Visit:
Jeffooi - Screenshots = Thinking Aloud, Thinking Allowed
- Info tentang Malaysia... do I need to elaborate more? Hot debate everyday. Highly recommended to provoke your own views and stance. Used to be my daily visit, but since the exam is getting around, I can't afford to spend just an hour to view a single site.
Army Technology
- Dulu aku gila tentang benda-benda macam ini. Teman yang sama-sama gila dulu, Syukri (formerly known as Chol) belajar di USM sekarang. Dalam jurusan Aeronautical Engineering :-) Agaknya dia nak jadi military analyst, or perhaps rocket engineer agaknya.
Hmmm....
Apa agaknya yang dibuat oleh analyst hari-hari? Analyst - orang yang menganalisa/menyelidik. Kalau military analyst, agaknya hari-hari review weapons specification, dan cuba memahami doktrin ketenteraan sesebuah anggota angkatan bersenjata mengikut pembacaan sejarah dan juga pelaksanaan teknologi terkini dalam persenjataan. Contohnya: Bolehkah kereta kebal super-canggih M1 Abrams buatan Amerika yang beratnya 60 tan beroperasi di Malaysia? Ikut logik, tidak. Tenggelam dalam lumpur agaknya. Waima, di Malaysia sudah banyak pembangunan infrastruktur. Kawasan kampung semakin ditenggelami arus pembangunan. Jadi, kita kena lihat juga kebarangkalian kereta kebal ini digunakan dalam perang di kawasan bandar. Lain pula cerita. Macam mana nak counteract? Buka lagi cerita baru.... Selepas itu, mungkin membuat simulasi dan spekulasi mengikut apa-apa idea yang boleh diterima logik akal.Kemudian, mereka pun publish report and pandangan mereka. Agaknya la kot. I am just making a small talk here.
How about security analyst? Security? Bunyi macam sejenis dengan defense atau military, tapi lain benar pokoknya. Setahu aku, merekalah yang boleh 'meramal' jatuh naiknya saham sesebuah syarikat di bursa-bursa saham. Dulu si Nik Slepap pernah cerita, di Hang Seng, Wall Street, Nikkei, KLSE, dan di mana-mana bursa saham, penjual saham ini menggunakan rumours yang catchy untuk menarik pembeli saham. Bila ada demand, harga saham naik. Kayalah mereka. Contoh rumour mudah: "BMW to merge with Proton". Maka, tidak semena-mena saham Proton akan naik. Sebab pembeli saham nak beli, jadi ada permintaan; atas kepercayaan the merger will make both company berada dalam prosperity... ada masa depan yang cerah. Begitulah gamaknya. Jadi kerja security analyst ini, more or less menjadi fortune teller kepada headlines ini. Mereka memberikan pendapat mereka, dan terpulanglah kepada pembeli saham untuk menentukannya.
Sebab itu kalau dibuka majalah Personal Money atau yang sewaktu dengannya, ada satu column khas; namanya Market Watch. Atau yang lebih kurang sama maksudnya. Banyak komen si security analyst di sini. Aku pun tak berapa faham sangat apa yg diterangkan. Aku jadi clueless sangat bila memikirkan apa kaitannya Composite Index dengan ekonomi sesebuah negara. Al-maklumlah, aku bukan ahli dalam bab ini. Belum lagi disentuh Oligopoly, dan apa-apa jargons yang pelik-pelik.
Rasanya, sesiapa pun boleh jadi analyst. Analyst dalam bidangnya. Aku rasalah...
No comments:
Post a Comment