First step uphill

Alhamdulillah, thank God - I've completed Physics paper today. Glad that my nose didn't bleed at all :-) it could be a disastrous incident then. I truly hope it will never happened until everything is over.



Currently listening to:

//Blues Gang - Apo Nak Dikato / What can I say?

//Blues Gang - Mama Saya Mahu Kahwin / Oh Mom, I wanna get married please...

//Blues Gang - Mak Siti / Aunt Siti



I had Blues' Disease, and I can't figure out why. Too much hot chocolate perhaps, okay, try to imagine 500g of cocoa powder being emptied in just 5 days! That's a lot.



And here is the du'a/prayer of the day:



"Allahummaftah 'alaina futu'alarifin, warzuqna fahman nabiyin, wal Ilhamal malaaikatil muqarrabin, birahmatika ya arrahman rahimin"

- Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku sebagaimana orang-orang yang arif. Kurniakanlah kepadaku kefahaman Nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir denganMu, dengan rahmat-Mu wahai tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

- Oh Allah, confer me with the wisdom of as those who are wise; honour me the proficiency of your prophets, and the diligence of the angels, oh my Lord The Most Gracious The Most Merciful.


This is the closest translation I could get. My apology.



Okay mates, I'm off to my beloved revision now.

All the best kawan

When I was typing for this entry, my A-Level fellows in Malaysia are getting up for their historic morning. All the best kawan. Show them what you're really made of.



//UPSR - Work hard, study hard & smile : this one goes to Munzir, my buddy in KMYS. InsyaAllah Imperial College would be yours. Amin.

//PMR - Study biar lepak, result biar gempak (Take it easy, yet must able to excel!) : what a sweet slogan first chanted by Hafiz Izham during 99's PMR...

//SPM - SMAPK is the best. The best is SMAPK : Don't shoot me for being extremist. Hmmm... another catchy tune that I can't get rid off my mind for the rest of my life!

//Now - ???



Let's put these slogans into a reality now, shall we?



Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang... Siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi... da da da...

Breakdown happens...

Breakdown happens. Hmmm.. ever heard of this law? If its possible, it will. Same goes with human brain. All you can do is, take a deep breath. Think why you are here for God's sake.



New song : Lovehunters - Blues Untuk Rakyat has been uploaded, so have it a go with this oldie will you?



Ya Allah, kurniakanlah yang terbaik untukku dalam peperiksaan nanti...

Perihal belangkas jadian

Selepas solat Jumaat di Dublin Mosque lepas, aku pun duduk bersandar. Ingat nak lelap sekejap sebab letih. Sekali ada 2 orang manusia memanggil-manggil supaya turut sama berborak. Kisahnya macam ini...



Seorang masih muda dan matang, tapi agak mentah (macam mana ya? matang tapi mentah), dan seorang lagi bolehlah dikatakan sebagai yang berpengalaman. Hmmm... dah namanya fitrah kalau tak tahu kena tanya. Maka segala jenis soalan ditanyakan. Aku pula mengisytiharkan diri sebagai pemerhati bebas. Heh nak gelak pun ada. Biarlah. Nak buat macam mana, kalau aku ditempat dia pun tentu aku pun macam dia.



Debat semakin hangat. Aku sekadar diam sahaja, itu pun kadang-kadang menokok tambah macam menambah ajinomoto dalam mi goreng. Al-maklumlah, masih belum cukup umur :-) Sekadar memeriahkan suasana - tolong gelak sahaja.



Hmmm... aku pun tak mahu komen panjang-panjang. Pada aku, kalau nak buat benda baik, orang lain kenalah tolong permudahkan. Yela, tapi nak buat benda baik kena juga berkorban. But its all boils down to the one who makes decision - the one in authority. Sabar. Walaupun the decision itself has inflicted a painful impact on ourselves, but you do not have any other choices, am I right? Sometimes we have to become yes-man, just for the sake of doing it once in your lifetime. Hmmm...



"Kau kena plan awal-awal, benda ini bukan boleh buat main-main..."

"Hmmm... dulu kau buat macam mana?"

"Mula-mula outline plan kau dulu. Macam karangan, ada pengenalan... ada isi... ada penutup. Short-term, medium-term and long-term."

"Payah juga yeh?"

"Mestilah! Tapi kena banyak doa, sebab, benda ini ikut orang juga. Yela, subjektif. Lain orang lain caranya.... sebab itu kena doa banyak-banyak..."

"Hah kau Abadi... apasal senyap?"

"Err... no comment."



Kemudian agenda tetap diteruskan, sampai pukul 2.30pm. Kesimpulannya : Pelan awal-awal. Banyakkan bersabar. Laksanakan strategi yang sudah dipelan. Berdoa hasilnya.



Fikiran aku: Ia lebih elok dari memutasikan diri menjadi belangkas jadian. Belangkas jadian kalau dibiarkan, akan membiak; kita juga yang susah. Hmmm... belangkas jadian ini sangat dahsyat. Nama pun belangkas jadian. Pada waktu-waktu tertentu, ia akan jadi sebaik-baik belangkas yang ada dalam genusnya, tapi di kala yang lain, menjadi manusia biasa. Dua dalam satu. Satu dalam dua. Hmmmm bunyi macam Wave-Particle Duality pulak.



Kesimpulan: Belangkas jadian amat berbahaya. Jangan jadi diri anda sebahagian dari statistik. Amaran kerajaan: Golongan yang berusia 16-28 tahun atau remaja paling terdedah kepada Sindrom Belangkas Jadian ini, disebabkan kementahan fikiran dalam membuat keputusan, mungkin akibat pertumbuhan cerebrum, cerebelum dan medula oblongata yang tidak seimbang.



"Berapa banyak aku tengok belangkas jadian yang telah terkorban..."

"Tak terkira banyaknya"




Tapi, sunnah ini juga dikejarkan, sunnah lain tak nak buat ke? Janganlah selektif tak bertempat. Yang rasa kita seronok buat, kita ambil; yang agak-agak tak kena dengan diri kita, kita abaikan. Pelikkan manusia ini? Oleh itu, sama-sama kita elakkan dari bermutasi menjadi belangkas jadian. Amin.



Selamat pengantin baru: Intan UIA (saudara aku) di Shah Alam, Sabtu 15 Mei 2004. Aku pun tak kenal sangat... aisehman. Saudara sendiri pun tak kenal? Masalah besar... :-(



Selamat hari guru: Tanpa guru, I'm nobody.

Less than 10 days and counting down

Jumaat

Hari ini rakan-rakan UCD - University College Dublin, terutamanya First Meds lega. They got it done today. Yang 2nd Meds Isnin lepas. Jadi yang tinggal hanyalah geng Trinity dan RCSI. First Meds mula berperang dengan Oral Exam isnin minggu depan, diikuti dengan Pre Meds - Practical Exam. Errmmm...



Today mark the day of the victory over final exams for first year students from UCD. Heck, now there's only two of us left. The Trinitians, and the Surgeons; in particular with Premeds and First Meds, of which the latter will have their Oral Exam on Monday, and Premeds follow on Wednesday with their Practical Exam. Urgh... what a pain!



Fi ha dzalyaum, eh dalam arabic aku lupa... uuuu my bad!



Exam. May 24 - June 2. Seram bercampur perasaan tak sabar nak merdeka. Hmmmm. Di kesempatan ini juga, I'd like to wish kesemua manusia yang aku kenal yang nak exam. A Level : Munzir dan rakan-rakan KMYS yang aku pernah jumpa, Mambo, Tuemak, Nizatul, Azmi, Nore, Jihad, Amiruddin Beng. IB : Haikal Mike, Nuzul, Hafis Shawn, dan juga Arif. Doakan kejayaan & kecemerlangan bersama. Semoga dipermudah jalan ke universiti insyaAllah.



Slogan dulu-dulu:

//UPSR - Work hard, study smart & smile!

//PMR - tak ingat.

//SPM - Diilhamkan oleh Hafiz Izham rasanya : Study biar lepak, result biar gempak!

Kalau sekolah punya: Cemerlang di dunia, gemilang di akhirat.

//UWAFY - tak ingat, tak ada rasanya... entah la. Self-motivate tanpa slogan...

//Premed Final - Hmmmm... apa ya? First class honor makes first class doctor? Entah lah labu...



Hmmm... exam oh exam...



Selamat maju jaya! All the best! Bittaufiq wannajah!

More Reads...

Visit:

Jeffooi - Screenshots = Thinking Aloud, Thinking Allowed

- Info tentang Malaysia... do I need to elaborate more? Hot debate everyday. Highly recommended to provoke your own views and stance. Used to be my daily visit, but since the exam is getting around, I can't afford to spend just an hour to view a single site.

Army Technology

- Dulu aku gila tentang benda-benda macam ini. Teman yang sama-sama gila dulu, Syukri (formerly known as Chol) belajar di USM sekarang. Dalam jurusan Aeronautical Engineering :-) Agaknya dia nak jadi military analyst, or perhaps rocket engineer agaknya.



Hmmm....



Apa agaknya yang dibuat oleh analyst hari-hari? Analyst - orang yang menganalisa/menyelidik. Kalau military analyst, agaknya hari-hari review weapons specification, dan cuba memahami doktrin ketenteraan sesebuah anggota angkatan bersenjata mengikut pembacaan sejarah dan juga pelaksanaan teknologi terkini dalam persenjataan. Contohnya: Bolehkah kereta kebal super-canggih M1 Abrams buatan Amerika yang beratnya 60 tan beroperasi di Malaysia? Ikut logik, tidak. Tenggelam dalam lumpur agaknya. Waima, di Malaysia sudah banyak pembangunan infrastruktur. Kawasan kampung semakin ditenggelami arus pembangunan. Jadi, kita kena lihat juga kebarangkalian kereta kebal ini digunakan dalam perang di kawasan bandar. Lain pula cerita. Macam mana nak counteract? Buka lagi cerita baru.... Selepas itu, mungkin membuat simulasi dan spekulasi mengikut apa-apa idea yang boleh diterima logik akal.Kemudian, mereka pun publish report and pandangan mereka. Agaknya la kot. I am just making a small talk here.



How about security analyst? Security? Bunyi macam sejenis dengan defense atau military, tapi lain benar pokoknya. Setahu aku, merekalah yang boleh 'meramal' jatuh naiknya saham sesebuah syarikat di bursa-bursa saham. Dulu si Nik Slepap pernah cerita, di Hang Seng, Wall Street, Nikkei, KLSE, dan di mana-mana bursa saham, penjual saham ini menggunakan rumours yang catchy untuk menarik pembeli saham. Bila ada demand, harga saham naik. Kayalah mereka. Contoh rumour mudah: "BMW to merge with Proton". Maka, tidak semena-mena saham Proton akan naik. Sebab pembeli saham nak beli, jadi ada permintaan; atas kepercayaan the merger will make both company berada dalam prosperity... ada masa depan yang cerah. Begitulah gamaknya. Jadi kerja security analyst ini, more or less menjadi fortune teller kepada headlines ini. Mereka memberikan pendapat mereka, dan terpulanglah kepada pembeli saham untuk menentukannya.



Sebab itu kalau dibuka majalah Personal Money atau yang sewaktu dengannya, ada satu column khas; namanya Market Watch. Atau yang lebih kurang sama maksudnya. Banyak komen si security analyst di sini. Aku pun tak berapa faham sangat apa yg diterangkan. Aku jadi clueless sangat bila memikirkan apa kaitannya Composite Index dengan ekonomi sesebuah negara. Al-maklumlah, aku bukan ahli dalam bab ini. Belum lagi disentuh Oligopoly, dan apa-apa jargons yang pelik-pelik.



Rasanya, sesiapa pun boleh jadi analyst. Analyst dalam bidangnya. Aku rasalah...

Entry Pakdi...

Sedang membelek-belek buku yang dibeli secara online di Simplyislam. Delivery time - top notch! Aku pesan beberapa item Khamis lepas, dan ia sampai semalam pagi. Aku rekemen site ini kepada sesiapa yg di kawasan UK, Eire dan Europe - sebab syarikatnya UK-based, jadi lagi cepat kalau hendak dipos ke kawasan Eropah. Kalau di US, Islamic Bookstore. Wide range, and perhaps paling banyak pilihan dalam internet. Huih, bahana kad kredit. Bahaya-bahaya... nanti semua nak dibeli :-)



Lawat:

Simplyislam

Islamic Bookstore



Tapi, di Malaysia, paling banyak pilihan. Berlambak-lambak. Seronok gila! Argh aku nak balik!



Flashback:

Semalam, Tini yang akan pulang Jumaat nanti belanja makan tengahhari di Verona. Pergh.com! Sedap banget Garlic Mushroom dan Pizza Frut De Mara (betul ke...) - janji pizza seafood. Heh, macam reunion geng ex-Au di sini pula (memang pun... bertiga je). Trio yang tak belong to any particular college - PPP, KDU, Sunway, Taylor's, KMB, KMYS and the list goes on... Hmmm... akhirnya, Alhamdulillah, dapat juga apa yang diharapkan, sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah - Allah tahu apa yang best, kita manalah tahu! Kita lah yang kena cari.



Entry pakdi hari ini pasti (insha Allah kalau hati belum keras lagi) membuat sesiapa pun terkedu. Berapa banyak yang telah kita buang selama ini? Adakah kita 'dump' dia untuk benda lain yang lebih menawan kalbu? Yang membuat kita meltdown...



Betullah kata orang : Novel tebal-tebal, Tom Clancy, Martin Corrick, Tim Mckintosh-Smith, to name a few, sekejap saja dikhatamkan. Al-Quran?



Dan aku tahu lah, ada orang kata, orang yang banyak baca Al-Quran pun, tak semestinya baik. Yup aku setuju. Apa kau ingat kau baca Al-Quran kau terus transform jadi malaikat macam dalam Transformer? Baca satu hal, nak fahamkan satu hal, dan dibuat lagi satu hal.



Betapa manusia ma - apa, nasia - yg dilupa; thanks muizz, I owe you one :-) itu mudah lupa. Manusia mudah lupa. Eh macam pernah dengar tapi di mana ya?



Al-Quran ini adalah cahaya. Cahaya membantu menerangkan hati. Bila hati terang, ilmu mudah masuk, maka apa-apa yang diajarkan oleh cikgu di depan, senang sahaja nak digarab.



Sebab itulah orang tua-tua selalu pesan kepada anak-anak :

Baca, hafal, dan fahamilah Al-Quran. Kenapa? Supaya mudah mengingati (lagi-lagi budak medic, anatomy, pharmacology, physio, pato, et cetera) matapelajaran yg kita belajar. Kenapa? Tak percaya kah? Kalau lirik lagu terbaru deras sahaja kita laungkan sewaktu kita beli-belah, berjalan kaki ke mana-mana, commuting, tunggu bas, kenapa tidak boleh pada Al-Quran?



Orang tua-tua banyak wisdomnya. Bukan saja orang yang dah lanjut, senior kita pun. Mereka hidup lagi lama dari kita. Sudah tentu lagi banyak asam & garam mereka pernah rasa. Aku ada seorang kawan di Kuala Lumpur, bila lepak berborak sampai bila tak habis. Dia bukanlah seorang yang power-mower macam lawnmower. Dia bukannya macam kebanyakan kita - punya pendidikan formal yang rapi - lepas SPM terbang sana-sini, ke IPTA dan IPTS. Tapi dia punya pengalaman - dia panjat tangga kehidupan, kena dengki orang, disantau, di'dump' kawan baik, banyak lagi. Alhamdulillah sekarang dia berada on the right track utk mencapai apa yang dicitakannya. Insha Allah berjayalah dia... Amin.



Bila aku berada dengannya, dia selalu ingatkan betapa bertuahnya aku. Memang betul pun. Selalunya kita membesar di dalam golongan kita sahaja. Golongan middle class dengan middle class sahaja. Yang upper class pun dengan upper class. Aku bukannya nak melabel kasta masyarakat, tapi kalau dalam sosiologi, itulah cara terbaik untuk lihat sesuatu lapisan masyarakat. Berbalik kita kepada pergaulan intra-lapisan. Mata kita takkan terbuka kalau kita tak berhubung dengan orang atas atau pun orang bawah kita. Bila macam itu, susah kita nak jadi orang yg betul-betul faham apa ceritanya dunia ini.



Sebab itulah, kita kena keluar. Befriend them. Jangan lupa, dalam kita menghirup Frapuccinno di Starbucks, ada yang sebaya dengan kita berjerih payah membaiki kereta di bengkel mana-mana. Hanya utk sesuap rezeki buat keluarga. Ada juga yang berkebun. Banyak lagi lah. Aku pun tak larat nak habiskan ceritanya.



Mula-mula dulu bergaul dengan kawan aku yang seorang ini, aku agak kekok. Mana tak nya, brain frequency lain-lain. Kita fikir game apa nak main lepas ini. Dia pula tengah brainstorm macam nak cari duit lagi. Lama-kelamaan, kita kenalah ikut rentaknya sekadar yang patut. Honestly speaking, kalau diletaknya aku di tempat dia, sah tak hidup. Aku pernah ditempelaknya dulu. Sampai sekarang berbekas. Tak kisah lah, janji ia cukup bermanfaat.



"Kalau kau nak tahu, yang bezakan aku dengan orang lain, adalah semangat dan akal. Aku tahu aku miskin, aku tahu aku kering, tapi tak bermakna aku bodoh... Kalau kau nak tahu, dalam dunia ini, aku dah jumpa banyak orang yang belajar tinggi-tinggi tapi tak tahu nak guna otak. Allah beri akal sama saja, kalau kau tak reti nak guna... nasib kau lah..."



Sebab itu kadang-kadang aku panas bila ada remarks macam ini:

"Orang kampung bodoh... sebab itu tak dapat masuk asrama.."

"Amboi... sedapnya kata.."



Orang "middle class" terutamanya di bandar - Dapat beli buku rujukan, buku latihan soalan tahun-tahun lepas, ditanggung untuk ke tuisyen. Suasana utk belajar ada. Selepas itu dapat A berjela-jela dalam peperiksaan.



Orang kampung - Dapat Skim Pinjaman Buku Teks. Tiada tuisyen. Jerih-payah mak ayah sedikit sebanyak mengganggu perhatian anaknya terhadap pelajaran. Kena juggle up between pelajaran dan tolong mak ayah. End up with lesser A's sometimes.



Hipotesis aku : Kemudahan dan suasana mungkin berkadaran dengan kecemerlangan akademik. In terms of memanusiakan manusia - semangat terus belajar etc, banyak lagi faktor lain. Senang cerita - Kesusahan membuatkan kita lebih menghargai peluang yang kita ada. Tanyalah mak ayah kita, yang dah bermati-matian untuk keluar dari lubuk kemiskinan. Betapa susahnya nak keluar, kita tak pernah rasa. Kita berada dalam 'comfort zone' all the time. Maka terhasillah generasi tak tahu bersyukur... Hmmm kalau dah senang lelang tapi tak sedar-sedar, bukankah kufur nikmat namanya?



Hmmm... barangkali sebab itulah ayah aku asyik cadangkan Indonesia sebagai destinasi untuk mengembara nanti. Seronok dengar cerita dia ke Jawa dulu, semasa itu dia masih muda remaja macam aku. Dia ke Jakarta, Surabaya, Bandung, dan banyak lagi. Pernah dia, setelah makanan tengah hari di sebuah gerai dan bila saja dia beredar, datang 2-3 kanak-kanak menghabiskan apa-apa makanan yang masih tertinggal. Syahdu kata ayah aku. Sekarang baru kufaham kenapa ayah beriya-iya sungguh mendesak aku ke Indonesia...



"Janganlah memalingkan pipi kamu daripada manusia, dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."

Surah Luqman, ayat ke 18




Eh, dah melalut sangat aku. Maaf banyak-banyak okay?



Postscriptum: Saya baca, saya faham. Saya faham, saya buat. Saya buat salah, saya cuba lagi. Saya cuba lagi, akhirnya saya kaut hasil.

Untuk Bakal Ayah - Encik Mohsin (walaupun lambat lagi)

Quality? Time With Dad - Tips for Muslim fathers



It has been estimated that working fathers spend about 3 minutes a day with their children. Fathers who abandon their families, fathers who rarely see their children because of divorce, and fathers who are busy and have very little or nothing to do with the raising of their children are common.



Dad gets up early, takes the long drive to work, gets off late, takes the long drive home, and gets home very tired. He just wants to have supper, relax a little, and go to bed so that he can repeat the same routine the next day. Every now and then, he tells himself that he will spend more time with his children tomorrow.



But Muslims aren't like that, you say. Perhaps. How much time do you spend with your children in the day? Not just in the same house, but? together --- really together.



"Cats in the Cradle", by Harry Chapin tells the sad story of a boy who always tries to spend time with his father, but always finds him too busy. When the boy grows up and the father gets older, the father always wants to spend time with his son, but his son always has other things to do.



Quality time spent between a father and his children is essential for both the parent and the children. The children need to know that their father loves and cares for them, and the father needs to be careful that he doesn't lose his relationship with his children by neglect.



