No 23 & Ikan Mackerel

Ada pun semasa cuti inilah, peluang untuk memancing terbuka luas. Tak kiralah sama ada nak memancing ikan, atau memancing ilmu & kesedaran. Ada orang suka ikan saja, ada orang suka dua-dua sekali. Begitulah manusia... macam-macam jenis dan ragam.

Oh ya, sebenarnya kami ke Belfast hujung minggu baru-baru ini. Berkereta sebanyak 4 buah - Abg Ismail, Reza, Azlan TCD & Jazree. Semuanya laju macam pelesit, bila menyusuri M1. Maklumlah kereta semuanya sedap-sedap belaka, seronok saja tekan minyak.

Alhamdulillah sebanyak 25 hadith (terima kasih kepada pembentang-pembentang) telah dibentangkan, harap-harapnya semua dapat manfaat - walaupun pembentangan dilakukan ketika hujan lebat!

Alhamdulillah, penulis sendiri dapat mengail 4 ekor ikan mackerel serentak, berbekal gewang yang cukup sempoi. Selepas itu langsung tak dapat kail apa-apa! Yang lain-lain, ada yang dapat ikan kod, whiting, dan termasuklah sotong kurita. Kesemuanya end up jadi ikan bakar (atau sotong kurita bakar), bercicahkan air asam. Slurrrrp!

Rasanya, dalam banyak-banyak hadith yang dibentangkan, paling ingat sekali adalah hadith ke 23, yang menyebut perihal menjual diri. Sebab, terus terlintas di fikiran kisah Suhaib ibn Sinan (atau Suhaib Ar-Rumi) yang diabadikan di dalam Al-Quran (Al-Baqarah 207). Masha Allah!

"And of the people is he who sells himself. seeking means to the approval of Allah. And Allah is Kind to his servants."

Kenapa pula Suhaib Ar-Rumi? Sebab semasa penghijrahan beliau ke Madinah beliau ditahan dek Abu Jahal & Abu Sufyan (kurang ingat siapa yang tahan, nanti dibetulkan), dan hartanya dijadikan tebusan. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk berhijrah juga, dengan tangan yang kosong, sebagaimana beliau dahulu memulakan perniagaan ketika di Mekah, juga dengan tangan yang kosong.

Jual diri ini pun ada yang tidak elok. Yakni bila jual diri kepada orang lain (syaitan, pakcik, kawan, makwe & pakwe dan lain-lain golongan selain dari Allah). Amit-amit nauzubillah.

Oh ya, rupa-rupanya Bahan Tarbiyyah Online dah berpindah ke sini. Bolehlah semua ke sana ya?

postscriptum : kifhal... kalau dalam arab 'ami, maksudnya apa khabar, sama lah macam shaikhubarak.

No comments: