Perihal belangkas jadian

Selepas solat Jumaat di Dublin Mosque lepas, aku pun duduk bersandar. Ingat nak lelap sekejap sebab letih. Sekali ada 2 orang manusia memanggil-manggil supaya turut sama berborak. Kisahnya macam ini...



Seorang masih muda dan matang, tapi agak mentah (macam mana ya? matang tapi mentah), dan seorang lagi bolehlah dikatakan sebagai yang berpengalaman. Hmmm... dah namanya fitrah kalau tak tahu kena tanya. Maka segala jenis soalan ditanyakan. Aku pula mengisytiharkan diri sebagai pemerhati bebas. Heh nak gelak pun ada. Biarlah. Nak buat macam mana, kalau aku ditempat dia pun tentu aku pun macam dia.



Debat semakin hangat. Aku sekadar diam sahaja, itu pun kadang-kadang menokok tambah macam menambah ajinomoto dalam mi goreng. Al-maklumlah, masih belum cukup umur :-) Sekadar memeriahkan suasana - tolong gelak sahaja.



Hmmm... aku pun tak mahu komen panjang-panjang. Pada aku, kalau nak buat benda baik, orang lain kenalah tolong permudahkan. Yela, tapi nak buat benda baik kena juga berkorban. But its all boils down to the one who makes decision - the one in authority. Sabar. Walaupun the decision itself has inflicted a painful impact on ourselves, but you do not have any other choices, am I right? Sometimes we have to become yes-man, just for the sake of doing it once in your lifetime. Hmmm...



"Kau kena plan awal-awal, benda ini bukan boleh buat main-main..."

"Hmmm... dulu kau buat macam mana?"

"Mula-mula outline plan kau dulu. Macam karangan, ada pengenalan... ada isi... ada penutup. Short-term, medium-term and long-term."

"Payah juga yeh?"

"Mestilah! Tapi kena banyak doa, sebab, benda ini ikut orang juga. Yela, subjektif. Lain orang lain caranya.... sebab itu kena doa banyak-banyak..."

"Hah kau Abadi... apasal senyap?"

"Err... no comment."



Kemudian agenda tetap diteruskan, sampai pukul 2.30pm. Kesimpulannya : Pelan awal-awal. Banyakkan bersabar. Laksanakan strategi yang sudah dipelan. Berdoa hasilnya.



Fikiran aku: Ia lebih elok dari memutasikan diri menjadi belangkas jadian. Belangkas jadian kalau dibiarkan, akan membiak; kita juga yang susah. Hmmm... belangkas jadian ini sangat dahsyat. Nama pun belangkas jadian. Pada waktu-waktu tertentu, ia akan jadi sebaik-baik belangkas yang ada dalam genusnya, tapi di kala yang lain, menjadi manusia biasa. Dua dalam satu. Satu dalam dua. Hmmmm bunyi macam Wave-Particle Duality pulak.



Kesimpulan: Belangkas jadian amat berbahaya. Jangan jadi diri anda sebahagian dari statistik. Amaran kerajaan: Golongan yang berusia 16-28 tahun atau remaja paling terdedah kepada Sindrom Belangkas Jadian ini, disebabkan kementahan fikiran dalam membuat keputusan, mungkin akibat pertumbuhan cerebrum, cerebelum dan medula oblongata yang tidak seimbang.



"Berapa banyak aku tengok belangkas jadian yang telah terkorban..."

"Tak terkira banyaknya"




Tapi, sunnah ini juga dikejarkan, sunnah lain tak nak buat ke? Janganlah selektif tak bertempat. Yang rasa kita seronok buat, kita ambil; yang agak-agak tak kena dengan diri kita, kita abaikan. Pelikkan manusia ini? Oleh itu, sama-sama kita elakkan dari bermutasi menjadi belangkas jadian. Amin.



Selamat pengantin baru: Intan UIA (saudara aku) di Shah Alam, Sabtu 15 Mei 2004. Aku pun tak kenal sangat... aisehman. Saudara sendiri pun tak kenal? Masalah besar... :-(



Selamat hari guru: Tanpa guru, I'm nobody.

No comments: