Ihsan oh Ihsan / Ehsan oh Ehsan

Sejak akhir-akhir ini, aku rasa macam ada orang mengekori aku. Bila toleh dia hilang. Pelik juga. Seram pun ada. Dah lah hostel aku duduk ini bekas nursery, dan dikisahkan berhantu. Hantu? Uihhh seram. Bleh terkucil aku.... ini baru di Dublin, kalau kita di Malaysia, ramai orang yg kata :



Senario I

"Kau tahu jalan tuh memang bla bla bla bla... berhantu tuh..."

"Kalau nak jalan kat situ... bacalah ayat Kursi..."

"Oooo yeke?"



Senario II

Bila memandu kereta pasang lagu ntah apa-apa. Sekali bila lalu kawasan keras, tiba-tiba pasang kaset Al-Quran. Alahai...



dan byk lagi...



And so they think that segalanya berhantu. Inilah dia ihsan yg disalah fahamkan. Bukannya Ihsan jiran aku. Ataupun Restoran Al-Ihsan. Dalam banyak-banyak Ihsan, Ihsan yang inilah yang kita lupa. Inilah dia ihsan yg memandu supaya kita ada fobia dengan hantu-hantu. Memang mistik sungguh Ihsan ini. Patutlah, ada kawan aku semasa jadi interns dulu, jaga rumah mayat di hospital di luar negara, dia kata tak terasa apa-apa pun. Balik je Malaysia, huih... asyik meremang bola roma sahaja. Psikologi oohhh psikologi...



Aku bukannya tidak mengakui kewujudan hantu, tapi; kadang-kadang rasa seriyau bila orang lebih-lebihkan dalam benda alah nih. Sampai naik toya aku. Hantu = makhluk Allah. Jin ka, orang bunian ka, syaitan ka... semuanya makhluk Allah. Hantu nih, kalau dia nak jelma, bila-bila saja dia boleh. Nak jelma keluar dari skrin monitor, boleh aja. Nak dia tepuk kau time ko tgh surf internet? Nak jelma masa kau solat? Lagi lah boleh. So ketahuilah, hantu ni ada di mana-mana.



Dan dalam banyak hantu-hantu nih, lagi bahaya hantu dalam diri kita iaitu : nafsu. Sebab itu orang kata, ikut hati... mati, ikut rasa... binasa. Berapa banyak kejahanaman telah terjadi akibat nafsu? Dan cuba kita tengok, berapa banyak kerosakan akibat hantu? Hantu pernah buat vandalisme? Kalau ada.... gila ah. Memang respek sungguh aku. Kalau hantu dalam diri kita? Vandalisme, sumbang muhrim, selective dalam mengamalkan Islam et cetera. Jelaslah hantu dalam kita ni lagi bahaya. Dan ingatlah, hantu biasa tak boleh buat apa-apa pon, melainkan dengan izin Allah.



Cara nak lawan Hantu? Sentiasa ingat Allah. Sedar bahawa Allah sentiasa memerhati, mendengar dan tahu apa-apa yang kita kerjakan. Timbul rasa takut dan malu buat benda-benda kureng. Inilah Ihsan sepatutnya. Mak aku pernah kata... "Kalau kita takut dengan hantu, lagilah dia suka...".Bukannya bila lalu jirat Cina ajelah baru keluar segala jenis ayat, dan bila waktu biasa, haramlah nak ingat Allah. Selain itu, yakin Allah akan tolong kita. Bukankah dalam nama-nama Allah yang 99 itu, ada The Most Merciful? Hari-hari kita baca. Tapi, takkan tak tahu jugak?



Kalau kita ingat dan yakin dengan Allah, segala ancaman tak lut. Orang santau? Jin? Sihir? Yakinlah bahawa Allah akan tunjuk jalan yg terbaik, dan bukannya apa-apa kita mahu. Allah kan Maha Mengetahui apa yang baik, apa yg tak baik?



Wallahu'alam



Oklah. Aku kena keluar pergi beli telur ayam. Ishhh takutlah... anak Dol banyak kat sini. Ihsan ooo Ihsan jom temankan aku... Eh Ihsan ke Ehsan?



Further reading : Islam, Iman & Ihsan



Imej di atas dilink dari www.herryrachman.net



P/S : Agak kesal bila terkenang kita terlalu dimomokkan dengan benda-benda mistik.

No comments: