleh aku gelarkan sebagai Hospital South Circular Road (tak popular pun).
Terima kasih semua. Terima kasih atas kenangan. Errkk… bunyi pelangi betul. Seriyau aku.
Ya, memang ada pelangi di Dublin. Tidak kurangnya hujan lebat, dan juga hujan batu. Begitulah diri ini…
Jadi, terimalah dedikasi lagu ini… walaupun tajuknya Burhanuddin Helmy, tapi aku fikir ia sesuai untuk kalian. Ini dicipta dan dinyanyikan dan diterbitkan sendiri ole Amin Iskandar. Haaa.. pakcik ini wartawan... googlelah sendiri di ya?
Kuciptakan lagu untukmu Kunyanyikan syair buatmu Tentang perjuangan Tentang pengorbanan Laungan bertubuh kecil Tetapi berjiwa besar Tegas pendirian Dan berhati mulia
Dari utara hingga selatan Lantang suaramu Menentang penjajahan Melawan penindasan Demi untuk negara Demi untuk merdeka Kau sering terpenjara Kebebasanmu dirampas Tapi jiwamu tetap merdeka
Di atas robohan kota Melaka Kita dirikan jiwa merdeka Kata-kata azimat darimu Tak pernah kami lupa
Walaupun kini jasadmu telah tiada Namun semangatmu membakar jiwa Rakyat Malaysia yang tak pernah melupakan pengorbananmu Rakyat Malaysia yang cintakan perjuanganmu
Semoga kita boleh berjumpa lagi. Hopefully we’ll cross each other’s path. Sama-samalah kita berdoa ya. Bertemu kembali dalam kerjaya ke, kehidupan dakwah, perjuangan dan masyarakat ke; dan dalam keluarga pun boleh juga – jadi besan atau biras? Cool…
Hmmm… kepada yang masih di sana, please treasure every single seconds, eh?
Kalau kepala serabut sangat, layan-layanlah sekejap Michael Collins atau The Wind That Shakes The Barley ke… tak pun ke Chester Beatty melihat tinggalan sejarah, atau minum kopi di Bray atau Greystones, tak pun di Dun Laoghaire.
Kalau nak adrenaline-rush dan hilang suara, turunlah ke Parnell Square dengan IAWM, IPSC, SWP atau pun singgah-singgahlah di ATGW di Abbey St, Amnesty Ireland di Temple Bar, atau di Liberty Hall… kalau nak banding-banding dengan yang di tanah air, carilah FF, FG, SF, PD, LibDem, biar terbuka sikit mata dan minda. Kalau sukan, haaa… bab ini yang aku sampai sekarang gagal – GAA!
Kalau nak menguji jiwa, tanya-tanyalah masjid tempatan iaitu IFI dan ICCI yang memberikan kalian peluang untuk berinteraksi dengan saudara seagama dari macam-macam aliran dan latarbelakang. Dan kenalpastilah generasi muda mereka yang akhirnya akan menjadi rakan seuniversiti anda…
Kalau nak menggunakan otak kanan (seni), telusurilah GKLN. Aku tak pernah pun menghantar puisi mahupun cerpen, namun aku menyokong penuh perjuangan penulis-penulis, dengan semangat Keranda 152, yalah Bahasa Jiwa Bangsa.
Kalau nak mantap akademik, rajin-rajinlah buat research electives. Hampir dapat tapi terpaksa melupakan hasrat dek kecundangnya diri di atas kertas peperiksaan. Memang down dan pahit dibuatnya…
Kalau masih rasa gundah gulana, belajarlah masak. Memasak mengurangkan kemurungan. Banyak chef-chef tersohor yang boleh menjadi guru (sebelum mereka berkahwin dan hilang dari radar hehehe), seperti Ghani, Rizal, Najmi, Penyu dan Eros. Hoho biased nya aku. Kalau tak dapat, belajarlah dari Mesra.net atau Internet. Hmmm… memasak memang mudah tapi nak membasuh dan mengemas itu yang payah...
Hmmm… banyak pula kalau. Heh. Apa-apalah. Dublin oh Dublin… selamat tinggal.
Dan buat kalau yang terakhir, kalau ingin kebahagiaan, berilah sebahagian hidup anda kepada masyarakat. Nak beri pun, mestilah memberi apa yang kita ada. Saya masih kebelakang dalam hal ini, tapi saya sedar, sekurang-kurangnya saya cuba mengikut jejak langkah mereka, agar generasi baru ini tidak terputus ‘hubungan’ dengan yang terdahulu…
Oh ya, aku masih ada beberapa benda yang masih tak dibereskan yang akan dibereskan nanti.
Ps – Special thanks to Fahad Ansari @ IHRC, Haseeb @ NearFM, Azlan (Helmy & Khairul) and Ibrahim Keddo for all the moments in the FOSIS and with the locals. I’m sorry I couldn’t join the club yet but I’ll let you guys know when the time comes, eh? To Omar (Bhutta, Khan and Hammadi), my prayer is with you!
...
Okay kita lihat beberapa foto ya?
//Encik Jamalullail memberi amanat terakhir
//A good PR shot - Ariff Fahmi, President of PPIMI is presenting a gift...
//Bersama Cikgu Anand.
//Bersama En Jamalullail. Dua-dua Jawa... tapi aku orak bisa ngomong jawa...
Lega dapat jejak kaki di bumi Kampung Pandan. Memang banyak dah berubah - heh macamlah aku tak balik 10 tahun ke, yalah, cuti musim panas yang lalu sempat aku pulang, jadi perubahan-perubahan itu telah pun aku saksikan.
Hmmm... tidak sabar rasanya nak mengundi buat kali pertama. Berdebar-debar. Ia samalah tarafnya macam baru dapat lesen memandu. Atau pertama kali turun berkhemah sewaktu darjah 3 dahulu. Pendek kata, ada unsur-unsur saspens a la James Bond. 'Poyo' betul.
Kampung Pandan yang aku diami dari kecil memang sudah banyak berubah. Dahulunya Pandan Indah, dan segala jenis Pandan sekitarnya, hanyalah bekas lombong bijih timah. Di situlah tempat aku bermain-main - dan sekiranya kantul, disebat juga aku boleh mana-mana orang tua. Yakni, kalau bapa kawanku yang mengantulkan kami secara berjemaah, maka aku turut menerima birat-birat halus... heh... dasar budak-budak yang degil.
Kini Pandan dipenuhi dengan rumah pangsa dan teres pelbagai bentuk dan saiz. Tiada lagi kebun sayur. Tiada lagi bekas lombong yang boleh aku main-main air di tepinya (aku tak tahu berenang). Sekarang digantikan dengan Menara Maxisegar, Pandan Capital, Hospital Pakar Ampang (milik KKM), dan yang paling merunsingkan kepala - MRR2 Pandan Interchange, yang sesak kedua-dua hala terutamanya ketika waktu puncak. Memang tersohor sungguh kesesakannya hingga disebut-sebut tiap-tiap hari dalam segmen 'Trafik dan Anda' di siaran radio.
Heh, sempenan PRU 12, tidak kurang hangat juga perang poster. Biru ada (BN dan PKR), Hijau ada (PAS) dan juga Merah (DAP). Lain-lain warna yang bercampur seperti Gerakan tidaklah berapa terserlah.
Cuma aku terfikir, kenapa banyak sangat poster dan bendera... sebab aku cuma fikirkan tentang apa jadi setelah tamat PRU 12 nanti. Semestinya semuanya akan dibuang... ya dibuang... maka banyaklah sampah sarap. Itu belum campur yang tertanggal ka... dek angin atau kerja-kerja sabotaj.
Rupa-rupanya kita memang kena salahkan ketidakbebasan media. Yalah, yang aku lihat, promosi pembangkang yang banyak. BN tak perlu susah-susah sebab ia memang monopoli media. Jadi bagi pihak pembangkang, nak sampaikan mesej kepada massa... segala usaha dan medium digunakan. Poster, risalah, bendera... itu yang hardcopy lah. Di internet, sememangnya banyak laman sesawang, video, poster, malah kartun pun ada. Namun, bukan semua ada komputer, tambahan pula dengan Streamyx yang lembap.
Apa cerita pula tentang televisyen? Ramai betul orang yang memiliki peti televisyen. Tambahan pula faktor Malaysia sebagai sarang mashyur VCD dan DVD cetak rompak. Nak tengok mestilah ada TV kan? Eh, macam mana pula dengan stesen siaran awam ie. RTM? Haha, mestilah tak boleh beri peluang kepada pembangkang. Itukan BN punya... sampai dah jadi rahsia umum... sedang radio IKIM yang seharusnya 'neutral' pun DJ berkata, marilah kita undi BN demi kemakmuran tamadun Islam... hehe... itu siaran lepas subuh beb. Itu baru radio. Belum kira televisyen...
Jadi, kitdakbebasan media terutamanya elektronik (TV dan radio) dan cetak, bukan saja tidak adil, malah membahayakan alam sekitar. Segala jenis poster, bendera, dan risalah dicetak dan diagihkan kepada massa, dan akhirnya banyak yang dibuang. Kesian MPAJ kena kutip... Eh, mana pula kad bisnes Karam Singh Walia. Aku nak tanya dia samada benda ini boleh jadi isu ke tidak...
Heh... tiba-tiba terbayang:
"Kelihatan poster-poster ini akhirnya jatuh ke dalam longkang dan menyebabkan ia tersumbat... lebih teruk lagi sekiranya hujan lebat..." (sambil gerak-gerak tangan)
(Video poster-poster dan risalah-risalah yang bersepah-sepah... sambil ditiup angin...)
"Saya akhiri liputan saya dengan serangkap pantun;
Pucuk pauh delima batu, Nasi lemak jual atas motor, Media dimonopoli oleh yang warna Biru Akhirnya alam sekitar yang kotor...
Hmmm... minggu lepas di Malaysia Hall meriah juga. Selain ada kelas mengaji mingguan buat anak-anak, yang sempat saya turun sekejap tolong - heh, seronok juga mengajar budak mengaji Al-Quran, teringat dulu-dulu : salah sikit ulang satu muka, nak masuk mukasurat lain punyalah susah; ada juga Seminar Tun Abdul Razak 2 (yang pertama di London) dan Pasar Makanan Dublin.
Oh ya, ini anjuran Kelab UMNO Dublin. Namanya saja sudah ada UMNO, maka tercoplah imej yang macam-macam : ada kata mereka ini SB, ada kata ini memenuhi agenda UMNO di kalangan mahasiswa (Putera & Puteri UMNO?), dan macam-macam lagilah... Tapi saya harap mereka inilah yang akan melobi Pak Menteri dan Parlimen untuk memansuhkan AUKU yang telah menyuburkan 'budaya takut' / culture of fear di kalangan pelajar-pelajar.
Hmmm... mengapa dinamakan Seminar Tun Abdul Razak? Itu kena tanya penganjur. Saya fikir, dalam 30 tahun akan datang, akan ada macam-macam seminar - Seminar Tun Mahathir, Seminar Lim Kit Siang, hinggalah Seminar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun ada juga. Silap-silap Seminar Ashaari dan Hishamuddin Rais pun boleh ada. Kita tunggu ya?
Memberi nama bererti mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara atau negeri. Bagi program ini, namanya Tun Abdul Razak, sebab beliau menjadi ketua de facto selepas peristiwa 13 Mei, dan yang utamanya, memperkenal DEB / NEP. Dasar ini dipopularkan oleh Stalin, ya... Stalin itulah. Matlamat dua - basmi kemiskinan, dan menyusun masyarakat. Oh ya, sebab Stalin yang popularkan NEP, dan Tun Abdul Razak pun mengekstrak untuk dijadikan DEB di tanah air, ada yang melabelnya sebab seorang yang sosialis. Alahai...
Pada hemat saya, sosialis, liberal, demokrasi, dan lain-lain perkataan yang pelik-pelik adalah juzuk-juzuk dari Islam. Mengapa juzuk? Maksudnya ada elemen. Sosialis memeras yang kaya (wow, ini sudah melabel sosialis namanya). Kalau komunisme memiliknegara semuanya - atau dalam bahasa ibunda kita - Government-Linked-Companies (GLC).Oh ya, komunisme tulen / totok pun sudah tiada sekarang, sebab terang-terang ia langgar fitrah manusia yang inginkan harta sendiri. Harta dalam konotasi menikmati susah peluh merekalah.
Liberal-liberal pun, autoriti mesti dihormati - lebih-lebih lagi dalam disiplin keilmuan. Takdelah nak 'deconstruct' semuanya. Takdelah semuanya nak micromanage. Sengallah macam itu. Jadi haru-biru pula nanti. Kenalah berautonomi juga. Alahai...
Ok kita tengok pula foto-foto ya?
//Hajar dan Farhana
//Lantang berbicara dalam bahasa baku...
//Foto kenang-kenangan
//Salah satu kumpulan
Yang hadir, kira-kira 30 orang rasanya. Terima kasih. Ramai juga ya. Harapnya idealisme itu berterusan sampai ke mati. Dah puas berbicara, mari kita terjemahkan ke alam realiti pula, sambil kita semua belajar, kan? Tentang kajian senario yang dibincangkan, anda boleh ke laman sesawang someideas.wordpress.com. Memang menarik dan terkena batang hidung...
...
Berita baik: Rakaman End The Occupation akan siap tidak lama lagi. Lama betul benda ini nak diproses. Tape-tape bertukar tangan banyak sangat, akhirnya jatuh ke riba saya juga. Alahai...
//Wakil dari NCCRI - Anastasia, Chairperson bagi National Consultative Committee on Racism and Interculturalism, sewaktu mesyuarat umum FOSIS. Rasanya pernah nampak ketika lawatan delegasi RCSI ISOC ke pejabat NCRRI tahun lepas, atas urusan isu Hijab di Beaumont Hospital.
... Mesyuarat Agung Tahunan PPIMI ke 28
Saya kira agak hangat juga jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Yalah, ada sesi berkempen lagi. Baru meriah sikit. Itu pun ada yang salah faham. Tak mengapalah, mungkin masih belum masak. Nanti lama-lama terbinalah kefahaman. Hmmm tapi, kalau sikap itu dibawa pulang, habislah!
Semoga saf kepimpinan baru akan dibantu sepenuhnya oleh ahli-ahli semua. Jangan undi sahaja, selepas itu meninggalkan mereka sehingga terlebih beban. Kata nak jadi pejuang dakwah...
//Kauter pendaftaran wanita
//Encik Firdaus / Taro, EXCO Kebajikan 0708. Pakcik ini juga penggerak Silat Gayong Malaysia di sini.
//Afiq (tengah) dan Nasrullah (kanan) bersama Encik Kamis (kiri sekali), Pegawai MARA di Dublin.
//Cenderahati buat EXCO-EXCO yang telah bekerja keras (ahli-ahli pun bekerja juga...)
//Gaya bersahaja Barisan Kepimpinan 0708 (yang tahun lepas). Ada yang tiada...
//Gaya serius Barisan Kepimpinan 0708 (yang tahun lepas). Ada yang tiada...
Harapan saya, PPIMI akan terus maju dengan ahli-ahlinya berdedikasi tinggi bagi tahun-tahun yang mendatang... Marilah kita membantu seluruh saf pimpinan, ya?
... Jalan-jalan dengan budak Russia ke Belfast
Sempat menjadi drebar bagi mereka, berkereta Ford Fiesta Steel yang sungguh sedap dipandu... Pergh...
Kawan-kawan Russia banyak berkongsi pengalaman menuntut di sana. Macam-macamlah, seperti diperas ugut polis, dibelasah punk dan skinhead, hinggalah beramah mesra dengan angkasawan pertama Malaysia. Memang meresap makna 'tabah'... berbanding di sini yang hampir segala kemudahan ada.
//Pemandangan petang di Giant's Causeway
//Hati-hati, nanti jatuh...
//Merenung masa depan?
Hmmm... bilalah aku dapat jejak kaki di bumi Anton Chekov? Satu soalan yang aku sendiri tak tahu jawapannya.
Akhirul kalam, terima kasih kerana sudi datang ke Dublin... semoga berjumpa lagi.
Hmmm... tiba-tiba rasa nak menulis mengenai benda teknikal pula. Benda ini adalah antara ciptaan manusia yang nampak berserabut tapi sebenarnya ia dapat menjamin kebahagiaan hidup sekiranya didalami betul-betul...
Pertama kali aku berguru mengenai benda alah ini adalah sewaktu di Tingkatan 1. Guruku waktu itu ialah Khazrin (nama panggilannya KZ). Waktu itu aku saja merayau-rayau di belakang pentas dalam dewan sekolah sebelum program minggu orientasi bermula. Tiba-tiba aku terhenti melihatkan the full rack.
//The full rack. Yang di sekolah tidaklah sekompleks seperti yang di dalam foto. Ini untuk konsert namanya....
"Kau tengok-tengokkanlah benda ini nanti, ya? Pusing saja tombol ini kalau ada feedback. Nanti dia jadi elok balik." "OK la bang" "Dah, aku ada kelas sekejap lagi. Tengok-tengokkan, ya?"
Dan dia melangkah pergi meninggalkan aku keseorangan (bersama the full rack). Mulai saat itu, aku terus bergelumang dengan amplifier, kabel-kabel, mikrofon dan mixer sampailah sekarang...
Eh, terlalu dramatik pula. Baiklah let's get into it.
Sesebuah sistem PA yang asas terdiri dari: Hmmm... benda paling asas yang ada boleh buat... beli guitar amp yang ada mic gain, microphone cable dan microphone. Siap. 3 benda sahaja...
Pembesar suara / Speaker: Yang ini terbahagi kepada tweeter dan woofer. Tweeter menguatkan suara (treble), manakala yang woofer pula bagi gegar lantai... senang cerita bass. Kebanyakan speaker sekarang dah digabungkan... jadi senang cerita. Foto di sebelah adalah contoh speaker + amp, bagi kegunakan alat-alat muzik seperti gitar dan keyboard.
Amplifier / amp: Mengikut kata kerja 'Amplify' yang bermaksud membesarkan. Apa yang dibesarkan adalah arus elektrik... Jadi, benda alah ini yang drive the speaker. Speaker sebesar tong sampah, takkan berbunyi jika tiada benda ini. Semakin banyak dan besar speaker itu digunakan, semakin beratlah amplifier yang diperlukan.
Mixer: Ini tugasnya mencampurkan semua input-input yang pelbagai. Yalah, mikrofon sampai 2-3 biji, selepas itu ada pemain kaset, ada pula pemain CD, dari laptop lagi... ha... kan dah banyak. Jadi memerlukan suatu alat yang boleh jaga semua input-input ini...
Microphone: Ada dua jenis. Kalau macam aiskrim Cornetto, itu dynamic microphone. Murah dan jimat, serta teguh buatannya. Jatuh tak kemek. Jangan hentak kuat-kuat sudah. Kalau yang besar, dan bentuk dia macam buah mangga atau mempelam, ahh senang kira yang besar-besar, itu condenser microphone. Dipakai di dalam studio rakaman selalunya.
- Kabel: Yang ini sangatlah penting... benda ini bukannya boleh sambung wirelessly. Bukan macam Wifi ke apa. Sebab semuanya dihantar melalui tenaga elektrik. Oh ya, terdapat pelbagai kabel. Ketiadaan sesetengah kabel dengan anda kadang-kala membuatkan anda jadi sasau sebab tak boleh buat itu ini.
kabel mikrofon - ada XLR dan jack
kabel speaker - selalunya jack, tapi Speakon pun ada
kabel line - ada phono, ada jack
converter - sebab ada banyak saiz jack, maka perlu benda ini
Sewaktu di sekolah dulu-dulu, bermain dengan dengan sistem PA cukup melekakan. Yalah, tombol dipulas sambil sepenuh tumpuan deria pendengaran diberikan. Jadi macam perfectionist pula.
Jika ada malam persembahan, memang cukup pening. Bayangkan, bilangan mikrofon yang dipakai mencecah 20 puluh. Berselirat kabel yang dipasang, macam mi goreng tumpah di atas lantai.
Nak periksa satu demi satu... fuh! Jika ada masalah sewaktu tengah menyanyi... hah, memang sabar sajalah menadah telinga. "Apa kerja tak cekap?", "Tadi elok saja, kenapa sekarang hancur?" dan macam-macam lagi. Dalam hati, oi... aku pelajarlah, bukannya full time sound engineer. Nak melawan, senior pula.
Hmm... sistem PA (siaraya umum), memang amat berguna. Takde benda ini, tak kedengaranlah azan-azan. Silap-silap orang tak bangun subuh. Bagi industri muzik, memang tak boleh dinafikan. Bagi pemidato, jika tiada, sakit tekak nak melaung kuat-kuat. Semestinya antara ciptaan yang amat berguna.
Jika ingin perincian... kena berani mencuba. Insha Allah amplifier itu tak meletup. Dan mesti hadamkan istilah-istilah seperti:
Mengamati puluhan ribu foto yang ditangkap, dengan tujuan mencari 100 yang terbaik memang cukup memualkan. Ya, sambil memudiki memori - kenapa, di mana, siapa, apa; memang cukup bermakna biar manis mahupun pahit.
Semalam jamuan teh perpisahan di RCSI. Tempatnya, di Atrium yang seolah-olah muram, yalah, majlisnya bermula ketika senja mula berlabuh.
Saya masih ada untuk beberapa ketika lagi di sini. Mesti singgah di kamar-kamar warga kolej... macam Corienna O'Brien, yang langsung tidak menyangka saya tergolong mereka yang akan pulang nanti. Hmmm... tidak ada tanda pun, bukannya bercop di dahi, "saya PMC".
Parliament approves constitutional amendment by majority
Parliament yesterday approved in a majority vote a constitutional amendment to allow women to attend universities wearing headscarves after a heated marathon session lasting 13 hours.
Amendments to the Constitution proposed by the Justice and Development Party (AK Party) government were approved by 404 deputies to 99 in the final vote of the first round of debate and voting, easily exceeding the required two-thirds majority of 367. The proposal includes the insertion of a paragraph stating that "no one can be deprived of [his or her] right to a higher education." A second and final round of voting is slated for Saturday.
...
Di Malaysia, gendang perang PRU sudah pun mula dipalu. Parti pemerintah dan pembangkang sudah pun masuk gear 1. Mahasiswa pun ingin bertanding. Menarik menarik. Hmmm...
// Wow... banyak betul masalah negara. Macam mana ya?
...
Yes there is a world out there...
//Dah lama di Youtube... tapi masih menusuk-nusuk jiwa...
Kalau boleh buat untuk Malaysia punya sangat bagus. Yalah, sudah lebih 27 juta penduduk, pasti macam-macam ragam punyalah. Ayuh... kita maklumat data sekarang!
Kelmarin ada majlis perpisahan PMC di 218. Ramai yang hadir. Ada juga yang tiada - berjalan-jalan...
//Budak-budak 3rd med yang hadir... aik mana Acab dan Gemoi?
// Makan jangan tak makan...
//Amin memberi amanat terakhir...
Hmmm... banyak kenangan manis dan pahit telah kita semua rasai sepanjang hidup (2, 3 atau 4 tahun) di bumi Leprechaun. Aku harap kita akan bertemu kembali nanti di tanah air... heh... bumi ini kecil saja...
Di kesempatan ini aku ingin mohon maaf banyak atas kesilapan yang banyak telah aku buat ie. jadi loser ke apa...
Dan kalau ada hutang, sila cakap cepat-cepat sebelum kaki ini melangkah pergi.
"Kita susah sama-sama, 'survive' sama-sama, senang pun sama-sama..."
Di kesempatan ini ingin saya ucapkan Gong Xi Fa Chai kepada sahabat-sahabat Tiong Hua.
Hmmm... meniti hari-hari akhir di sini. Berbaur sedih dan gembira...
Penggal baru bermula pada 17 Mac nanti. Aku fikir, sempat menikmati PRU 12, mungkin. 'Ilham' sudah tiba agaknya... hohoho...
...
Malam kelmarin memang asyik menonton 'Sicko'. Kapitalis beradu dengan Sosialis? Walau bagaimanapun, saya memang terkedu melihat NHS yang sehingga kini terpahat halus dalam sejarah Labour UK.
...
Beberapa ketika lalu, Malaysia banyak kehilangan tokoh-tokoh : Christopher Fernando, Mufti Ishak Baharom, Loloq, dan Megat Junid. Sedih juga.
Christopher Fernando - Pernah bersua tidak lama dahulu di bumi Kangaroo. Waktu itu beliau menerangkan rayuan DSAI. Terima kasih kepada Ibrahim kerana menjemput makan, ingatkan makan-makan biasa saja... rupa-rupanya...
Mufti Ishak Baharom - Seingat saya, waktu beliau dipecat, saya baru saja masuk Tingkatan 1. Masa itu memang pelik juga berita... yalah... apa halnya mufti dipecat? Tak pernah dibuat orang. Mufti ini selalunya ditukar bila dah meninggal dunia... ini dipecat. Hmmm... bila disemak kembali... la... pertandingan ratu cantik rupanya... apalah nasib... beberapa ketika sebelum itu beliau menfatwakan merokok itu haram. Itu pun ustazah di sekolah agama (bangunan zaman Jepun yang buruk betul di sebelah Masjid Imam Syafie Taman Maluri) yang ceritakan... sebelumnya makruh begitulah.
Loloq - Aku tidaklah kenal beliau. Kenal pun, sebab lagu Andalusia yang M Nasir nyanyikan. Mungkin pernah lihat beliau berlakon... dan kelihatan kelakar, tapi memang aku dah lupa rancangan apa di tv yang mana...
Hmmm... apa-apa pun, kematian itu menghampiri kita hari demi hari.
Bila belek-belek blog, rupanya aku tidak postkan lagi entry ini. Ya, memang manusia mudah lupa, ikut bahasa Arab. Kalau ikut Mahathir, melayu mudah lupa.
Syukur ke hadrat Ilahi, sebab akhirnya CCMB 2007 secara rasminya telah tamat. Ratusan jam telah dicurahkan - bukan aku seorang sahaja, tapi memang seluruh pasukan telah memerah keringat dan meluah tenaga. Terima kasih aku ucapkan.
Mula-mula dapat amanah CCMB ini, aku rasa macam 'bedebuk', jatuh dari langit. Berat. Kalau tak diruskan betul-betul boleh jadi murung (depression). Yalah, kalau setakat satu event insha Allah aku sudah berpengalaman, tetapi kalau 3-4 serentak? Fuh...
Sasaran Program Musim Bunga selalunya adalah mereka yang alergik dengan ceramah. Katanya, ceramah ini untuk orang baik-baik sahaja, untuk yang dah bertudung labuh dan suka berkopiah tambah mereka lagi. Kalau cakap pun ana enti. PUISI PPIMI dan Winter Gathering MSM mungkin untuk orang sebegini.
Jadi, mereka yang alergik dengan ceramah, suka dengan apa? Hmmm... dan mereka suka pada hiburan dan makan. Kalau bab makan, susah juga, sebab di Dublin semua jenis rempah ratus ada... jadi senanglah mereka nak buat lauk-pauk yang pelik-pelik, sebab nak Nasi Kerabu pun boleh di Dublin ini. Jadi program makan-makan tidaklah efektif sangat - "La... aku pun boleh masak..."
Jadi hiburanlah yang kita kena fokuskan. Bunyi macam pelik, tapi itulah hakikatnya. Kalau di sini, hiburan yang mengarut ada, yang tidak mengarut pun ada - ini jenis satira politik dan kritik sosial. Sedap-sedap saja tegur Bertie Ahern (tribunal EUR200) dalam teater atau stand up comedy. Kira hiburan berertilah... tapi kalau di Malaysia? Hmmm... entah.
Hmmm... maka CCMB ini perlulah aku fikir tentang hiburan yang bererti. Dan semestinya aku fikir sesuatu yang lain dari yang telah dibuat sebelum ini. Oleh kerana semua lajnah dalam PPIMI terlibat, maka ada yang aku 'subcon' (ini bukan ali baba yang ada dalam DEB itu ya?) kepada Lajnah Akademik, Perhubungan, Tarbiyyah, Ekonomi dan Kebajikan. MASAI Hmmm... aku pernah meneliti tulisan MGG Pillai yang mengamati 'Cultural Malay' dan juga 'Islamist Malay' (what a controversial definition) di tanah air. Mungkin terlalu politikal untuk dinukil di sini, tetapi memadailah aku katakan bahawa, budaya bangsa itu tidak terbunuh dengan datangnya Islam. Masalahnya, apabila amalan budaya dan agama itu tertukar... haa... itu masalah.
Jika Islamist Malay - mungkin diharamkan terus konsep Malam Berhibur ie. Malaysian Night ke apa. Tidak thiqah katanya. Selepas itu, kita hantar petisyen dan bantahan ke apa. Kalau Cultural Malay pula, memang sokong habis. Demi budaya katanya. Tetapi agama diletakkan nombor dua tiga empat atau lima. Hmmm... aku fikir... macam mana ya? Baik aku 'hijack' saja Malaysia Nite ini... haha...
Yalah, jika tertegak negara Islam (wow, ini istilah impian!), takkan kita ingin cantas saja hiburan? Tidak logik... tidak logik. Revolusi hiburan memerlukan masa untuk melahirkan artis-artis yang bertunjang ilmu. Tidak banyak yang seperti Ebiet G Ade atau M Nasir, atau Loloq. Bait-bait lagunya penuh dengan kritikan sosial yang keras (Mabuk - Spider) yang mengingatkan masyarakat terutamanya yang jenis tak pergi ceramah di masjid dan surau-surau.
Sedang aku duduk melangut tengok skylight di bilik, aku terfikir, ishhh kalau dapat buat benda ini, cool juga. Bila diperah lagi, fuh... inilah benda paling berat. Jika tak hati-hati, mesti ada hati yang terluka.
Berpandukan Malam Manifestasi Seni dan Islam yang pernah dianjurkan di SMAPK dahulu, aku mula menconteng-conteng apa yang agaknya realistik untuk dibuat di Dublin. Yalah, majoritinya pelajar perubatan, yang tentunya agak sibuk (masa tak pernah cukup...) berbanding lain-lain jurusan.
Najmi menyarankan supaya namanya jadi Malam Cinta Kita - tapi aku menolak... hehe aku memang degil sikit. Lagi pun aku tak berapa sangat pelangi-pelangi cinta ukhwah ke apa... sebab tidak berapa berpijak pada bumi yang nyata - its dog eat dog out there!
MASAI juga aku fikirkan supaya ia menjadi hiburan alternatif. Bukan tak boleh berhibur, cuma aku yakin, hiburan yang sepatutnya adalah hiburan yang mempunyai makna dan falfasah di sebaliknya, jika muziknya semacam M Nasir, Kopratasa dan Ebiet G. Ade, malah lagu-lagu Melayu tradisional. Jika lakonan, mesti ada kritik sosial - biar sedar sikit penonton tentang realiti sekarang. Bukan disuapkan dengan fantasi yang memang pun terawang-awang...
IMHO, seni adalah manifestasi bagi sesebuah tamadun. Islam tidak datang mencantas budaya (merompak identiti?), malah ia menyuburkannya lagi. Kesultanan Melayu Melaka, dan seterusnya, punyalah kaya dengan budaya yang diadunkan menurut acuan Islam. Naquib Al-Attas pun pernah cakap lebih kurang beginilah... Hindu dan Budhha tidak dapat melahirkan Melayu yang kritikal... yalah... mana ada dalam sejarah Melayu Hindu dan Buddha yang betul-betul menjadi tokoh ulung macam falsafah ke...
Dalam MASAI juga aku rasa perlu ada seni drama. Zaman dulu-dulu memang maju bidang ini. Yalah, pada waktu itu, mana ada televisyen atau pun radio... yang ada, menerusi bait-bait puisi, gurindam, dan diterjemahkan dalam bentuk bangsawan dan seni pentas. Punyalah tinggi Bahasa Melayu, sampai menjadi lingua franca. Kiranya, kalau pedagang Arab dan Cina nak berniaga, mesti fasih barulah boleh jalan perniagaan...
Fuh... bercakap memang senang, maklumlah freedom of speech di sini. Freedom freedom freedom. Hmmm... dari alam fikiran... memang semua boleh belaka. Tapi kalau di syurga, semua boleh. Masalahnya, kita belum berada di syurga lagi...
Kalau alam bercakap... fuh! Memang sedap juga. Yalah, jadi pengkritik makanan misalnya. Lancar saja berceloteh tentang masakan orang. Suruh masak sendiri, tak tahu pula! Alahai... bak kata orang putih - walk the talk.
Hmmm... macam mana ya? Bab nak amal ini sengal sikit. Aku pernah meneliti paper yang dipublish tentang muzik dalam Jurnal Seasons. Siap ada jadual untuk memahamkan pembaca. Pasal teater pula, berpandukan ingatan lama aku di SMAPK dulu (yang semestinya lebih 'konservatif') serta nasihat ustaz-ustaz... dan pada waktu teringat itu jugalah, terkenang kawan lama Shahrulnizam (3 tahun tak jumpa), yang bab-bab tarian zapin dan kuda kepang mantap habis, siap rajin masuk yang berjemaah di Dataran Merdeka waktu Hari Kebangsaan dan hari-hari kebesaran... hmmm bilalah nak berjumpa balik...
Mengenai muzik, sahlah lagu yang dipilih mesti berunsur nasihat. Kalau ikut aku, lagu Seloka Cak Kun, dan Cinta Dulu Cinta Sekarang, sebab boleh menegur penonton direct. Atau pun lagu-lagu Nadamurni, tapi kena revise sikit rentak dia, nanti macam mengantuk pula atau tak kena mood. Bila dipadankan dengan tayangan slaid yang memaparkan visual dan lirik, menjadikan penyampaian lebih efektif.
Tak pun main irama tradisional kita. Terpaksalah pemuzik menjinakkan jari untuk memetik gitar karan untuk lagu ghazal... fuhh... untuk accordion pula, boleh pakai keyboard yang sambung pakai USB dengan software Reason, Logic, Ableton atau Garageband... Pergh memang masyuk kalau ikut imaginasi diri...
Malangnya kekangan masa menjadi penghalang... yalah, kami adalah mahasiswa-mahasiswi bukannya pelakon dan pemuzik sepenuh masa - ada budak ACCA, dan ada juga budak Medic... tak boleh nak impikan lebih-lebih sangat. Kalau semua di sini menuntut akademi muzik lain ceritalah.
Akhirnya, isi pada MASAI nanti - teater, persembahan muzik live, dan membaca sajak. Teater, hmmm... perit dan berat. Persembahan muzik live - ramai juga kaki-kaki gitar dan drum di Dublin, insha Allah boleh digemblengkan. Membaca sajak? GKLN ada.
Tentang teater, apa-apa pun, ikut skrip. Jika ia sudah mengarut ceritanya, tak perlulah nak fikir lama-lama lagi. Payah nak mencari skrip... dengan kami yang jauh dari tanah air. Kalau sketsa yang lamanya 15 minit mungkin boleh ditulis dengan jangka masa yang ada. Ini full-length 1 jam setengah... macam mana?
Ini belum masuk nak mencari (dan memujuk). Dengan kepalaku yang semakin berserabut dari hari ke hari, Alhamdulillah ada Safwan dan pasukannya. Bersama dengan skrip karya Adibah Abdullah, terhasillah satu paduan yang mantap. Dan perlu aku nyatakan,bekerja dengan mereka mengajarkan banyak benda yang tidak aku lupakan sampai bila-bila.
Untuk persembahan muzik live pula, Kirin dan rakan-rakan bersetuju untuk turut serta. Seronok melihat mereka 'jamming' di studio RCSI, dan mereka akan membawakan lagu Keroncong 'Sayang Di Sayang' dan Mantera Semerah Padi. Slideshow telah pun disiapkan oleh LMT PPIMI... yang keroncong itu sebab ia macam teringat pada tanah air, maka aku suruh budak-nudak ini buat slideshow yang menayangkan muka MB dan Sultan di setiap negeri dan wilayah di Malaysia. Untuk yang Mantera Semerah Padi, cukup kot letak foto-foto budaya orang Melayu.
Oleh kerana tentatif aku rasakan masih tak berapa penuh, maka aku impot Kumpulan Nasyid Al-Qamar. Itu bermakna aku pun kena naik ke pentas sekali. Aiya... bertambah serabut kepala aku.... nak buat macam mana...
Alang0alang dah naik ke pentas, baik aku ajak Si Asyhraff untuk berduet lagu Father & Son, bersama Kirin & rakan-rakannya memainkan muziknya. Haha baru puas hati aku. Jadi malam itu aku naik ke pentas 3 kali - ucapan Pengarah, Al-Qamar dan duet Father & Son.
Akhir sekali, untuk gear 1 pada malam itu, GKLN menghantar Salsabila untuk mendeklamasi sajaknya yang bertajuk 'Sepertiga Malam'. Hmmm... macam Al-Layl dendangan Muhammad Husayyan (yang serupa betul dengan Leonard Cohen's Hallelujah)...
Masalah pada malam tersebut adalah 'timing' waktu solat. Aku rasa down jugalah sebab tak dapat ikut pelan asal. Dahlah hadirin datang lambat... aiya... makin serabut! Namun, aku anggap itulah ujian dan teguran, yang memberi pengajaran untuk diri aku dan generasi mendatang.
Selain itu, tentang peel/sikap penonton yang tidaklah aku gemar - bising tak tentu pasal. Waktu teater sedang berlangsung, masa itulah nak berborak. Ingat tengok gusti di warung mamak ke? Ikut pengalaman aku, kalau orang belah sini menonton teater atau tengok muzikal, taklah naik riuh. Kalau orkestra atau simfoni, berbisik pun tak boleh. Dan, tepukan tangan diberi semestinya bukan ketika persembahan sedang berlangsung, dan tidak mengganggu kelancarannya. Kalau nak paling gemuruh pun, bila semuanya sudah tamat. Pendek kata, 'civilised'. Ada adab, atau tahu menghargai orang lain. Ahh... ini memang masuk dalam senarai 'Malaysia Boleh' yang masih belum tercapai, bukan?
Di kesempatan ini, terima kasih aku ucapkan kepada Safwan dan pasukannya, Adibah Manchester sudi memberi izin skrip 'Harum Cinta Aisyah'. Terima kasih kepada Kumpulan Keroncong Dublin dan GKLN (Salsabila) kerana ambil bahagian. Terima kasih kepada Al-Qamar. Terima kasih juga kepada Najmi menjadi MC yang ceria, dan selalu menasihatkan dan mengingatkan aku. Terima kasih juga kepada Lajnah Kebajikan dan Ekonomi yang menguruskan ground work... Dan tidak dilupakan, Ariff yang mempercayai aku untuk mengetuai CCMB 2007.
Karam Singh Walia & Khoo Kay Kim Yang ini, aku mengintai peluang membawa mereka ke mari semenjak UKEC mengumumkan Projek Amanat Negara, melalui senior dan kawan lama Wan Mohd Firdaus. Entah berapa kali aku cuba 'kejar', akhirnya dengan izin Allah dapat juga mereka datang ke Dublin... huh lega.
Hmmm... Aku fikir elok jika mereka menceritakan realiti Malaysia sempena ulang tahun ke-50 merdekanya negara kita dengan matang. Untuk ini, aku subconkan kepada Akademik yang dipimpin oleh Asrih. Dan pada hari itu, Bakri yang juga presiden Malaysian Postgraduate Students in Ireland (MYPSI) menjadi MC... dan sememangnya penonton tidak puas mendengar dek terhadnya masa yang ada...
Sewaktu membawa yang diraikan bersiar-siar, Prof Khoo Kay Kim, sempat berborak-borak mengenai isu-isu penting yang dimainkan di tanah air. Layan sungguhlah... huhu. Beliau juga mengeluh, yalah, dah mempengerusikan banyak 'policy maker' / think tank / majlis penyelidik, bila nak dilaksanakan, tidak dibuat... ya, beliau maksudkan, orang politik. Buat penat saja beri nasihat tapi tak buat... sebab kuasanya bukan pada kita - SUHAKAM tiada kuasa... jadi nak marah-marah sangat pun tiada makna, sebab yang berkuasa adalah orang politik...
Dengan Karam Singh Walia, lagi masyuk. Sempat beliau titipkan pengalaman menghadapi 'perasuah-perasuah' yang menggunakan umpan duit - ratusan ribu hingga juta, dengan tunai di depan mata. Semuanya untuk menghalang beliau dari membongkar kegiatan terkutuk pencemar-pencemar alam sekitar... Dan dalam perbualan kami para penyambut tetamu, siap sebut - "Inilah ujian dari Tuhan, nak tengok iman kita macam mana...". Nasib baik tak sebut perkataan-perkataan arab yang lain macam tarbiyah, wasilah, ukhuwwah, tsabat dan sebagainya. Kalau tak, mesti lagi 'cool' dan membuatkan aku terkedu.
Paintball & Explorace Yang ini pula, untuk aktiviti luar dan lasak. Bosan juga duduk rumah sewaktu panas musim bunga mula memeluk erat kota Dublin. Paintball kali ini dihandle oleh Afiq Eroz, manakala Explorace pula dijaga oleh Wan Norliyana TCD... dan memang menarik, sebab treasure hunt di tengah-tengah kota Dublin! Kalau boleh join dah lama aku join sekali... tapi aku rasa menembak kawan (musuh?) di Paintball pun apa kurangnya haha. Akhirnya kumpulan aku berjaya menjadi pasukan keempat terbaik..
Hmmm... cukuplah buat kali ini. Macam mengarut pula. Untuk Forum yang Meor uruskan... aku akan tulis kemudian. Itu kena ada satu entry khas.