Tips to Improve Father-Child Relationship



There are several ways a father can spend quality time with his children and develop a relationship with them. Even if he is extremely busy, he can probably free up enough time to do some of these things.



1. Show your children in simple ways that you love them.

Some fathers try to appeal to their children by showering them with gifts rather than giving of themselves. This may cause more harm than good. The simple example of Prophet Muhammad(sallallahu alaiyhi wassallam) is much better. When his daughter Fatima (May Allah be pleased with her) would come to him, the Prophet (sallallahu alaiyhi wassallam) used to stand up, kiss her, take her hand, and give her his seat. Later in life, this personal type of affection will be much more memorable to children than receiving a gift that anyone could have given them.



2. Tell or read your children stories on some nights before? bed.

There are lots of excellent Islamic stories and books available that you can use, or you can make up your own. A twist on this idea is to ask your children to make up stories to tell you.



3. Teach your children to make wudu and pray with you

If at home, praying together as a family- Jamat(congregation) is better than? praying alone. Children love to call azan. Make the youngest one the salat manager at home, taking care of prayer rugs, timing, and inviting everyone to salat.



4. Take your children to the masjid with you

Once your child is old enough to know how to behave in the masjid, this is an excellent way for you to build a relationship with them as both a father and a Muslim.



5. Play with your children

You could play ball, colour pictures, build toy houses from blocks, or do whatever they like.



6. Let your children help you with simple tasks

Allow them to help you carry in the groceries, make dinner, or mow the yard. Children often get great joy from doing things that adults consider work.



7. Take the family to for a picnic

Spend time with your? children playing Frisbee, passing a ball, or pushing them in the swings. Your children will cherish this special time together as a family.



8. Help your children with their homework

Show them that you are truly interested in their education and life by asking them what they did in school and looking at their books, projects, and assignments with them.



9. Have regular meals as a family

It is very important that the family get together and have meals, so they may talk about each others days and issues.



10. Use driving time with your children

Don't just turn on the news and forget your children when they are in the car with you. Talk or joke with them, or sing Islamic songs together.



11. Give your small children a bath sometimes

Usually, mothers bathe the children, but bath time is an excellent opportunity for? fathers to be with their kids. Let them splash around and play a little more than mum does.



12. Be available for your children

Let them know that you are there for anything they want to discuss. If you are not available to talk to your children, somebody else probably will be, and it may be the wrong kind of person. A good way of getting to know your children better as individuals is to take them out one at a time for

eating, conversation, or some other event.




13. Practice talking with your child, not at him/her

Since the father often takes the main responsibility for disciplining the children, it is very easy for fathers to merely become order-givers rather than parents and companions of their children. Spend some time listening, rather than talking.



We only have one chance to be with our kids before they grow up. If we want them to love us and respect us when we are old, we have to build those relationships while they are young.



Fathers usually don't have the time to devote to their children that mothers do. But if we make the little time we have with our children quality time, we still might be able to build enduring relationships with them before it's too late.



By Ibrahim Bowers



Courtesy: http://www.everymuslim.com



Walaupun artikel ini agak advanced sangat bagi Encik Mohsin, tak apalah, janji kau ingat. Boleh bersedia dari awal :-)



Aku copy & paste sahaja dari email. Copy & paste... first time jumpa semasa Windows 3.1 dulu-dulu... berapa tahun dah agaknya?

Shadows Of The Supernatural

Pagi ini kedengaran deruan enjin memecah hening pagi Sabtu. Agak irritating juga, but I have to accept the fact that I'm living di tengah bandar juga. Bila jam 9, barulah aku tahu mana datangnya bising-bising, rupanya kerja pembersihan Millin House dengan pancutan jet air sedang berjalan. Patut pun.



Oh.... I nearly forgot. Okay... the topic that was preached about by David last week is 'Shadows of the Supernatural'. It was quite a spooky subject to be discussed on. Especially during the times in old days ie. back in residential school, where occultism dominated everyone's mind, as there's loads of rumours that go around telling that my school was built on Japanese PoW camp - so "reckless soul" from those who died under torment of Japs would mess around with anyone anytime. Eiii seram!. In fact, I would say the "story-telling" tradition about ghost, poltergeist or whatsoever spooky and unexplained phenomenon out there still passed down thru generations until now. What they're shouting about was simply the notion of there's more to life that what meets the naked eye. There's another world outer there we can't get hold on... There's a truth out there (borrow from X-Files :D) Now let's take a look at articles of faith in Islam:



1. Belief in Allah

2. Belief in Angles

3. Belief in the Books (Scriptures) of Allah

4. Belief in the Prophets of Allah

5. Belief in the Day of Judgment

6. Belief in the Divine Laws



The Cardinals of Faith in Islam



Based on these articles, there are 3 points that precisely touched on what is behind our naked eye. What I mean by that is, it is totally beyond our human intelligence to perceive these three in reality. We can't see God, can we? Have you ever talked to the angles around you? Is there anyone around that knows exactly whether there is tommorrow? My answer: Allah knows best. That's why we invent God-knows-"wh-questions" like God-knows-why, God-knows-how, just to illustrate a few. Now, you have to believe, that all of these do exist, eventhough it is way across of our logical senses,; same goes with ghost, and satan, which closely related to kingdom of darkness, lights from heaven and other stories.



Okay, so what's wrong with all unperceivable-supernatural-thing to us?



Well, if you take a look at the society right now, they're haunted with Supernatural all the time. That's explain why filmmakers keep investing in logic-defying, eye-catching movies that supposedly to explain what Supernatural is all about. For instance, What Dreams May Come. In that movie, Robin Williams explores the world of the after-life, and to me, he clearly potrays what society really thought about heaven and hellfire. Sounds more like the Judgment Day if you ask me.



Okay I think that's fair enough for now. Will write more when I have the mood and ideas, insha Allah.



"Ilham perlu dicari, dikorek, dicungkil dan diletakkan di atas slaid, sebelum dilihat secara dekat dengan rujukan ilmu."



For the time being, spare some deep thought for this article from An-Nasihah - The Advice magazine:



Be Watchful!

- Watch your thoughts before they become words

- Watch your words, before they become actions

- Watch your actions, before they become habits

- Watch your habits, before they become a character

- Watch your character, before it becomes your destiny

- Save your destiny before its too late



Apa aku buat hari ini?

Hmmm... hari yang letih juga lah. Paginya ke Argos ngan Ruvin utk tukarganti microwave, kepada yang baru. Yang lama dah rosak. Malu juga, dah la mengangkat kotak terisi microwave yang mmg bulky gila, di dalam Stephen's Green Shopping Centre. Semua orang usha jer =) Dan tadi hampir terjadi rip-off oleh Argos. Beli model lain, dapat model lain, yang sama dengan yang lama dan telah rosak!



In the afternoon, aku habiskan masa pergi nonton bola - Chelsea vs Man Utd, di rumah Buff. Wan & Katak awal-awal dah sampai, aku pula yg lambat terkena penangan berborak di luar library. Memang melekakan sungguh. Akhirnya, agak terkedu kesedihan sebab Man Utd dapat 3rd place (baca: Chelsea - Man Utd seri) dalam Premier League. Leeds sudah lesu sekarang, hampa juga aku. Buat masa sekarang, menyokong Man Utd pun jadilah. Dan, Man Utd ke akhir untuk FA Cup. Birmingham pasti kalah hahaha...



Plan esok : Ke Powerscourt untuk ambil foto. Di dalam kamera ada lagi 17 shot yang tinggal. Tema - abstrak; kalau boleh close-up atau macro, sampai kita tak perasan subjek itu sebenarnya di alam sekeliling.



Oooppsss... exam!

No title

Actually, I'm just finished watching Bruce Almighty, albeit there's a unbelievably tall pileup of past year & revision papers that I need to get it done for the coming finale. Heck, it's only 2 hours of ignorance, but surely it was a bliss =( if you ask me.



But then, if you deeply ponder - humans, are the best organisational plan ever created by God - we're more than primates with intellegence. In fact, we're not even evolved from primates! Ouch! Do I sound anti-Darwinism? Yes! And yet, we could be brought down to lowest caste ever, should we let ourselves showering with disgusting acts - greed, lust, arrogance... lest many reminders had been given. Actually, I am outraged by the news on mistreatment of PoW in Iraq, but deep in my heart, I believe there are awful loads more of cases in Iraq, Guatanamo Bay, not to mention Afghanistan that are still undivulged yet. Were these actions reflect our so-called "liberators" ?



Err... I am supposed to write about something else.... okay let's get back to business.



...

...

...



Since I'm out of idea, perhaps I'll continue on later. =(

It's Friday...

New link added:

Saifulislam Online - Ustaz Hasrizal's repository

//I'd recommend this site fully!



Happy reading =)

Chromatography & Haemoglobin Electrophoresis?

Beberapa hari lepas, aku ada sebut FBC - Haemoglobin electrophoresis. Ini adalah salah satu ujian darah yang diambil oleh pihak hospital (selain ujian air kencing) tak silap aku utk diagnose apa yang tak kena dengan kau. Body fluids - air kumuh dan darah lah yg paling mudah diambil, dan banyak penyakit boleh dikesan melalui ujian darah.



  • FBC - Full Blood Count : Untuk menentukan nisbah sel darah (merah, putih dan platelet), dan boleh membantu doktor untuk mengenalpasti penyakit apa yang dihidapi. Kalau tak normal nisbahnya, maknanya ada yang tak kena dengan darah kita.




  • Haemoglobin Electrophoresis : Apabila darah diemparkan, senang cerita diasingkan, ia akan tersusun mengikut lapisan-lapisan macam dalam kuih lapis. Satu lapis sel darah putih, satu lapis sel darah merah, dan sebagainya. Haemoglobin electrophoresis menggunakan konsep yang sama, cuma ia menggunakan arus elektrik. Haemoglobin normal dan abnormal diasingkan pada kadar yang berlainan bila diletakkan dalam arus elektrik, kerana yang normal dan abnormal masing-masing mempunyai cas elektrik yang berlainan. Kemudian jumlah haemoglobin yang normal dan abnormal ini disukat. Finding abnormal amount of normal haemoglobin or an abnormal type of haemoglobin may indicate that a disease is present... contohnya thalassaemia.




  • Yang aku perasan, teknik ni macam teknik chromatography - proses yang boleh mengenal pasti mana satu minyak masak dari jagung, dengan minyak masak dari kelapa sawit walaupun masing-masing ada bau, warna yg sama.





    //Petrol Petronas dan Shell, minyak zaitun asli dan minyak zaitun campuran jagung, jika diuji dengan proses chromatography,kita dapat sahkan yg mana satu tanpa kena tipu... Masing-masing akan keluarkan graf yang berlainan.



    Selingan : Kadang-kadang stesen minyak menggunakan taktik kotor dengan menggunakan minyak cap ayam untuk menggantikan Shell Vpower... tapi baunya lain sikit (kalau rajin nak hidu petrol la...). Jadi berhati-hatilah, gunakan Petronas... :)



    Dalam buku rujukan pelajaran kimia dulu-dulu, ada terselit aplikasi chromatography dalam kehidupan seharian. Contohnya:



    Minyak jagung atau minyak zaitun?

    Sebuah kapal tangki berlabuh, dengan muatan minyak masak zaitun. Ia akan dijual kepada peruncit tempatan, menurut kapten kapal tersebut. Pihak kastam, macam biasa, periksalah minyak masak zaitun tadi. Bila dibau, memang bau macam minyak zaitun, tapi ada bau lain. Pihak kastam dah rasa syak bahawa adanya penipuan.



    Menurut undang-undang, bau tidak boleh dijadikan bukti utk mendakwa pesalah - terlalu subjektif. Betul ka pakdi? Pihak kastam pun dapat idea. Maka, sampel minyak masak zaitun dari kapal terbabit diserahkan kepada makmal forensik polis untuk diselidiki.



    Kemudian, maklumat dari makmal mengesahkan: minyak masak zaitun dari kapal tadi bukan tulen 100%. Ia telah dicampurkan dengan minyak masak jagung, lebih kurang 60% zaitun, 40% jagung. Akhirnya kapten kapal tadi didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba menipu muatan... Pihak makmal sahkannya melalui ujian liquid chromatography...




    Betapa sains telah merubah hidup manusia. Ini cuma setitik ilmu yang diterokai manusia. There's a whole lot more out there still undiscovered! Subhanallah...



    Huu... exam akan tiba lebih kurang 20 hari lagi. Gambate! Tidak lupa, ucapan bittaufiq wannajah kepada sesiapa yg juga akan menghadapi peperiksaan.



    Read:

    Introduction to Chromatography

    What is Chromatography