Yang aku perasan, teknik ni macam teknik chromatography - proses yang boleh mengenal pasti mana satu minyak masak dari jagung, dengan minyak masak dari kelapa sawit walaupun masing-masing ada bau, warna yg sama.
//Petrol Petronas dan Shell, minyak zaitun asli dan minyak zaitun campuran jagung, jika diuji dengan proses chromatography,kita dapat sahkan yg mana satu tanpa kena tipu... Masing-masing akan keluarkan graf yang berlainan.
Selingan : Kadang-kadang stesen minyak menggunakan taktik kotor dengan menggunakan minyak cap ayam untuk menggantikan Shell Vpower... tapi baunya lain sikit (kalau rajin nak hidu petrol la...). Jadi berhati-hatilah, gunakan Petronas... :)
Dalam buku rujukan pelajaran kimia dulu-dulu, ada terselit aplikasi chromatography dalam kehidupan seharian. Contohnya:
Minyak jagung atau minyak zaitun?
Sebuah kapal tangki berlabuh, dengan muatan minyak masak zaitun. Ia akan dijual kepada peruncit tempatan, menurut kapten kapal tersebut. Pihak kastam, macam biasa, periksalah minyak masak zaitun tadi. Bila dibau, memang bau macam minyak zaitun, tapi ada bau lain. Pihak kastam dah rasa syak bahawa adanya penipuan.
Menurut undang-undang, bau tidak boleh dijadikan bukti utk mendakwa pesalah - terlalu subjektif. Betul ka pakdi? Pihak kastam pun dapat idea. Maka, sampel minyak masak zaitun dari kapal terbabit diserahkan kepada makmal forensik polis untuk diselidiki.
Kemudian, maklumat dari makmal mengesahkan: minyak masak zaitun dari kapal tadi bukan tulen 100%. Ia telah dicampurkan dengan minyak masak jagung, lebih kurang 60% zaitun, 40% jagung. Akhirnya kapten kapal tadi didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba menipu muatan... Pihak makmal sahkannya melalui ujian liquid chromatography...
Betapa sains telah merubah hidup manusia. Ini cuma setitik ilmu yang diterokai manusia. There's a whole lot more out there still undiscovered! Subhanallah...
Huu... exam akan tiba lebih kurang 20 hari lagi. Gambate! Tidak lupa, ucapan bittaufiq wannajah kepada sesiapa yg juga akan menghadapi peperiksaan.
Read:
Introduction to Chromatography
What is Chromatography
No comments:
Post a Comment