Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat...

Dublin kembali 'ceria' dengan St Patrick's Day. Nak tau info, typelah di google. Gerenti keluar. Perihal St Patrick's Day - ada parade, ala-ala di Dataran Putra Jaya, cuma tambahkan sampah sarap dan alcohol secukup rasa. Macam di KL di tengah malam (nauzubillah). Cuma di sini lebih hiruk pikuk. Naik busuk hidung dan mata aku membau dan melihatnya. Hmmmm... is this the life that we're looking for? Hidup enjoy mati tak mahu.



Esok di Islamic Cultural Centre (ICC) ade jualan, talk dan konsert amal lagi. Lanjutan program-program PMB - Program Musim Bunga tempoh hari di Malaysia Hall. Ishh sikitnya orang datang. Macam perhimpunan haram - spy ke... konspirasi ke... la pulak, padahal bendanya elok. Ahad Insha Allah ke Donabate - aku ingat di Jepun ke hape, untuk Hari Keluarga. Ade treasure hunt di sana, tapi aku dah tahu semua soalannya. Jadi aku tak boleh masuk.... Hampess...



Semenjak dua menjak ini, tak balik rumah pun. Menempel di rumah kawan-kawan. Memang nomadic sungguh. Lame tak jumpa lah katekan. Banyak kisah-kisah klasik dikorek semula. Buat tatapan semua... Hmmm... ingatlah... bila seseorang makin bertambah ilmunya hari ke hari, maka makin tinggilah syaitan yang menggodanya. Itu lah, kadang-kadang, orang berilmu ini teruk dari orang yg jahil. Dah la ade ilmu, masih buat juga benda yang terang-terang salah. Bukti ilmu ini tak guna kalau tak diamal. Hanya setakat dihafaz buat pekasam... kadang-kadang, kita asyik focus menjaga hubungan lelaki dan perempuan, sampai hubungan sesama jenis pun terlupa. Benda alah ni pon bahaya. Seriyau, geli, getik dan jijik bila difikirkannya.



//Info

RSYNC - program yg buat fast incremental file transfer... berguna utk download updates, dan boleh resume kalau terputus.

CVS - stands for concurrent versioning system (juga dikaitan dengan cardiovascular system). Die nih macam rsync jugaklah. Dengan gunakan CVS Kita boleh download latest release of a particular files, dan juga akan download apa-apa yang perlu utk pc kita.

FTP - file transfer protocol. self explanatory... die macam http (hypertext transfer protocol).

No comments: