Dari Dublin ke Manchester

Assalamu'alaikum



Kalaulah hendak dibandingkan hujan lebat di Dublin dengan Manchester, alamatnya kalahlah Dublin. Hujan lebat di sini betul-betul serupa di Kuala Lumpur. Cuma tiada kilat sabung-menyabung saja untuk menyerupai cuaca di Malaysia.



Eh, banyak pula komen aku pasal hujan.



Sebanarnya, aku di rumah Ariff di Old Trafford, Manchester atas lawatan tidak rasmi sambil merayap. Dalam erti kata lain, tetamu tak diundang. Turut ada di sini orang rumahnya - Abg Wan, Hanif dan Pak Tam. Di sinilah tempat aku berteduh dari hujan dan panas sepanjang lawatan aku di sini. Terima kasih tak terhingga ya! Hari-hari aku di sini setakat ini dihabiskan dengan ke Muzium Universiti Manchester untuk melihat pelbagai jenis binatang (menambah pengetahuan tentang binatang - otter, beaver, aadvark, lynx, cougar, dan banyak lagi), dan juga ke Rusholme untuk memburu buku.



Beberapa hari sebelumnya, aku berkhemah di Carrog Station, Wales. Perjalanan ke sana di atas ihsan Abg Eddy, dan khemah ditaja pula oleh Abg Mael. Terima kasih banyak-banyak! Adalah treasure-hunt, membuat kolaj 3 dimensi (ish macam sekolah rendah ya, tapi cukup menyeronokkan!), di samping aktiviti utama di perkhemahan - bertukar-tukar maklumat mengenai lokaliti masing-masing. Sempat juga bertemu Amar dan Shahrul dari Berlin. Dapatlah aku belajar sedikit bahasa Jerman. Wo is U-bahn? Danke shu...



Pada pandangan aku, benda yang betul-betul membuka mata semasa di perkhemahan tersebut adalah mengenai tolak ansur. Apa sebabnya? Aku dapat perhatikan tolak ansurnya seorang suami dengan isteri, dan sebaliknya. Mungkin aku masih mentah untuk menilai ini semua, tapi, itulah realitinya. Bertolak-ansur ini bukan saja dapat dilihat sini, bahkan di mana jua, selagi kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Yakni dengan kawan, jiran sebelah rumah, hatta pakcik tuan punya kedai sekalipun. Ia perlu datang dengan kesabaran, tapi bukannya bermaksud kita cepat mengalah, cuma biarlah ia bertempat dan mempunyai rasional yang diterima akal.



Hmmm... Susah juga ya nak bertolak-ansur?



Selain itu, dapat juga senior-senior di perkhemahan menumpahkan sedikit kuah kari pengalaman mereka kepada generasi baru. Sebagai ikutan jika elok, dan sempadan jika ia suatu tragedi ngeri. Sejenak kuterfikir. Pelik ya, dulu-dulu, tidaklah secanggih sekarang, tapi cukup meriah. Ada itu dan ini, begitu dan begini, dan macam-macam lagi. Cemburu betul aku.



Eh, dah lewat malam. Aku beransur dulu ya?

No comments: