Entry Pakdi...

Sedang membelek-belek buku yang dibeli secara online di Simplyislam. Delivery time - top notch! Aku pesan beberapa item Khamis lepas, dan ia sampai semalam pagi. Aku rekemen site ini kepada sesiapa yg di kawasan UK, Eire dan Europe - sebab syarikatnya UK-based, jadi lagi cepat kalau hendak dipos ke kawasan Eropah. Kalau di US, Islamic Bookstore. Wide range, and perhaps paling banyak pilihan dalam internet. Huih, bahana kad kredit. Bahaya-bahaya... nanti semua nak dibeli :-)



Lawat:

Simplyislam

Islamic Bookstore



Tapi, di Malaysia, paling banyak pilihan. Berlambak-lambak. Seronok gila! Argh aku nak balik!



Flashback:

Semalam, Tini yang akan pulang Jumaat nanti belanja makan tengahhari di Verona. Pergh.com! Sedap banget Garlic Mushroom dan Pizza Frut De Mara (betul ke...) - janji pizza seafood. Heh, macam reunion geng ex-Au di sini pula (memang pun... bertiga je). Trio yang tak belong to any particular college - PPP, KDU, Sunway, Taylor's, KMB, KMYS and the list goes on... Hmmm... akhirnya, Alhamdulillah, dapat juga apa yang diharapkan, sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah - Allah tahu apa yang best, kita manalah tahu! Kita lah yang kena cari.



Entry pakdi hari ini pasti (insha Allah kalau hati belum keras lagi) membuat sesiapa pun terkedu. Berapa banyak yang telah kita buang selama ini? Adakah kita 'dump' dia untuk benda lain yang lebih menawan kalbu? Yang membuat kita meltdown...



Betullah kata orang : Novel tebal-tebal, Tom Clancy, Martin Corrick, Tim Mckintosh-Smith, to name a few, sekejap saja dikhatamkan. Al-Quran?



Dan aku tahu lah, ada orang kata, orang yang banyak baca Al-Quran pun, tak semestinya baik. Yup aku setuju. Apa kau ingat kau baca Al-Quran kau terus transform jadi malaikat macam dalam Transformer? Baca satu hal, nak fahamkan satu hal, dan dibuat lagi satu hal.



Betapa manusia ma - apa, nasia - yg dilupa; thanks muizz, I owe you one :-) itu mudah lupa. Manusia mudah lupa. Eh macam pernah dengar tapi di mana ya?



Al-Quran ini adalah cahaya. Cahaya membantu menerangkan hati. Bila hati terang, ilmu mudah masuk, maka apa-apa yang diajarkan oleh cikgu di depan, senang sahaja nak digarab.



Sebab itulah orang tua-tua selalu pesan kepada anak-anak :

Baca, hafal, dan fahamilah Al-Quran. Kenapa? Supaya mudah mengingati (lagi-lagi budak medic, anatomy, pharmacology, physio, pato, et cetera) matapelajaran yg kita belajar. Kenapa? Tak percaya kah? Kalau lirik lagu terbaru deras sahaja kita laungkan sewaktu kita beli-belah, berjalan kaki ke mana-mana, commuting, tunggu bas, kenapa tidak boleh pada Al-Quran?



Orang tua-tua banyak wisdomnya. Bukan saja orang yang dah lanjut, senior kita pun. Mereka hidup lagi lama dari kita. Sudah tentu lagi banyak asam & garam mereka pernah rasa. Aku ada seorang kawan di Kuala Lumpur, bila lepak berborak sampai bila tak habis. Dia bukanlah seorang yang power-mower macam lawnmower. Dia bukannya macam kebanyakan kita - punya pendidikan formal yang rapi - lepas SPM terbang sana-sini, ke IPTA dan IPTS. Tapi dia punya pengalaman - dia panjat tangga kehidupan, kena dengki orang, disantau, di'dump' kawan baik, banyak lagi. Alhamdulillah sekarang dia berada on the right track utk mencapai apa yang dicitakannya. Insha Allah berjayalah dia... Amin.



Bila aku berada dengannya, dia selalu ingatkan betapa bertuahnya aku. Memang betul pun. Selalunya kita membesar di dalam golongan kita sahaja. Golongan middle class dengan middle class sahaja. Yang upper class pun dengan upper class. Aku bukannya nak melabel kasta masyarakat, tapi kalau dalam sosiologi, itulah cara terbaik untuk lihat sesuatu lapisan masyarakat. Berbalik kita kepada pergaulan intra-lapisan. Mata kita takkan terbuka kalau kita tak berhubung dengan orang atas atau pun orang bawah kita. Bila macam itu, susah kita nak jadi orang yg betul-betul faham apa ceritanya dunia ini.



Sebab itulah, kita kena keluar. Befriend them. Jangan lupa, dalam kita menghirup Frapuccinno di Starbucks, ada yang sebaya dengan kita berjerih payah membaiki kereta di bengkel mana-mana. Hanya utk sesuap rezeki buat keluarga. Ada juga yang berkebun. Banyak lagi lah. Aku pun tak larat nak habiskan ceritanya.



Mula-mula dulu bergaul dengan kawan aku yang seorang ini, aku agak kekok. Mana tak nya, brain frequency lain-lain. Kita fikir game apa nak main lepas ini. Dia pula tengah brainstorm macam nak cari duit lagi. Lama-kelamaan, kita kenalah ikut rentaknya sekadar yang patut. Honestly speaking, kalau diletaknya aku di tempat dia, sah tak hidup. Aku pernah ditempelaknya dulu. Sampai sekarang berbekas. Tak kisah lah, janji ia cukup bermanfaat.



"Kalau kau nak tahu, yang bezakan aku dengan orang lain, adalah semangat dan akal. Aku tahu aku miskin, aku tahu aku kering, tapi tak bermakna aku bodoh... Kalau kau nak tahu, dalam dunia ini, aku dah jumpa banyak orang yang belajar tinggi-tinggi tapi tak tahu nak guna otak. Allah beri akal sama saja, kalau kau tak reti nak guna... nasib kau lah..."



Sebab itu kadang-kadang aku panas bila ada remarks macam ini:

"Orang kampung bodoh... sebab itu tak dapat masuk asrama.."

"Amboi... sedapnya kata.."



Orang "middle class" terutamanya di bandar - Dapat beli buku rujukan, buku latihan soalan tahun-tahun lepas, ditanggung untuk ke tuisyen. Suasana utk belajar ada. Selepas itu dapat A berjela-jela dalam peperiksaan.



Orang kampung - Dapat Skim Pinjaman Buku Teks. Tiada tuisyen. Jerih-payah mak ayah sedikit sebanyak mengganggu perhatian anaknya terhadap pelajaran. Kena juggle up between pelajaran dan tolong mak ayah. End up with lesser A's sometimes.



Hipotesis aku : Kemudahan dan suasana mungkin berkadaran dengan kecemerlangan akademik. In terms of memanusiakan manusia - semangat terus belajar etc, banyak lagi faktor lain. Senang cerita - Kesusahan membuatkan kita lebih menghargai peluang yang kita ada. Tanyalah mak ayah kita, yang dah bermati-matian untuk keluar dari lubuk kemiskinan. Betapa susahnya nak keluar, kita tak pernah rasa. Kita berada dalam 'comfort zone' all the time. Maka terhasillah generasi tak tahu bersyukur... Hmmm kalau dah senang lelang tapi tak sedar-sedar, bukankah kufur nikmat namanya?



Hmmm... barangkali sebab itulah ayah aku asyik cadangkan Indonesia sebagai destinasi untuk mengembara nanti. Seronok dengar cerita dia ke Jawa dulu, semasa itu dia masih muda remaja macam aku. Dia ke Jakarta, Surabaya, Bandung, dan banyak lagi. Pernah dia, setelah makanan tengah hari di sebuah gerai dan bila saja dia beredar, datang 2-3 kanak-kanak menghabiskan apa-apa makanan yang masih tertinggal. Syahdu kata ayah aku. Sekarang baru kufaham kenapa ayah beriya-iya sungguh mendesak aku ke Indonesia...



"Janganlah memalingkan pipi kamu daripada manusia, dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."

Surah Luqman, ayat ke 18




Eh, dah melalut sangat aku. Maaf banyak-banyak okay?



Postscriptum: Saya baca, saya faham. Saya faham, saya buat. Saya buat salah, saya cuba lagi. Saya cuba lagi, akhirnya saya kaut hasil.

No comments: