Sabtu dan Ahad kami di London. Ade annual briefing dengan sponsor kami. Sponsor panggil, pergi jelah. Dekat 200++ yg datang, dan byk juga pelajar-pelajar final year... dan dierang akan diinterview sendiri oleh orang HR (Human Resources) Petronas. Setelah sekian lama dihantar bertapa di negara orang, kini... org Petronas datang untuk menuai hasilnya... So scholars semua, balik... jangan tak balik. Ingat kata-kata Pak Ibrahim ESU - Setitis minyak yang keluar dari bumi Malaysia adalah hak rakyat Malaysia... dan duit tu utk bayar kita di sini... dalam darah kita mengalir harapan rakyat Malaysia yang menggunung tinggi...
Dalam ramai-ramai manusia di situ, terjumpa juga ade seorang nih. Dari jauh nampak macam kenal. Bila datang dekat... lagilah, memang kenal rupenye - Fahmi rupenye! Rupenye pernah berjumpa bila aku masih di form 4. Ade interview dengan dia semasa buat buku skrap kerjaya gitu-gitu lah.... ape rahsia kejayaan... ape itu... ape ini... soalan-soalan yang biasalah. Semasa tu die baru je first year, baru menjejakkan kaki di sini. Sekarang pergh... dah nak balik rupanya. Sempat berborak dengannya, hmmmm... pantasnya masa berlalu. Memang tanda kiamat lah nih. Tapi, masa yg berlalu, memang banyak benda dah berlaku.
Sebelum kami blah, die ade kate - Masa ini cepat. Cepat sangat, sampai kita pon tak sedar. Nanti sedar-sedar dah mati. Tau tau dah terlambat. Masa tu menyesal pon tinggal menyesal jelah. So, apa-apa pun, mesti bermula dari sekarang. Masa ooo masa...
Sebut pasal masa, teringat semasa briefing tentang Sauber Petronas punya driver F1. Felipe Massa. Dapat 1 point tuh, nombor lapan dekat Sepang baru-baru ini. Heh =)
Waktu briefing, kami dihidangkan dengan berita terkini. Pet dah nak expand ke India, Russia, dan blah blah blah... aku fikir baguslah. Biar jadi global player, walaupun terkantoi beberapa perkara - you know what I mean. Simpanan minyak pon dah nak habis. So dari sekarang kene curi masa, setiap masa. Macam mana nak add value kepada currently available resources. Insha Allah berjayalah. Ben sugeh... kata orang Jawa (asyik ade sesi mengenal akar umbi Jawa dengan Ghani je sejak akhir-akhir nih =P). Ojo kelalen... taboksisan kang!
Abih briefing 12++, makan. Lepas makan, gi B & B pada pukul 2. Malangnya tertidur sampai pukul 6. Argh ruginya masa! Baru je sentuh pasal masa dlm briefing tadi...
Hmmm... sempat juga berjumpa kawan di Central Mosque. 3 bulan tak jumpe. Lame juga berborak... tapi, dia masih tak berubah. Heh, biar masa menentukan segalanya... aku rasa patut tukar lah. Biar orang itu yang tentukan segalanya. Dia mahu, dia buat. Dia tak mahu, dia akan buat macam dia tanak buat... senang kire tak buat. Itulah dia... dah lagu tuh...
Singgah di kedai buku di Central Mosque. Minum Qibla Cola - rasa sebijik macam Coca Cola. Terkejut cashier die ade Msc in Telecommunication Engineering from Imperial College. Tapi masih mencarik kerja. Dia ada bertanya... di Malaysia prospek kerja okay ke tak. Aku mentioned education sector. UIA pon terkeluar sekali. Harap-harap ke UIA lah die. Boleh tolong majukan...
Semasa briefing juga diemphasisekan - degree ni hanya hiasan... its only matters on how you make the most out of you. So jgn buang masa supaya mengambil peluang apa yang ada semasa di universiti, kolej dan sewaktu dengannya. Hmmm... jangan balik terus jadi cair. Jadi mindless robots yg work day and night for the sake of their studies alone. Dan don't give much a damn about apa-apa yg terjadi di sekiling. Menurutnya, degree nih hanya satu evidence yg kita ni bertauliah. Its up to us untuk kembangkan lain-lain potensi - teamwork, CCTS, dan apa-apa benda alah lagi.... jangan tunggu bila nak kerja baru nak kejar segala itu ini. Tak cukup masa!
Kali ini di London agak kering. Cuti pun... cuti subsidi. Bukan aku seorang... majoriti yang aku jumpa rata-ratanya sengkek. Hmmm... cepat betul duit ni berlalu keluar...
//Bila gambar siap. Aku akan scan dan upload. Tapi masalahnya termasuk black & white film dlm kamera. Jadi gambar klasik lah pulak... WMF sori aku tak dpt contact hang semasa di London. How's mooting?
No comments:
Post a Comment