Blues Untuk Rakyat - Lovehunters

1)

Kelambu usang idaman nyamuk

Senang dicabul kawan sesaya

Bangsaku masih mengantuk

Pagi petang tersangak-sangak



Ini bukan lagu protes

Hanya blues untuk rakyat



2)

Kayuh basikal laju-laju

Hendak potong motokar depan

Orang lain sudah lama maju

Mengapa kita ketinggalan



Ini bukan lagu protes

Hanya blues untuk rakyat



3)

Blues untuk yang di tepi jalan

Blues untuk yang di kelab malam

Blues untuk yang masih bersekolah

Blues-blues untuk hendak ke pasar



Ini bukan lagu protes

Hanya blues untuk rakyat



4)

Istana pasir di tepi pantai

Hanya lalu dipukul ombak

Kerana leka kita tergadai

Kampung halaman mangsa jentolak



Ini bukan lagu protes

Hanya blues untuk rakyat



Ini bukan lagu protes

Sekadar pembina semangat




//Lagu yg simple tapi cukup bermakna =)



Today, we mark the 1-month-countdown to my final exam. All your dedication in past terms would be meaningless should you falter this time. To my surprise, we'll be seating more or less the same exam as our A Level colleagues, perhaps our dream as medical student (soon doctor... but waayyy...) is juggled by how we get it done. In other words, it is either you make or break, though we're in better side as we have oral and repeat exam at our disposal, which I really hope none of us would be that unfortunate by getting 'chances' to do the former or the latter!



And today is Aqilah's birthday. Eid milad - she's only two. Hah...that's why I bought some bananas as a 'present' or buah tangan for her. As of Jaz et al, there goes their sweet and cute Caresbear!



Hmmm... tadi International Night. Who cares? I had enough... Susahnye kwn-kwn nih... pening... At times mmg orang nampak blurr lines nih =(



Semalam, maraton The Message dan The Passion of The Christ tamat. Bila menonton cerita, kalau dihayati jalan cerita, and tahu the truth, lain rasanya dari tengok utk special effects semata-mata. Rasa nak tgk lagi pulak =)

Bila Orang Besar Datang...

Hari Ahad diisi dengan berita-berita terkini dari mulut Menteri Luar kita - Syed Hamid Albar (aku tak ingat title apa patutnya dibubuh... Dato' or Datuk?). Dia berada di sini utk menghadiri Sidang Menteri-menteri Luar Eropah-Asia di Kildare Golf Club. Did I say Kildare? Pergh golf club mmg lawa...



Kami dihidangkan dengan santapan minda - peranan Malaysia dlm masalah Iraq, Palestine, etc. Bab ASEAN yg Myanmar tu pun ada. Singapura? Mana boleh lepas... dengan al-kisah Batu Putih. Tidak lupa, Pemilu di Malaysia. PAS di Johor. Tawan balik Terengganu (sempat buat lawak lg tuh...=) ). SPR dan recountnya. Macam-macam lah. Tapi yg aku ingat - pilihanraya kali ini adil... "pasal dua-dua pihak marah pada SPR..." Kemudian, sempat juga dia iterate "Cemerlang, Gemilang, Terbilang..."



Makan? Eh mana boleh tak ada. Makan free mesti ada. I guess the saying of 'there's no thing as free lunch' does not apply to us. Hahaha. Datang pukul 2.30ptg. Makannya pukul 4.30ptg. Boleh kata lunch jugalah. Tapi lapar sungguh ketika mendengar ucapan Datuk. Nasib baik tak berkeriut perut.



SMSnya : You are cordially invited to bla bla bla... Sekali ada tulis govt-sponsored student... scroll bawah lagi ada perkataan compulsory, hai... datang ajolah. Dublin Business School 5 seberang jalan aje... punyalah dekat. Dapat jumpa kwn-kwn ye tak?



Quote of the day - 'Every challenge is an opporturnity'



Apsal orang gelak bila dia sebut 'menyahmasinkan'? Agaknya lama sungguh tak dengar perkataan sebegitu. Cuba dengar - hidrogen yg dinyahelektronkan bercas positif. Memanglah... dah dinyahelektronkan... Heh ini pun lama tak dengar. =)

RCSI Student Union Election

Tahun ini datang lagi RCSI nye student election. Ada 3 pihak yg bertanding. ATLAS, The A Team (sempena siri A Team yg amat popular semasa 1980an dulu-dulu), dan With It.



Antara jawatan yg dipertandingkan - President, Vice President, Secretary/Treasurer, Education Officer, Cultural Affairs Officer, dan IT Officer.



Haa... poster dah naik... Manifesto pun dah dibentang. Bab prayerroom mesti naik punya. Sekarang tinggal nak mengundi saja.



Eh? Undi? Online kan? Errr...

Jumaat Malam...

Sedang berjalan-jalan, menikmati kenyamanan malam diselitkan dgn carbon monoxide di Aungier St, tiba-tiba seorg pakcik rebah di depan mata. He took direct impact on his forehead... and terus bleeding. Minor cut je. Tak bermaya gila, die mamai-mamai. Breathing okay. Pulse pun okay. Agaknya mabuk kot. Ade bau jugak.



Aku call ambulance (dial 112), dan minah yg jln dekat ngan aku turut call. Tersekat juga di situ selama 5 minit... dok nunggu ambulance. Masa mula die rebah, gelabah aku. Terus terbayang kene buat 'first aid' in reality. Shake & shout... call the ambulance... et cetera. We'll be facing the exact situation kelak. Malah lebih 'thrill' dari ini.



Malam minggu di Dublin, macam ni lah senarionya. Ambulance sentiasa di mana-mana. Menyelamatkan org yg dah abuse themselves. What a noble job! But peliklah. Iklan alkohol sepertiGuiness, Carlsberg, Stella Artois, dll... , cuma selit kecik notis amaran - Drink responsibly.



Kalau dalam military - Fire and forget. Agaknya bagi alcoholics nih, drink and forget lagi make sense kot.

Setelah sekian lama kutinggalkan Jawi...



//Aku tulis jawi campur sistem ejaan baru dan lama... yg aku sendiri pun dah tak ingat peraturannya.



Cadangnya, nak rehat sebentar. 5 minit. Akhirnya 'Take 5' aku dilanjutkan menjadi selama setengah jam.



Masa imlak dulu (darjah dua... heh dah lupa aku...), aku disuruh tulis perkataan 'video' dalam jawi. Aku dah mati akal... yelah... tak silap aku sistem lama pakai huruf 'ba' nak ganti huruf 'v'... video dlm rumi jadi bideo dlm jawi. Maka dengan yakinnya main hentam. Rupenye huruf 'wau' yg ade satu titik di atas... adalah 'v'. Tak pasal-pasal kene libas dengan pembaris sekali dengan ustazah. Hmmm... agaknya di mana Ustazah Faridah sekarang?



Let's get back to our roots... mari belajar kembali Jawi =)



Links:

Wikipedia - Jawi

Writing Jawi For Dummies (in Bahasa)

Jawi Exam Paper



More photos I'd like to share with pelawat:





//FOSIS presentation di Annual IMAM Dinner





//Jazree with beloved IMAM wallplanner





//Hasib & Abadi - A Palestinian-Malaysian Affair...





//Bubur kacang treats... gila ah sedap... beli dari Pasar Malam Dublin



Aku dah update sket layout blog nih. Tambah links baru... jadi silalah lihat di sidebar on your right. Huih... Dah lama sgt aku nih.

Siapa pegang belacan dia memang berbau...

Satu pelajaran baru hari ini. Kalau nak masak belacan, pakailah baju biasa. Jangan pakai baju kesayangan, pakailah baju lain... nanti naik berbau. Kadang-kadang naik toya, bayangkan, tengah menulis notes... bau belacan masih melekat. Baunya... memang merangsang hidung utk tidak membaunya lagi.



Tapi sebau-bau belacan, ramai juga yg menggemari sambal belacan =)



Hmmm... bagi aku:

siapa pegang belacan dia memang berbau = siapa makan cili dia terasa pedas = siapa yang buat, dia sendiri yg tahu lah = berani buat, berani tanggung = anda tidak boleh menipu diri sendiri = penipuan paling masyhur adalah penipuan pada diri sendiri.



Pernah jumpa quote nih di sifoo.com. Saya pun tak ingat siapa punya. Tapi memang catchy.



"The best way to defend is to attack"



Dan hari ini kutertipu... rupanya ada Research Day. Rugi rasanya tak pergi. Memang way too high levelnya. Aku pun tak paham sangat. With exception (paham la sedikit...) :

"Metals in Medicine : Multinuclear Pt, Pd and Ru complexes..."

Hmmm... the topic was more or less like above. Tak spend banyak masa utk memahami isi poster.




Malamnya, MSA TCD buat Muslim Awareness Nite. Menonton Fatih (kisah muhammad al fateh) sebentar...



Esok akan kusambung lagi. ZzZzzZZzzzZzzz

Errr... Are you from Chiba?

Semasa di bus stand semalam, aku takde loose change. Masalah juga nih. Bus di sini hanya accept exact change, hey that's keji... tapi die akan print tiket duit yg boleh direfund balik. Takdelah rugi, tapi duit kau jadi dlm bentuk tiket bas. Leceh juga lah, kang tak pasal-pasal ko buang tiket bas padahal ade 45cent yg boleh diclaim balik...



Dah la takde duit, maka aku pun turn to a japanese woman di sebelah aku... cute heh ;) for help.



"Err... excuse me... do you have loose change for 2 euro?"

"Hold on... I'll have a look..." (sambil menyelongkar handbag nye...)

"There you are..."



Ayat di atas macam ayat mengurat aja... bila teringat balik rasa seriyau pulak...



Lepas tu, bermula lah berborak... hmmm rupanya dia dari UCD, ambil English Language Course. Dan berasal dari Chiba. Bekerja sebagai guru matematik. Yang lawaknya, dan dan die assume aku from Japan juga, dan from Chiba... aihhh... parah nih. Ishhh... aku pakai krim Oil & Olay ka sampai kulit jadi Jepun?



Tengah syok berborak... ada satu bas datang... aiseh bas dia rupanya...



Maka berpisah lah dua orang itu... huhuhu...



Di hari yang lain... dalam perjalanan ke ATM - 3 Chinese approach aku. Terus start asking di mana itu di mana ini dlm Chinese... argh! Nasib baik ade peta yg dilukis sendiri oleh mereka. Senang lah sket. Rupanya dierang baru sampai di Dublin. And, on that day ada kelas English dierang yg pertama. Susah jugalah, kena pakai bahasa isyarat and English sesempoi mungkin. Fuhh... quite tricky nak tunjuk jalan. Aku harap tak sesat lah. Entah-entah boleh jumpa lagi nanti... College dierang dekat aje.



Di hari yang lain juga... semasa di ICCI, aku tengah tunggu orang. Datanglah seorang Middle East terus bersapa dlm bahasa Arab. Aiseh susah la nak cakap in Arabic... Sebenarnya dia ingatkan aku sebangsa. Tak tau lah kalau tu nak cover je.



Hmmm... berdarah apa agaknya aku?



Agaknya Jawa + Jepun + China + Arab = Aku? Hmmm... lepas ni kena lah belajar Arabic balik. Mana lah tau, di bus stand boleh dapat loose change dari Cik manis arab pulak!

Ihsan oh Ihsan / Ehsan oh Ehsan

Sejak akhir-akhir ini, aku rasa macam ada orang mengekori aku. Bila toleh dia hilang. Pelik juga. Seram pun ada. Dah lah hostel aku duduk ini bekas nursery, dan dikisahkan berhantu. Hantu? Uihhh seram. Bleh terkucil aku.... ini baru di Dublin, kalau kita di Malaysia, ramai orang yg kata :



Senario I

"Kau tahu jalan tuh memang bla bla bla bla... berhantu tuh..."

"Kalau nak jalan kat situ... bacalah ayat Kursi..."

"Oooo yeke?"



Senario II

Bila memandu kereta pasang lagu ntah apa-apa. Sekali bila lalu kawasan keras, tiba-tiba pasang kaset Al-Quran. Alahai...



dan byk lagi...



And so they think that segalanya berhantu. Inilah dia ihsan yg disalah fahamkan. Bukannya Ihsan jiran aku. Ataupun Restoran Al-Ihsan. Dalam banyak-banyak Ihsan, Ihsan yang inilah yang kita lupa. Inilah dia ihsan yg memandu supaya kita ada fobia dengan hantu-hantu. Memang mistik sungguh Ihsan ini. Patutlah, ada kawan aku semasa jadi interns dulu, jaga rumah mayat di hospital di luar negara, dia kata tak terasa apa-apa pun. Balik je Malaysia, huih... asyik meremang bola roma sahaja. Psikologi oohhh psikologi...



Aku bukannya tidak mengakui kewujudan hantu, tapi; kadang-kadang rasa seriyau bila orang lebih-lebihkan dalam benda alah nih. Sampai naik toya aku. Hantu = makhluk Allah. Jin ka, orang bunian ka, syaitan ka... semuanya makhluk Allah. Hantu nih, kalau dia nak jelma, bila-bila saja dia boleh. Nak jelma keluar dari skrin monitor, boleh aja. Nak dia tepuk kau time ko tgh surf internet? Nak jelma masa kau solat? Lagi lah boleh. So ketahuilah, hantu ni ada di mana-mana.



Dan dalam banyak hantu-hantu nih, lagi bahaya hantu dalam diri kita iaitu : nafsu. Sebab itu orang kata, ikut hati... mati, ikut rasa... binasa. Berapa banyak kejahanaman telah terjadi akibat nafsu? Dan cuba kita tengok, berapa banyak kerosakan akibat hantu? Hantu pernah buat vandalisme? Kalau ada.... gila ah. Memang respek sungguh aku. Kalau hantu dalam diri kita? Vandalisme, sumbang muhrim, selective dalam mengamalkan Islam et cetera. Jelaslah hantu dalam kita ni lagi bahaya. Dan ingatlah, hantu biasa tak boleh buat apa-apa pon, melainkan dengan izin Allah.



Cara nak lawan Hantu? Sentiasa ingat Allah. Sedar bahawa Allah sentiasa memerhati, mendengar dan tahu apa-apa yang kita kerjakan. Timbul rasa takut dan malu buat benda-benda kureng. Inilah Ihsan sepatutnya. Mak aku pernah kata... "Kalau kita takut dengan hantu, lagilah dia suka...".Bukannya bila lalu jirat Cina ajelah baru keluar segala jenis ayat, dan bila waktu biasa, haramlah nak ingat Allah. Selain itu, yakin Allah akan tolong kita. Bukankah dalam nama-nama Allah yang 99 itu, ada The Most Merciful? Hari-hari kita baca. Tapi, takkan tak tahu jugak?



Kalau kita ingat dan yakin dengan Allah, segala ancaman tak lut. Orang santau? Jin? Sihir? Yakinlah bahawa Allah akan tunjuk jalan yg terbaik, dan bukannya apa-apa kita mahu. Allah kan Maha Mengetahui apa yang baik, apa yg tak baik?



Wallahu'alam



Oklah. Aku kena keluar pergi beli telur ayam. Ishhh takutlah... anak Dol banyak kat sini. Ihsan ooo Ihsan jom temankan aku... Eh Ihsan ke Ehsan?



Further reading : Islam, Iman & Ihsan



Imej di atas dilink dari www.herryrachman.net



P/S : Agak kesal bila terkenang kita terlalu dimomokkan dengan benda-benda mistik.

Seri Muka

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi dalam rancangan memasak... Kali ini kita akan masak Seri Muka. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Seri Muka adalah kuih a la kek yg mempunyai dua lapis, yg atas rasanya manis hasil dari adunan tepung, gula dan santan; dan bawahnya rasa lemak dari beras pulut dan santan. Bila mengunyah, memang terasa keunikan kuih kerana terasa di dalam mulut lemak dan manis.



Agaknya sebab tu kuih ni dipanggil seri muka. Bila dimakan naik seri muka kot. Mungkin inilah rahsia keserian muka anak-anak dara Melayu di zaman dahulu kala, dan mungkin masih diamalkan sekarang.



Okay tuan-tuan dan puan-puan... berikut adalah ramuannya.



Lapisan atas, yang berwarna hijau

- 250 gram Tepung gandum

- 150 gramGula kaster atau gula pasir

- Susu segar 100mL

- Telur ayam 3 biji

- Santan 250mL



Lapisan bawah

- Beras pulut 250 gram



Lain-lain

- Garam

- Pewarna hijau

- Daun pandan (untuk bau)



Cara-cara:

//Lapisan atas

1 - Adun 250 gram tepung bersama gula dan santan. Gunakan mixer supaya adunan menjadi sebati.

2 - Tambahkan telur dan teruskan mengadun sehingga betul-betul sebati.

3 - Pastikan adunan menjadi pekat sedikit berbanding susu Ideal atau susu sejat (bukan susu pekat manis... tu dah pekat sangat). Formulanya - Kalau cair sangat, tambah tepung. Kalau pekat sangat, tambah santan atau susu. Jangan tambah telur, jika tidak adunan akan mengembang sangat ketika dikukus nanti.

4 - Tambahkan pewarna... hijau, biru, oren, apa-apa sahaja. Jika hendak ia berwarna coklat, tambahkan koko. Merah? Tambahkan sirap ros. Kuning? Tambah serbuk kunyit.... ehhh silap kordial oren atau mangga. Kemudian biarkan seketika.



//Lapisan bawah

1 - Basuh 250 gram beras pulut sehingga bersih dan toskan.

2 - Ratakan beras pulut tadi di dalam loyang supaya dalammnya lebih kurang 2 cm.

3 - Tambahkan sedikit garam dalam santan, sebelum dituang sehingga paras santan sama dengan paras beras pulut.

4 - Kukus sehingga masak, rasanya lebih kurang 15 minit. Sementara itu, anda bolehlah membaca buku, menebas semak di belakang rumah, mahupun mengemas balik dapur ataupun membasuh mixer yg anda gunakan tadi.



Bila lapisan bawah dah masak, cucukkan dengan garfu supaya ade liang-liang. Ini supaya bila adunan dituang, ia akan meresap sekaligus mengukuhkan percantuman dua lapisan nanti. Takdelah bila tengah pegang kuih nih, tiba-tiba bercerai dua pula...



Setelah lapisan beras masak, tuangkan adunan ke atasnya supaya dalamnya 2 - 3 cm. Kemudian kukus sehingga masak.



Siap! Potongkan 5cm x 3cm seeloknya. Tak besar sangat, juga tidaklah terlalu kecil. Dihidangkan sewaktu minum teh atau sarapan pagi. Bila makan, pastikan anda mengunyah kedua-dua lapisan serentak... baru ade ummpphh!



Cara tambahan:

Didihkan air, gula dan pandan sehingga naik bau. Kemudian tambah pada adunan. Insha Allah bau pandan takkan hilang.



Selamat mencuba! Kalau ade pembetulan, silalah beritahu.



Nota : Aku tak reti sangat exact measurement kuih ini. So kalau agak-agak tak jadi tuh, jangan marah ye... Aku pun belajar dari mak aku pun, main agak-agak... cuba jaya... dan trial n error.
Brrr... Brrr... Brrr...

Berpagi-pagi, tapi kepanasan. Juga dirasakan dunia berpusing-pusing. Dirasakan menjadi duit syiling di dalam tabung ayam yang tengah digoncang-goncang. Bagaikan ade puing-puing di dalam CSF aku. Menghakis sel-sel otak. I pushed myself too hard, sampai bubble tuh burst?



Sesungguhnya, nikmat kesihatan dan nikmat masa adalah antara yg penting sekali. Duit tidak boleh membeli kesihatan, dan bila masa berlalu, tade ape yg boleh kita buat utk regain balik; melainkan kene naikkan pace kita...



1st IMAM Scientific Congress - ditulis semalam ketika masih sihat...





//Special appearance of Khalid Yassin. Gila ah ding dong moving talk die walaupun aku sempat dengar kejap. Two thumbs up!

//Dpt dengar sket je talk by Prof Zabidi... rugi...

//Dunia sungguh kecil! - Sempat tersua dengan jiran-jiran di Taman Cempaka... Sorg di Jalan Cempaka 10, dan sorg lagi Jalan Cempaka 13. Skrang di King's dan Glasgow... Hidup Cempaka Clan!

//Thanx Lan Helmy pasal belanja kami di Gath SMAPKian 00 dan 01 (aku sorg je 01...). Yang hadir - Wan Pedot, Lan Helmy, Boy, Famak, Suriana, Nazimah, Marini, Natasha. Tidak hadir - Hazri, Shihab, Taqi & isteri, Awe



//Keynote Address by Dr Musa Md Nordin - Integrating Medicine with Islam





"We're merely the intrument of Allah's mercy for all... "



Memang moving betul address die. Semangat. He pointed out that medicine is always with Islam - dan tidak boleh dipisahkan. Die stressed, Prophetic & Islamic Medicine, the doctrine is based on fact that - prevention is better than cure. We're neither ultra-conservative nor super-liberal - kita di jalan pertengahan (jgn diabuse pula perkataan nih... bukan separuh-separuh haaa...)



Docs are not the healer. They're merely the instrument of His Mercy. Subhanallah...



Rasa nak demam satu hari. Sampai pun lambat. Tahan jela, nak telan paracetamol rasa tak mahu, sebab paracetamol is anti-coagulant. Hmmm... selalu mimisen 2-3 hari nih. Adakah BMR aku naik?



Sabtu, 3 April

//Past, Present and Future of Contributions of Islam to Medicine

- Dr Mamoun Mobayed


Mengenai sumbangan Islam terhadap perubatan. Sarjana-sarjana Islam dalam arena perubatan cukup ramai - gila ramai. Overall, memang menarik. Teringat - Bayangkan, dalam masa kurang dari seratus tahun selepas hijrah, kita dapat membina sebuah hospital! Dia kata, kitalah generasi yang bakal naikkan balik Islam... banyak tokoh-tokoh telah membina sejarah silam, tinggal giliran kita pula.



//Abortion & Contraception from Islamic Perspective

- Dr Noraliza Abdul Ghafar


Penyampaiannya mengenai pandangan ulama' tentang pengguguran, dan perancangan keluarga. Diterangkan bahaya tidak menjarakkan kelahiran anak-anak kita semasa berkeluarga nanti. Alhamdulillah dah nampak clear lines apa yg boleh, dengan apa yang tak boleh.



//You as a medical student benefiting the world - Dr Saddaf of Doctors WorldWide

Banyak peluang-peluang utk berkhidmat sebagai sukarelawan didedahkan, dan aku teringat Pertahanan Awam... we treat all the same, regardless of race and religion.



//Islamic Medical Ethics Amidst Advancing Technologies

- Prof Zabidi Azhar Husin


Yang ini aku terlepas, aku ada hal, kena jadi runner buat seketika. Dengar khabar, ia tentang etika dan peraturan (of course...), dan banyak orang yang aku tanya, semuanya kasi thumbs up. Nanti aku kena tgk video talk nih nampaknya.



//How to be an active Muslim student in UK & Eire

- Workshop by Wan Mohamad Firdaus


Aku singgah kejap di sini sebelum ke workshop Career Development. Berkisar dengan hal ehwal pelajar, inter-faith relations - Jews, Christians, etc. Juga macam mana nak jumpstart ISoc di tempat anda. Budak Law yang buat, memang sah takleh berhenti cakap =). One of his point - open up your mind. Pergi dengar semua arguement orang dahulu, dan cuba faham apa prinsip mereka - Socialist, Marxist, Liberal, Labour, etc. Ini akan kuatkan pegangan kita. To WMF : kalau kau baca, dan jumpa apa-apa kesalahan, berilah komen.



//Career Development in Malaysia

- Prof Dr Zabidi Azhar Husin


Anda ada ijazah sarjana muda perubatan? Segalanya baru saja bermula... banyak lagi yg perlu ditempuhi. Antara soalan yg dikemukakan - Macam mana nak konsisten... macam mana nak keep the motivation driving us?



//Graphic Design demystified (for campaign in campus - posters, leaflets)

- Mr I-Can't-Remember-His-Name


Aku tak pergi pun. Bermain-main dengan Photoshop dan Dreamweaver agaknya. Mungkin juga diajar sedikit tentang HTML. Atau tips-tips penting utk buat poster, leaflets dan apa-apa cetakan.



Ahad, 4 April

//Islamic Jurisprudence on Advancing Medical Technologies

- Dr Musa Md Nordin


Terpaksa mula lambat, 'biasalah' Malaysian ni mmg frank sentiasa. Gaya dia sampaikan menaikkan semangat orang. Ade some sort of 'aura' bila nak bertanya dengan dia ketika lunch break. Nak jadi doktor Muslim, kenalah tahu selok-belok, hukum-hakam, dan apa-apa pandangan ulama' tentang sesuatu penemuan baru dalam perubatan. Panjang betul talk nih... tak larat lah nak diceritakan lagi. Kalau ada kelapangan aku tulis lagi.



//Medical Field Visit to Palestine : Traumatised Children

- Dr Mamoun Mobayed


Dahsyat sungguh trauma yg dialami kanak-kanak di Palestine dan Kosovo. Di Palestine, waktu malam amat ditakuti, sebab helikopter tentera Zionis selalu menyerang di dalam kegelapan, dan mereka bermain di kala siang. Manakala di Kosovo pula, malam sahaja yang selamat, kerana di waktu terang, penembak tepat banyak mencari mangsa... Juga disentuh tentang trauma dikalangan professional perubatan. Kita pun manusia juga, ada kelemahan.



//Medical Relief Forum : Together We Can All Make A Difference

Asyik mendengar pengalaman orang MERCY dan Doctors World Wide dalam mission-mission di serata tempat. Salah seorang panel adalah lepasan RCSI. Huhuh, bertambah volume nasal cavity aku =). Naik semangat lagi...



//Presentation from local reps

Projek-projek di lokaliti masing-masing dibentangkan. Buff dan Muadz dengan summer camp & umrah tripnya. Nik Mun (tak silap aku la) dengan projek Summer in Tropics di Malaysia. Qisti dan Nazri dengan community project di Coventry, a la Health Awareness Day.



//Annual IMAM Dinner :

"Kosovo, Turkey, Afghanistan & Cambodia - MERCY Across Borders"

dan juga presentation by FOSIS nye Politics officer - WMF, tentang senario student union di UK & Eire, peranan FOSIS utk kemaslahatan Muslim students di rantau sini. Read more here. Selain itu, ada speeches from MERCY nye mission reps , dan foto-foto MERCY di Kosovo dan Afghanistan memang cukup menyedihkan. Kalau ditenung lama-lama, boleh bergenang air mata. Juga cukup tertarik dengan movie Lan TCD, tentang the making of semua benda alah nih. All your hard work Insha Allah had been paid off... Turut dibentangkan, projek wallplanner yang menjadi sumber kewangan IMAM yang utama.



//Article 17

Aku tengok sekejap. Aku dah tengok dulu di Houston Lect Theatre. Memang menarik walaupun kadang-kadang rasa pening sebab camera tu goyang sana goyang sini. Realiti di Tebing Barat dihidangkan kepada semua... si WMF pulak rekemen Jerusalem 101. Manalah aku nak carik di Dublin nih?



//1st Annual General Meeting

Aku duduk sahaja. Dah penat. Undi pun undi juga. Siap ada Election Commission atau SPR yg dianggotai oleh rakan-rakan Dublin Business School. Ada lawak juga... contohnya si Buff nih. Nama saya bla bla bla, dari Dublin, padahal dia dari Manchester. Heh dah suka sangat dengan Dublin? Ada bau semacam je nih... habis AGM pukul 8.00 gitu, dan 9.30 barulah bergerak ke Verona utk makan-makan bersama alumnus SMAPKian, setelah mengemaskan barang-barang...



yg lain-lain... aku terlepas... aku jadi runner. Juga terpaksa direlievekan seketika dek kepeningan kepala. Aku terlepas byk... Euthanasia, dan FIMA & PPIM Projects, termasuklah wrapping up session - yang kena tulis apa aim kita dalam masa 10 tahun... hmmm line mana yg kita nak pergi? Bagi aku, aku ingin menjadi seperti pohon yg berbuah yg rendang. Cemerlang dalam karier - tak kisah lah akademik line ke, technical ke, dan dalam ilmu akhirat. Aku tak mahu berapi-rapi pada permulaan, dan semakin malap ditelan usia. Insha Allah.



Kudos dan sekalung penghargaan serta terima kasih to all committee members, ushers, dan sesiapa yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung... juga supporters - PPIM/IMAM, Doctors World Wide, FOSIS, Malaysian Embassy, MSD UK & Eire, GPPM, Education Attache Chegu Sulaiman, Human Appeal International, ICC Ireland, MDDA, MERCY, Medical Interest Group... byk lagi sampai tak ingat...



Semoga dapat diatur lagi program sepertinya pada masa akan datang. I'll be waiting for 2nd Scientific Congress & AGM next year...



All in all, weekend yg jadi eye-opener, penat tapi penuh dengan input. Bila pula nak dioutputkan?



Sites that are worthwhile for browsing:

FOSIS

IMAM UK & Eire Student Chapter

Impact



P/S: Kalau nak tambah, silakan. Aku mungkin tertinggal apa-apa maklumat.
Buffet + Lauk = Tarbiyah?

Heh, yang tak join sama, dilabel sebagai pengecut. Yang join jadi 'hero'. Nak tarbiyah konon. Itu lah die. Alasan - jatuh tandas... sampai mati? Tak masuk akal. Ni salah strategi untuk menghasilkan peninju buatan Malaysia. Yang disalahkan... hmmmm itu ini. Masih belum terlambat untuk menangani masalah ini...



IMAM 1st Scientific Congress & AGM

Nanti aku tulis. Nanti aku upload photo sekali. Nanti nanti nanti...

Merokok = membunuh diri redefined?

Ireland ban merokok? Elok sangat lah tuh. Kurangkan kebarangkalian manusia nak hisap rokok, maka secara automatiknya kadar kematian juga menurun. Lainlah kalau perokok nih dah terdesak sangat... hisap byk-byk dulu kat rumah sebelum pergi kerja. Kalau macam tuh... tak jadilah.



Asap dari rokok dan asap dari ekzos kereta same je. Dua-dua membunuh. Tak payah lah nak dibandingkan... asap rokok ni tak bahaya sangat, berbanding dari asap kereta.... maka kita boleh merokok. Tu pun bangkai juga. Pokoknya... merokok bahaya.



Pengharaman merokok memang aku sokong. Sebabnya? Mencegah orang yg berminat utk merokok dari merokok. Macam mana? Menurut pengalaman, kebarangkalian seseorang itu untuk merokok lebih tinggi apabila sentiasa dok dedekat dengan perokok, berbanding yg mempunyai kawan yg tidak merokok. Mula-mula benci gile la manusia nih dengan asap rokok. Hari-hari bau, sedut, lama-lama naik biasa. Mane tak nye, member keliling pinggang hisap rokok. Alah bisa tegal biasa lah katekan.



Lama-lama timbul minat lah nak menyedut sekali dua. Kawan pun belanja sebatang dua. Jadi lah pulak social smoker. Pastuh, lepas dah byk kali, naik pangkat lagi. Kawan pula belikan sekotak rokok. Ada sesetengah kes, hadiah harijadinya adalah sekotak Malboro Lights... gila apa. Maka dengan rasminya lahirlah seorang lagi yg sentiasa merosakkan diri sendiri, dan bertambahlah seorang lagi non-enviromentalist!



Perokok-perokok ini, banyak yang nak berhenti. Banyak juga yang "beransur-ansur" berhenti. Dan banyak juga yang tak mahu berhenti langsung. Ape... orang hisap rokok panjang umur tau! Cuba tengok orang tua-tua, ramai gile yang hisap rokok... tapi sihat juga. Kanser paru-paru? Mana ade... hisap lah rokok daun! Banyak lah songeh plak.



Membuat keputusan utk merokok adalah salah satu keputusan yang amat rugi. Kita pandai menilai baik dan buruk, apa lagi, gunakanlah! Kita manusia. Adalah fitrah manusia utk tidak membuat perkara yg boleh merosakkan diri. Soal utk merokok atau tidak bukan isunya. Perkara pentingnya... jangan sia-siakan kepandaian yang Allah beri utk memilih jalan kehancuran.



Pada masa kini, sesiapa pun boleh join kelab perokok. Lawyer, driver teksi, tukang gunting rambut, hatta cardiologist pon ade! Tak payah nak kutuk-kutuk... semuanya sama aje... iaitu perokok! Itu hak peribadi? Ini bukan masanya untuk membincangkan human rights. Islam punye style adalah guided human rights and personal freedom. Maka tidak timbul langsung soal suka hati aku lah, jaga tepi kain oranglah, peduli ape kaulah...



Teringat ade seorang kawan nih, pernah kasi amanat besar

"Abadi... ko jangan lah try sesekali hisap rokok... dah mula memang susah nak berhenti... aku pun, seksa gile kalau tak ade rokok nih...".



Ha padan muka. Siapa suruh hang hisap? Kan susah nak berhenti. Tabiat kalau dah jadi rutin, memang susah nak berhenti. Tak percaya? Cuba tanye orang yg dah quit. Tidak dinafikan lah, will power kena ade. Ade yang tup-tup, tiba-tiba quit. Alhamdulillah. Yang berhenti secara terancang pun ada. Pun Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia tanpa rokok... pastinya lebih nyaman menyedut udara segar sentiasa...



Senang cerita, kawan-kawan lah yang dapat mempengaruhi hidup kita. Baik atau buruk, pandai-pandai cariklah. Jangan ikut kawan sentiasa. Orang hisap rokok kita hisap juga. Orang menyelam longkang pun kita ikut sama. Eloklah tuh.



Amaran kerajaan Ireland : Smoking kills. Smoking causes infertility and kills sperms. Smoking causes lung cancer.

Merokok membunuh. Merokok menyebabkan mati pucuk dan membunuh sperma. Merokok punca kanser paru-paru.



Amaran kerajaan Malaysia : Merokok membahayakan kesihatan



Dah banyak website, journal, artikel dan wacana menegaskan merokok adalah sia-sia belaka. Terpulanglah kepada kita. Kubur lain-lain... peduli ape aku. Tapi kalau kubur kau sebelah aku, dah kau kena seksa, tu dah mengganggu ketenteraman awam namanya.



Oklah, letih la pulak menaip. Jom hisap rokok sebatang dua! Barulah segar... fuhhh... =)



p/s : Doa-doakanlah, orang yg merokok... supaya berhenti sebelum terlambat. Yang dah cuba-cuba, jauhilah terus!



Terrorisme dipupuk di sekolah?

Isu yg diperap lama-lama sampai jadi pekasam. Lama-lama meletup. Baru menggelabah... sesungguhnya banyak benar terrorist di Malaysia... hahaha. War on terror begin at home, and sekolah juga.



1st IMAM Scientific Congress & Annual General Meeting 2004



//As of now, all seats are fully booked. As an alternative - To keep everyone abreast of Islamic medicine know-how (latest fatwa, etc), Insha Allah we'll get the slides and papers burnt into CDs...