Rupa-rupanya memang bosan sungguh kalau jalan berseorangan. Nak buat macam mana, sahabat lain masih bekerja. Tak bolehlah mereka ikut sama. Aiseh, jawabnya duduk di bench sampai membaca suratkhabar sampai kedai buka. Such a bland morning to begin the day, isn't it?
Ditakdirkan Allah tergeraklah hati nak berjalan-jalan pula. Dipandang-pandang papan tanda, ada tanda arah ke Mosque (MYF - Muslim Youth Foundation). Jalan punya la jalan, tak jumpa-jumpa. Tanya orang kedai pun dia tak tau. Kureng. Rupa-rupanya dah dekat ngan Arndale. Masuk jela, kot-kot ada apa-apa yang boleh ditengok.
Maka jalanlah aku, dengan pandang kiri kanan melihat apa-apa yang boleh diredahi. Kedai kebab. Cafe kebab. Restoran kebab lagi. Ishh.. banyak rupanya kedai kebab kat Manchester nih. Dalam berjalan-jalan kena la marah. Asyik nak langgar orang. "Wakeup!", tegur makcik sorang nih. Adehh...
Begitulah hari-hariku di Manchester.
Sabtu, ke fruit-picking - Plum, Strawberry, Blueberry, Pear dan Epal. Kerana manisnya epal?
2 hari terakhir diluangkan bersama Fawaz, dan juga si Iskandar, senior postgrad. Kering air liur, penat mata berborak tak henti-henti. When the clock strucked 3 am, I was finished.
Aku rasa idiom of the day hari Ahad adalah - Don't judge a book by its cover. Instead, do scrutinise the book first, especially for the author and the publisher. You can't just confidently trust these people nowadays.
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong tunjukkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Apahal tiba-tiba pantun pulak nih?
Oh ya, sempat kami singgah di carboot. Gila sehh... aku pun terkena demam carboot. Buku-buku murah sangat... 50p saja satu! Belilah aku Dilbert comic book, Life of a Pi, dan beberapa buku lain, tapi agak bengkerk tak jumpa To Kill a Mockingbird. Insya Allah, selagi mana ada duit, turun balik lah aku ke Manchester nak membeli-belah di carboot!
To Manchurians: Jazakallahukhairan!
No comments:
Post a Comment