Jordan University of Science & Technology, Health Campus; Mustashfa Islami, Amman
Tibanya kami di Amman, cuaca suam-suam dingin a la Eropah menyapa nyaman. Macam musim panas di Dublin pula. Beberapa jam seterusnya, kami di Irbid, 70km barat laut Amman, setelah berbas dari Stesen Bas Abdali selama hampir dua jam. Sesampainya di sana, suasana ramah mesra mendampingi kami, sebagai tetamu yang tidak diundang. Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan di Irbid - Faiz, Amin, Bayam, Che Mi, Firdaus, Abg Man, Anhar, Sifoo, dan lain-lain yang membantu. Rindu pula rasanya makan nasi dalam talam, dan juga halawiyat (barma dan naimah).
Sepanjang di Jordan, Irbidlah yang menjadi perhentian utama aku, atas sebab banyaknya penuntut Malaysia di sini. Banyak sejarah negeri Jordan ini yang dikisahkan kepadaku, dari The Great Arab Revolt, hinggalah penubuhan negara Israel. Kecewa dan hampa Bani Hashim, yang dahulunya dijanjikan British tanah Palestin sebagai ganjaran memberontak dari Turki Uthmaniyyah. Israel pula yang ditubuhkan. Kini, di negara Jordan sajalah Bani Hashim berkuasa, berbeza sekali dengan perancangan awal mereka untuk menguasai Tanah Arab yang dipatahkan. Setiap ahli Bani Hashim yang dihantar ke Syria, Arab Saudi, dan lain-lain negara untuk menubuhkan kerajaan, masing-masing menemui kegagalan. Syria, naik dengan Parti Ba'athnya, begitu juga Lebanon. Manakala Arab Saudi, dengan Bani Sa'udnya.
Oh... patut lah: The Hashimite Kingdom of Jordan, Kingdom of Saudi Arabia - Custodian of Two Holy Mosques
Lawatan kami di Irbid bermula di Jordan University Science & Technology (JUST) Health Campus bersama rakan-rakan di sana. Kami menyusup masuk kuliah mereka, kononnya dapatlah menyerap apa-apa yang disampaikan (tajuk kuliah: Immunology), akan tetapi aku juga yang tertidur akhirnya.

//With Irbidians after Immunology lecture. Amin, Sufaat, Che Mi, Rosman, Aslam (Mesir), Faiz, Sifoo.
Petangnya, kami di Islamic Hospital (Mustashfa Islami) untuk berurusan dengan Dr Firash dan Dr Aizuddin berkenaan lawatan ke tempat bersejarah di utara Jordan anjuran FIMA. The tribe has spoken : meet at 7.00 am sharp, at hospital entrance.
14 Julai
Ummu Qais, Golan Heights, Maqam Abu Ubaidah, Jerash

//Tasik Tabari - sumber utama air Jordan yang kini diduduki oleh tentera Israel

//Ummu Qais - Medan Perang Yarmouk... 240,000 tentera Heraclius menentang 50,000 pimpinan Khalid Al Walid & Abu Ubaidah.

//Maqam Abu Ubaidah r.a.
Gambar-gambar di atas adalah tajaan Rossman Hawari
No comments:
Post a Comment