Berpagi-pagi, tapi kepanasan. Juga dirasakan dunia berpusing-pusing. Dirasakan menjadi duit syiling di dalam tabung ayam yang tengah digoncang-goncang. Bagaikan ade puing-puing di dalam CSF aku. Menghakis sel-sel otak. I pushed myself too hard, sampai bubble tuh burst?
Sesungguhnya, nikmat kesihatan dan nikmat masa adalah antara yg penting sekali. Duit tidak boleh membeli kesihatan, dan bila masa berlalu, tade ape yg boleh kita buat utk regain balik; melainkan kene naikkan pace kita...
1st IMAM Scientific Congress - ditulis semalam ketika masih sihat...

//Special appearance of Khalid Yassin. Gila ah ding dong moving talk die walaupun aku sempat dengar kejap. Two thumbs up!
//Dpt dengar sket je talk by Prof Zabidi... rugi...
//Dunia sungguh kecil! - Sempat tersua dengan jiran-jiran di Taman Cempaka... Sorg di Jalan Cempaka 10, dan sorg lagi Jalan Cempaka 13. Skrang di King's dan Glasgow... Hidup Cempaka Clan!
//Thanx Lan Helmy pasal belanja kami di Gath SMAPKian 00 dan 01 (aku sorg je 01...). Yang hadir - Wan Pedot, Lan Helmy, Boy, Famak, Suriana, Nazimah, Marini, Natasha. Tidak hadir - Hazri, Shihab, Taqi & isteri, Awe
//Keynote Address by Dr Musa Md Nordin - Integrating Medicine with Islam

"We're merely the intrument of Allah's mercy for all... "
Memang moving betul address die. Semangat. He pointed out that medicine is always with Islam - dan tidak boleh dipisahkan. Die stressed, Prophetic & Islamic Medicine, the doctrine is based on fact that - prevention is better than cure. We're neither ultra-conservative nor super-liberal - kita di jalan pertengahan (jgn diabuse pula perkataan nih... bukan separuh-separuh haaa...)
Docs are not the healer. They're merely the instrument of His Mercy. Subhanallah...
Rasa nak demam satu hari. Sampai pun lambat. Tahan jela, nak telan paracetamol rasa tak mahu, sebab paracetamol is anti-coagulant. Hmmm... selalu mimisen 2-3 hari nih. Adakah BMR aku naik?
Sabtu, 3 April
//Past, Present and Future of Contributions of Islam to Medicine
- Dr Mamoun Mobayed
Mengenai sumbangan Islam terhadap perubatan. Sarjana-sarjana Islam dalam arena perubatan cukup ramai - gila ramai. Overall, memang menarik. Teringat - Bayangkan, dalam masa kurang dari seratus tahun selepas hijrah, kita dapat membina sebuah hospital! Dia kata, kitalah generasi yang bakal naikkan balik Islam... banyak tokoh-tokoh telah membina sejarah silam, tinggal giliran kita pula.
//Abortion & Contraception from Islamic Perspective
- Dr Noraliza Abdul Ghafar
Penyampaiannya mengenai pandangan ulama' tentang pengguguran, dan perancangan keluarga. Diterangkan bahaya tidak menjarakkan kelahiran anak-anak kita semasa berkeluarga nanti. Alhamdulillah dah nampak clear lines apa yg boleh, dengan apa yang tak boleh.
//You as a medical student benefiting the world - Dr Saddaf of Doctors WorldWide
Banyak peluang-peluang utk berkhidmat sebagai sukarelawan didedahkan, dan aku teringat Pertahanan Awam... we treat all the same, regardless of race and religion.
//Islamic Medical Ethics Amidst Advancing Technologies
- Prof Zabidi Azhar Husin
Yang ini aku terlepas, aku ada hal, kena jadi runner buat seketika. Dengar khabar, ia tentang etika dan peraturan (of course...), dan banyak orang yang aku tanya, semuanya kasi thumbs up. Nanti aku kena tgk video talk nih nampaknya.
//How to be an active Muslim student in UK & Eire
- Workshop by Wan Mohamad Firdaus
Aku singgah kejap di sini sebelum ke workshop Career Development. Berkisar dengan hal ehwal pelajar, inter-faith relations - Jews, Christians, etc. Juga macam mana nak jumpstart ISoc di tempat anda. Budak Law yang buat, memang sah takleh berhenti cakap =). One of his point - open up your mind. Pergi dengar semua arguement orang dahulu, dan cuba faham apa prinsip mereka - Socialist, Marxist, Liberal, Labour, etc. Ini akan kuatkan pegangan kita. To WMF : kalau kau baca, dan jumpa apa-apa kesalahan, berilah komen.
//Career Development in Malaysia
- Prof Dr Zabidi Azhar Husin
Anda ada ijazah sarjana muda perubatan? Segalanya baru saja bermula... banyak lagi yg perlu ditempuhi. Antara soalan yg dikemukakan - Macam mana nak konsisten... macam mana nak keep the motivation driving us?
//Graphic Design demystified (for campaign in campus - posters, leaflets)
- Mr I-Can't-Remember-His-Name
Aku tak pergi pun. Bermain-main dengan Photoshop dan Dreamweaver agaknya. Mungkin juga diajar sedikit tentang HTML. Atau tips-tips penting utk buat poster, leaflets dan apa-apa cetakan.
Ahad, 4 April
//Islamic Jurisprudence on Advancing Medical Technologies
- Dr Musa Md Nordin
Terpaksa mula lambat, 'biasalah' Malaysian ni mmg frank sentiasa. Gaya dia sampaikan menaikkan semangat orang. Ade some sort of 'aura' bila nak bertanya dengan dia ketika lunch break. Nak jadi doktor Muslim, kenalah tahu selok-belok, hukum-hakam, dan apa-apa pandangan ulama' tentang sesuatu penemuan baru dalam perubatan. Panjang betul talk nih... tak larat lah nak diceritakan lagi. Kalau ada kelapangan aku tulis lagi.
//Medical Field Visit to Palestine : Traumatised Children
- Dr Mamoun Mobayed
Dahsyat sungguh trauma yg dialami kanak-kanak di Palestine dan Kosovo. Di Palestine, waktu malam amat ditakuti, sebab helikopter tentera Zionis selalu menyerang di dalam kegelapan, dan mereka bermain di kala siang. Manakala di Kosovo pula, malam sahaja yang selamat, kerana di waktu terang, penembak tepat banyak mencari mangsa... Juga disentuh tentang trauma dikalangan professional perubatan. Kita pun manusia juga, ada kelemahan.
//Medical Relief Forum : Together We Can All Make A Difference
Asyik mendengar pengalaman orang MERCY dan Doctors World Wide dalam mission-mission di serata tempat. Salah seorang panel adalah lepasan RCSI. Huhuh, bertambah volume nasal cavity aku =). Naik semangat lagi...
//Presentation from local reps
Projek-projek di lokaliti masing-masing dibentangkan. Buff dan Muadz dengan summer camp & umrah tripnya. Nik Mun (tak silap aku la) dengan projek Summer in Tropics di Malaysia. Qisti dan Nazri dengan community project di Coventry, a la Health Awareness Day.
//Annual IMAM Dinner :
"Kosovo, Turkey, Afghanistan & Cambodia - MERCY Across Borders"
dan juga presentation by FOSIS nye Politics officer - WMF, tentang senario student union di UK & Eire, peranan FOSIS utk kemaslahatan Muslim students di rantau sini. Read more here. Selain itu, ada speeches from MERCY nye mission reps , dan foto-foto MERCY di Kosovo dan Afghanistan memang cukup menyedihkan. Kalau ditenung lama-lama, boleh bergenang air mata. Juga cukup tertarik dengan movie Lan TCD, tentang the making of semua benda alah nih. All your hard work Insha Allah had been paid off... Turut dibentangkan, projek wallplanner yang menjadi sumber kewangan IMAM yang utama.
//Article 17
Aku tengok sekejap. Aku dah tengok dulu di Houston Lect Theatre. Memang menarik walaupun kadang-kadang rasa pening sebab camera tu goyang sana goyang sini. Realiti di Tebing Barat dihidangkan kepada semua... si WMF pulak rekemen Jerusalem 101. Manalah aku nak carik di Dublin nih?
//1st Annual General Meeting
Aku duduk sahaja. Dah penat. Undi pun undi juga. Siap ada Election Commission atau SPR yg dianggotai oleh rakan-rakan Dublin Business School. Ada lawak juga... contohnya si Buff nih. Nama saya bla bla bla, dari Dublin, padahal dia dari Manchester. Heh dah suka sangat dengan Dublin? Ada bau semacam je nih... habis AGM pukul 8.00 gitu, dan 9.30 barulah bergerak ke Verona utk makan-makan bersama alumnus SMAPKian, setelah mengemaskan barang-barang...
yg lain-lain... aku terlepas... aku jadi runner. Juga terpaksa direlievekan seketika dek kepeningan kepala. Aku terlepas byk... Euthanasia, dan FIMA & PPIM Projects, termasuklah wrapping up session - yang kena tulis apa aim kita dalam masa 10 tahun... hmmm line mana yg kita nak pergi? Bagi aku, aku ingin menjadi seperti pohon yg berbuah yg rendang. Cemerlang dalam karier - tak kisah lah akademik line ke, technical ke, dan dalam ilmu akhirat. Aku tak mahu berapi-rapi pada permulaan, dan semakin malap ditelan usia. Insha Allah.
Kudos dan sekalung penghargaan serta terima kasih to all committee members, ushers, dan sesiapa yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung... juga supporters - PPIM/IMAM, Doctors World Wide, FOSIS, Malaysian Embassy, MSD UK & Eire, GPPM, Education Attache Chegu Sulaiman, Human Appeal International, ICC Ireland, MDDA, MERCY, Medical Interest Group... byk lagi sampai tak ingat...
Semoga dapat diatur lagi program sepertinya pada masa akan datang. I'll be waiting for 2nd Scientific Congress & AGM next year...
All in all, weekend yg jadi eye-opener, penat tapi penuh dengan input. Bila pula nak dioutputkan?
Sites that are worthwhile for browsing:
FOSIS
IMAM UK & Eire Student Chapter
Impact
P/S: Kalau nak tambah, silakan. Aku mungkin tertinggal apa-apa maklumat.
No comments:
Post a Comment