Asap dari rokok dan asap dari ekzos kereta same je. Dua-dua membunuh. Tak payah lah nak dibandingkan... asap rokok ni tak bahaya sangat, berbanding dari asap kereta.... maka kita boleh merokok. Tu pun bangkai juga. Pokoknya... merokok bahaya.
Lama-lama timbul minat lah nak menyedut sekali dua. Kawan pun belanja sebatang dua. Jadi lah pulak social smoker. Pastuh, lepas dah byk kali, naik pangkat lagi. Kawan pula belikan sekotak rokok. Ada sesetengah kes, hadiah harijadinya adalah sekotak Malboro Lights... gila apa. Maka dengan rasminya lahirlah seorang lagi yg sentiasa merosakkan diri sendiri, dan bertambahlah seorang lagi non-enviromentalist!
Perokok-perokok ini, banyak yang nak berhenti. Banyak juga yang "beransur-ansur" berhenti. Dan banyak juga yang tak mahu berhenti langsung. Ape... orang hisap rokok panjang umur tau! Cuba tengok orang tua-tua, ramai gile yang hisap rokok... tapi sihat juga. Kanser paru-paru? Mana ade... hisap lah rokok daun! Banyak lah songeh plak.
Membuat keputusan utk merokok adalah salah satu keputusan yang amat rugi. Kita pandai menilai baik dan buruk, apa lagi, gunakanlah! Kita manusia. Adalah fitrah manusia utk tidak membuat perkara yg boleh merosakkan diri. Soal utk merokok atau tidak bukan isunya. Perkara pentingnya... jangan sia-siakan kepandaian yang Allah beri utk memilih jalan kehancuran.
Pada masa kini, sesiapa pun boleh join kelab perokok. Lawyer, driver teksi, tukang gunting rambut, hatta cardiologist pon ade! Tak payah nak kutuk-kutuk... semuanya sama aje... iaitu perokok! Itu hak peribadi? Ini bukan masanya untuk membincangkan human rights. Islam punye style adalah guided human rights and personal freedom. Maka tidak timbul langsung soal suka hati aku lah, jaga tepi kain oranglah, peduli ape kaulah... Teringat ade seorang kawan nih, pernah kasi amanat besar
"Abadi... ko jangan lah try sesekali hisap rokok... dah mula memang susah nak berhenti... aku pun, seksa gile kalau tak ade rokok nih...".
Ha padan muka. Siapa suruh hang hisap? Kan susah nak berhenti. Tabiat kalau dah jadi rutin, memang susah nak berhenti. Tak percaya? Cuba tanye orang yg dah quit. Tidak dinafikan lah, will power kena ade. Ade yang tup-tup, tiba-tiba quit. Alhamdulillah. Yang berhenti secara terancang pun ada. Pun Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia tanpa rokok... pastinya lebih nyaman menyedut udara segar sentiasa...
Senang cerita, kawan-kawan lah yang dapat mempengaruhi hidup kita. Baik atau buruk, pandai-pandai cariklah. Jangan ikut kawan sentiasa. Orang hisap rokok kita hisap juga. Orang menyelam longkang pun kita ikut sama. Eloklah tuh.
Amaran kerajaan Ireland : Smoking kills. Smoking causes infertility and kills sperms. Smoking causes lung cancer.
Merokok membunuh. Merokok menyebabkan mati pucuk dan membunuh sperma. Merokok punca kanser paru-paru.
Amaran kerajaan Malaysia : Merokok membahayakan kesihatan
Dah banyak website, journal, artikel dan wacana menegaskan merokok adalah sia-sia belaka. Terpulanglah kepada kita. Kubur lain-lain... peduli ape aku. Tapi kalau kubur kau sebelah aku, dah kau kena seksa, tu dah mengganggu ketenteraman awam namanya.
Oklah, letih la pulak menaip. Jom hisap rokok sebatang dua! Barulah segar... fuhhh... =)
p/s : Doa-doakanlah, orang yg merokok... supaya berhenti sebelum terlambat. Yang dah cuba-cuba, jauhilah terus!
Terrorisme dipupuk di sekolah?
Isu yg diperap lama-lama sampai jadi pekasam. Lama-lama meletup. Baru menggelabah... sesungguhnya banyak benar terrorist di Malaysia... hahaha. War on terror begin at home, and sekolah juga.
1st IMAM Scientific Congress & Annual General Meeting 2004

//As of now, all seats are fully booked. As an alternative - To keep everyone abreast of Islamic medicine know-how (latest fatwa, etc), Insha Allah we'll get the slides and papers burnt into CDs...
No comments:
Post a Comment