- Pengembaraan jauh beribu batu dimulai dengan selangkah keluar dari rumah pada pagi 3 Mei...
- Hari itu aku yang paling lambat tiba di KLIA. My bad.... Ikhwan, Fauzan, Rizal, Shuhaila, Wani, Lia, Diana, Azura & Tini sudah bersedia segak dengan blazer masing-masing.
- Tiba di Perth pada petangnya, dan makan malam yang pertama adalah Fillet O Fish... dah kemudiannya kami dapat tahu McDonalds tak halal... Adusss...
Itu kisah 2 tahun lepas. Program persediaan di Perth, Western Australia. Sekarang? Hmmm... 2 tahun sangatlah singkat, seolah-olah baru semalam ia berlalu.
Dan, pagi tadi dapat emel dari seorang kawan.
assalamualaikom
dear my friends,
aku dah scan sume gamba2 yg aku ade dan dah upload kat www.gundala.com/forum dah...bole la korg tgk/amik /modify utk kegunaan sendiri, sesungguhnye kebykan gamba tu of course la ade muke aku, and komen2 dlm website tu adalah saje2, tak berniat utk melukakan ati sesape, mostly yg kene fokus dlm gamba tu la...kalo ade pape, ckp la ngn aku, aku akan try fix balik... kebanyakan gamba yg dah di upload tu adalah gamba 3 marikh ngn hari guru 1999, grad day, dan gamba2 kelas...sile2 lah ke website www.gundala.com/forum ek...kalo ade sesape nak upload gamba tp tatau nak modified, anta kat aku yasser@email.arizona.edu... capacity email aku dlm 50mb, tp cube la anta maximum 30 mb...ok,tu je,
wallahualam,
assalamualaikom.
//Gile klasik gambar nih... 3 Marikh 1999.
Yang ini pula, kisah 3-7 tahun lepas. 155 (tak silap aku) yang kini entah ke mana. Bak kata Firdaus Radzi"Dari Kampung Kenangan ke Kajang...", dan kemudian "Dari Kajang ke Tronoh (UTP)...."
Dan, teringat pantun Cikgu Muaidi beberapa tahun lepas... aku pun dah lupa. 2 kerat yang akhir saja aku dapat ingat balik.
Tunggukan khabar & berita, entahkan bila...
Nak dikata mati, kuburnya mana?
Dia pun sempat beri nasihat, semasa aku melawat dia beberapa minggu sebelum aku ke sini. Secara tiba-tiba dengan nada serius, terkejut juga aku:
"Abadi, awak keluar sana jadilah orang baik-baik. Cikgu tak mahu awak sia-siakan peluang yang awak dah ada. Cikgu pun tak mahu awak jadi orang yang tak tentu hala. Apa lagi yang kita kena perjuangkan kalau bukan agama? Berapa banyak orang yang ada bekalan tapi akhirnya senyap begitu saja?"
Dan, semasa keputusan SPM diumumkan 3 tahun lepas, semasa aku tengah termanggu-manggu apa nak buat selepas ini, ayah aku beri amanat :
"Mulai saat ini, abang akan rasa macam mana hidup keseorangan. Dulu, semasa ayah habis Penilaian Darjah 5, ramai kawan yang tak dapat ikut sama. Makin tinggi kita panjat, makin sikit orang yang tinggal. Nanti, bila tamat kolej, masing-masing ikut haluannya. Ada yang macam itu, dan ada yang macam ini. Ada yang tenggelam, ada yang timbul balik. Ada juga yang mula-mula timbul, kemudiannya tenggelam. Dunia... banyak benar tipu helahnya abang... Akhirnya, sampai masanya, bila semua dah berkeluarga, seorang demi seorang yang akan pergi. Kawan sekampung, classmates... tinggallah kita seorang. Makin hari bertambah, makin sikit yang tinggal... Hmmm... itulah kehidupan..."
Ayah aku takde lah cakap sampai puitis sangat, lebih kurang macam itulah; tapi mesejnya tetap ada. Hmmm... kita makin tua. Kita pun akan merasa apa-apa yang dirasai oleh mak ayah kita - jerih payah nak memanusiakan diri. Kita hidup ada tujuan. Ada matlamat. Masa diberi pun sikit. Mati pun kita tak tahu bila. Heh, memang singkat sungguh...
No comments:
Post a Comment