Siapa pegang belacan dia memang berbau...

Satu pelajaran baru hari ini. Kalau nak masak belacan, pakailah baju biasa. Jangan pakai baju kesayangan, pakailah baju lain... nanti naik berbau. Kadang-kadang naik toya, bayangkan, tengah menulis notes... bau belacan masih melekat. Baunya... memang merangsang hidung utk tidak membaunya lagi.



Tapi sebau-bau belacan, ramai juga yg menggemari sambal belacan =)



Hmmm... bagi aku:

siapa pegang belacan dia memang berbau = siapa makan cili dia terasa pedas = siapa yang buat, dia sendiri yg tahu lah = berani buat, berani tanggung = anda tidak boleh menipu diri sendiri = penipuan paling masyhur adalah penipuan pada diri sendiri.



Pernah jumpa quote nih di sifoo.com. Saya pun tak ingat siapa punya. Tapi memang catchy.



"The best way to defend is to attack"



Dan hari ini kutertipu... rupanya ada Research Day. Rugi rasanya tak pergi. Memang way too high levelnya. Aku pun tak paham sangat. With exception (paham la sedikit...) :

"Metals in Medicine : Multinuclear Pt, Pd and Ru complexes..."

Hmmm... the topic was more or less like above. Tak spend banyak masa utk memahami isi poster.




Malamnya, MSA TCD buat Muslim Awareness Nite. Menonton Fatih (kisah muhammad al fateh) sebentar...



Esok akan kusambung lagi. ZzZzzZZzzzZzzz

Errr... Are you from Chiba?

Semasa di bus stand semalam, aku takde loose change. Masalah juga nih. Bus di sini hanya accept exact change, hey that's keji... tapi die akan print tiket duit yg boleh direfund balik. Takdelah rugi, tapi duit kau jadi dlm bentuk tiket bas. Leceh juga lah, kang tak pasal-pasal ko buang tiket bas padahal ade 45cent yg boleh diclaim balik...



Dah la takde duit, maka aku pun turn to a japanese woman di sebelah aku... cute heh ;) for help.



"Err... excuse me... do you have loose change for 2 euro?"

"Hold on... I'll have a look..." (sambil menyelongkar handbag nye...)

"There you are..."



Ayat di atas macam ayat mengurat aja... bila teringat balik rasa seriyau pulak...



Lepas tu, bermula lah berborak... hmmm rupanya dia dari UCD, ambil English Language Course. Dan berasal dari Chiba. Bekerja sebagai guru matematik. Yang lawaknya, dan dan die assume aku from Japan juga, dan from Chiba... aihhh... parah nih. Ishhh... aku pakai krim Oil & Olay ka sampai kulit jadi Jepun?



Tengah syok berborak... ada satu bas datang... aiseh bas dia rupanya...



Maka berpisah lah dua orang itu... huhuhu...



Di hari yang lain... dalam perjalanan ke ATM - 3 Chinese approach aku. Terus start asking di mana itu di mana ini dlm Chinese... argh! Nasib baik ade peta yg dilukis sendiri oleh mereka. Senang lah sket. Rupanya dierang baru sampai di Dublin. And, on that day ada kelas English dierang yg pertama. Susah jugalah, kena pakai bahasa isyarat and English sesempoi mungkin. Fuhh... quite tricky nak tunjuk jalan. Aku harap tak sesat lah. Entah-entah boleh jumpa lagi nanti... College dierang dekat aje.



Di hari yang lain juga... semasa di ICCI, aku tengah tunggu orang. Datanglah seorang Middle East terus bersapa dlm bahasa Arab. Aiseh susah la nak cakap in Arabic... Sebenarnya dia ingatkan aku sebangsa. Tak tau lah kalau tu nak cover je.



Hmmm... berdarah apa agaknya aku?



Agaknya Jawa + Jepun + China + Arab = Aku? Hmmm... lepas ni kena lah belajar Arabic balik. Mana lah tau, di bus stand boleh dapat loose change dari Cik manis arab pulak!

Ihsan oh Ihsan / Ehsan oh Ehsan

Sejak akhir-akhir ini, aku rasa macam ada orang mengekori aku. Bila toleh dia hilang. Pelik juga. Seram pun ada. Dah lah hostel aku duduk ini bekas nursery, dan dikisahkan berhantu. Hantu? Uihhh seram. Bleh terkucil aku.... ini baru di Dublin, kalau kita di Malaysia, ramai orang yg kata :



Senario I

"Kau tahu jalan tuh memang bla bla bla bla... berhantu tuh..."

"Kalau nak jalan kat situ... bacalah ayat Kursi..."

"Oooo yeke?"



Senario II

Bila memandu kereta pasang lagu ntah apa-apa. Sekali bila lalu kawasan keras, tiba-tiba pasang kaset Al-Quran. Alahai...



dan byk lagi...



And so they think that segalanya berhantu. Inilah dia ihsan yg disalah fahamkan. Bukannya Ihsan jiran aku. Ataupun Restoran Al-Ihsan. Dalam banyak-banyak Ihsan, Ihsan yang inilah yang kita lupa. Inilah dia ihsan yg memandu supaya kita ada fobia dengan hantu-hantu. Memang mistik sungguh Ihsan ini. Patutlah, ada kawan aku semasa jadi interns dulu, jaga rumah mayat di hospital di luar negara, dia kata tak terasa apa-apa pun. Balik je Malaysia, huih... asyik meremang bola roma sahaja. Psikologi oohhh psikologi...



Aku bukannya tidak mengakui kewujudan hantu, tapi; kadang-kadang rasa seriyau bila orang lebih-lebihkan dalam benda alah nih. Sampai naik toya aku. Hantu = makhluk Allah. Jin ka, orang bunian ka, syaitan ka... semuanya makhluk Allah. Hantu nih, kalau dia nak jelma, bila-bila saja dia boleh. Nak jelma keluar dari skrin monitor, boleh aja. Nak dia tepuk kau time ko tgh surf internet? Nak jelma masa kau solat? Lagi lah boleh. So ketahuilah, hantu ni ada di mana-mana.



Dan dalam banyak hantu-hantu nih, lagi bahaya hantu dalam diri kita iaitu : nafsu. Sebab itu orang kata, ikut hati... mati, ikut rasa... binasa. Berapa banyak kejahanaman telah terjadi akibat nafsu? Dan cuba kita tengok, berapa banyak kerosakan akibat hantu? Hantu pernah buat vandalisme? Kalau ada.... gila ah. Memang respek sungguh aku. Kalau hantu dalam diri kita? Vandalisme, sumbang muhrim, selective dalam mengamalkan Islam et cetera. Jelaslah hantu dalam kita ni lagi bahaya. Dan ingatlah, hantu biasa tak boleh buat apa-apa pon, melainkan dengan izin Allah.



Cara nak lawan Hantu? Sentiasa ingat Allah. Sedar bahawa Allah sentiasa memerhati, mendengar dan tahu apa-apa yang kita kerjakan. Timbul rasa takut dan malu buat benda-benda kureng. Inilah Ihsan sepatutnya. Mak aku pernah kata... "Kalau kita takut dengan hantu, lagilah dia suka...".Bukannya bila lalu jirat Cina ajelah baru keluar segala jenis ayat, dan bila waktu biasa, haramlah nak ingat Allah. Selain itu, yakin Allah akan tolong kita. Bukankah dalam nama-nama Allah yang 99 itu, ada The Most Merciful? Hari-hari kita baca. Tapi, takkan tak tahu jugak?



Kalau kita ingat dan yakin dengan Allah, segala ancaman tak lut. Orang santau? Jin? Sihir? Yakinlah bahawa Allah akan tunjuk jalan yg terbaik, dan bukannya apa-apa kita mahu. Allah kan Maha Mengetahui apa yang baik, apa yg tak baik?



Wallahu'alam



Oklah. Aku kena keluar pergi beli telur ayam. Ishhh takutlah... anak Dol banyak kat sini. Ihsan ooo Ihsan jom temankan aku... Eh Ihsan ke Ehsan?



Further reading : Islam, Iman & Ihsan



Imej di atas dilink dari www.herryrachman.net



P/S : Agak kesal bila terkenang kita terlalu dimomokkan dengan benda-benda mistik.

Seri Muka

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi dalam rancangan memasak... Kali ini kita akan masak Seri Muka. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Seri Muka adalah kuih a la kek yg mempunyai dua lapis, yg atas rasanya manis hasil dari adunan tepung, gula dan santan; dan bawahnya rasa lemak dari beras pulut dan santan. Bila mengunyah, memang terasa keunikan kuih kerana terasa di dalam mulut lemak dan manis.



Agaknya sebab tu kuih ni dipanggil seri muka. Bila dimakan naik seri muka kot. Mungkin inilah rahsia keserian muka anak-anak dara Melayu di zaman dahulu kala, dan mungkin masih diamalkan sekarang.



Okay tuan-tuan dan puan-puan... berikut adalah ramuannya.



Lapisan atas, yang berwarna hijau

- 250 gram Tepung gandum

- 150 gramGula kaster atau gula pasir

- Susu segar 100mL

- Telur ayam 3 biji

- Santan 250mL



Lapisan bawah

- Beras pulut 250 gram



Lain-lain

- Garam

- Pewarna hijau

- Daun pandan (untuk bau)



Cara-cara:

//Lapisan atas

1 - Adun 250 gram tepung bersama gula dan santan. Gunakan mixer supaya adunan menjadi sebati.

2 - Tambahkan telur dan teruskan mengadun sehingga betul-betul sebati.

3 - Pastikan adunan menjadi pekat sedikit berbanding susu Ideal atau susu sejat (bukan susu pekat manis... tu dah pekat sangat). Formulanya - Kalau cair sangat, tambah tepung. Kalau pekat sangat, tambah santan atau susu. Jangan tambah telur, jika tidak adunan akan mengembang sangat ketika dikukus nanti.

4 - Tambahkan pewarna... hijau, biru, oren, apa-apa sahaja. Jika hendak ia berwarna coklat, tambahkan koko. Merah? Tambahkan sirap ros. Kuning? Tambah serbuk kunyit.... ehhh silap kordial oren atau mangga. Kemudian biarkan seketika.



//Lapisan bawah

1 - Basuh 250 gram beras pulut sehingga bersih dan toskan.

2 - Ratakan beras pulut tadi di dalam loyang supaya dalammnya lebih kurang 2 cm.

3 - Tambahkan sedikit garam dalam santan, sebelum dituang sehingga paras santan sama dengan paras beras pulut.

4 - Kukus sehingga masak, rasanya lebih kurang 15 minit. Sementara itu, anda bolehlah membaca buku, menebas semak di belakang rumah, mahupun mengemas balik dapur ataupun membasuh mixer yg anda gunakan tadi.



Bila lapisan bawah dah masak, cucukkan dengan garfu supaya ade liang-liang. Ini supaya bila adunan dituang, ia akan meresap sekaligus mengukuhkan percantuman dua lapisan nanti. Takdelah bila tengah pegang kuih nih, tiba-tiba bercerai dua pula...



Setelah lapisan beras masak, tuangkan adunan ke atasnya supaya dalamnya 2 - 3 cm. Kemudian kukus sehingga masak.



Siap! Potongkan 5cm x 3cm seeloknya. Tak besar sangat, juga tidaklah terlalu kecil. Dihidangkan sewaktu minum teh atau sarapan pagi. Bila makan, pastikan anda mengunyah kedua-dua lapisan serentak... baru ade ummpphh!



Cara tambahan:

Didihkan air, gula dan pandan sehingga naik bau. Kemudian tambah pada adunan. Insha Allah bau pandan takkan hilang.



Selamat mencuba! Kalau ade pembetulan, silalah beritahu.



Nota : Aku tak reti sangat exact measurement kuih ini. So kalau agak-agak tak jadi tuh, jangan marah ye... Aku pun belajar dari mak aku pun, main agak-agak... cuba jaya... dan trial n error.
Brrr... Brrr... Brrr...

Berpagi-pagi, tapi kepanasan. Juga dirasakan dunia berpusing-pusing. Dirasakan menjadi duit syiling di dalam tabung ayam yang tengah digoncang-goncang. Bagaikan ade puing-puing di dalam CSF aku. Menghakis sel-sel otak. I pushed myself too hard, sampai bubble tuh burst?



Sesungguhnya, nikmat kesihatan dan nikmat masa adalah antara yg penting sekali. Duit tidak boleh membeli kesihatan, dan bila masa berlalu, tade ape yg boleh kita buat utk regain balik; melainkan kene naikkan pace kita...



1st IMAM Scientific Congress - ditulis semalam ketika masih sihat...





//Special appearance of Khalid Yassin. Gila ah ding dong moving talk die walaupun aku sempat dengar kejap. Two thumbs up!

//Dpt dengar sket je talk by Prof Zabidi... rugi...

//Dunia sungguh kecil! - Sempat tersua dengan jiran-jiran di Taman Cempaka... Sorg di Jalan Cempaka 10, dan sorg lagi Jalan Cempaka 13. Skrang di King's dan Glasgow... Hidup Cempaka Clan!

//Thanx Lan Helmy pasal belanja kami di Gath SMAPKian 00 dan 01 (aku sorg je 01...). Yang hadir - Wan Pedot, Lan Helmy, Boy, Famak, Suriana, Nazimah, Marini, Natasha. Tidak hadir - Hazri, Shihab, Taqi & isteri, Awe



//Keynote Address by Dr Musa Md Nordin - Integrating Medicine with Islam





"We're merely the intrument of Allah's mercy for all... "



Memang moving betul address die. Semangat. He pointed out that medicine is always with Islam - dan tidak boleh dipisahkan. Die stressed, Prophetic & Islamic Medicine, the doctrine is based on fact that - prevention is better than cure. We're neither ultra-conservative nor super-liberal - kita di jalan pertengahan (jgn diabuse pula perkataan nih... bukan separuh-separuh haaa...)



Docs are not the healer. They're merely the instrument of His Mercy. Subhanallah...



Rasa nak demam satu hari. Sampai pun lambat. Tahan jela, nak telan paracetamol rasa tak mahu, sebab paracetamol is anti-coagulant. Hmmm... selalu mimisen 2-3 hari nih. Adakah BMR aku naik?



Sabtu, 3 April

//Past, Present and Future of Contributions of Islam to Medicine

- Dr Mamoun Mobayed


Mengenai sumbangan Islam terhadap perubatan. Sarjana-sarjana Islam dalam arena perubatan cukup ramai - gila ramai. Overall, memang menarik. Teringat - Bayangkan, dalam masa kurang dari seratus tahun selepas hijrah, kita dapat membina sebuah hospital! Dia kata, kitalah generasi yang bakal naikkan balik Islam... banyak tokoh-tokoh telah membina sejarah silam, tinggal giliran kita pula.



//Abortion & Contraception from Islamic Perspective

- Dr Noraliza Abdul Ghafar


Penyampaiannya mengenai pandangan ulama' tentang pengguguran, dan perancangan keluarga. Diterangkan bahaya tidak menjarakkan kelahiran anak-anak kita semasa berkeluarga nanti. Alhamdulillah dah nampak clear lines apa yg boleh, dengan apa yang tak boleh.



//You as a medical student benefiting the world - Dr Saddaf of Doctors WorldWide

Banyak peluang-peluang utk berkhidmat sebagai sukarelawan didedahkan, dan aku teringat Pertahanan Awam... we treat all the same, regardless of race and religion.



//Islamic Medical Ethics Amidst Advancing Technologies

- Prof Zabidi Azhar Husin


Yang ini aku terlepas, aku ada hal, kena jadi runner buat seketika. Dengar khabar, ia tentang etika dan peraturan (of course...), dan banyak orang yang aku tanya, semuanya kasi thumbs up. Nanti aku kena tgk video talk nih nampaknya.



//How to be an active Muslim student in UK & Eire

- Workshop by Wan Mohamad Firdaus


Aku singgah kejap di sini sebelum ke workshop Career Development. Berkisar dengan hal ehwal pelajar, inter-faith relations - Jews, Christians, etc. Juga macam mana nak jumpstart ISoc di tempat anda. Budak Law yang buat, memang sah takleh berhenti cakap =). One of his point - open up your mind. Pergi dengar semua arguement orang dahulu, dan cuba faham apa prinsip mereka - Socialist, Marxist, Liberal, Labour, etc. Ini akan kuatkan pegangan kita. To WMF : kalau kau baca, dan jumpa apa-apa kesalahan, berilah komen.



//Career Development in Malaysia

- Prof Dr Zabidi Azhar Husin


Anda ada ijazah sarjana muda perubatan? Segalanya baru saja bermula... banyak lagi yg perlu ditempuhi. Antara soalan yg dikemukakan - Macam mana nak konsisten... macam mana nak keep the motivation driving us?



//Graphic Design demystified (for campaign in campus - posters, leaflets)

- Mr I-Can't-Remember-His-Name


Aku tak pergi pun. Bermain-main dengan Photoshop dan Dreamweaver agaknya. Mungkin juga diajar sedikit tentang HTML. Atau tips-tips penting utk buat poster, leaflets dan apa-apa cetakan.



Ahad, 4 April

//Islamic Jurisprudence on Advancing Medical Technologies

- Dr Musa Md Nordin


Terpaksa mula lambat, 'biasalah' Malaysian ni mmg frank sentiasa. Gaya dia sampaikan menaikkan semangat orang. Ade some sort of 'aura' bila nak bertanya dengan dia ketika lunch break. Nak jadi doktor Muslim, kenalah tahu selok-belok, hukum-hakam, dan apa-apa pandangan ulama' tentang sesuatu penemuan baru dalam perubatan. Panjang betul talk nih... tak larat lah nak diceritakan lagi. Kalau ada kelapangan aku tulis lagi.



//Medical Field Visit to Palestine : Traumatised Children

- Dr Mamoun Mobayed


Dahsyat sungguh trauma yg dialami kanak-kanak di Palestine dan Kosovo. Di Palestine, waktu malam amat ditakuti, sebab helikopter tentera Zionis selalu menyerang di dalam kegelapan, dan mereka bermain di kala siang. Manakala di Kosovo pula, malam sahaja yang selamat, kerana di waktu terang, penembak tepat banyak mencari mangsa... Juga disentuh tentang trauma dikalangan professional perubatan. Kita pun manusia juga, ada kelemahan.



//Medical Relief Forum : Together We Can All Make A Difference

Asyik mendengar pengalaman orang MERCY dan Doctors World Wide dalam mission-mission di serata tempat. Salah seorang panel adalah lepasan RCSI. Huhuh, bertambah volume nasal cavity aku =). Naik semangat lagi...



//Presentation from local reps

Projek-projek di lokaliti masing-masing dibentangkan. Buff dan Muadz dengan summer camp & umrah tripnya. Nik Mun (tak silap aku la) dengan projek Summer in Tropics di Malaysia. Qisti dan Nazri dengan community project di Coventry, a la Health Awareness Day.



//Annual IMAM Dinner :

"Kosovo, Turkey, Afghanistan & Cambodia - MERCY Across Borders"

dan juga presentation by FOSIS nye Politics officer - WMF, tentang senario student union di UK & Eire, peranan FOSIS utk kemaslahatan Muslim students di rantau sini. Read more here. Selain itu, ada speeches from MERCY nye mission reps , dan foto-foto MERCY di Kosovo dan Afghanistan memang cukup menyedihkan. Kalau ditenung lama-lama, boleh bergenang air mata. Juga cukup tertarik dengan movie Lan TCD, tentang the making of semua benda alah nih. All your hard work Insha Allah had been paid off... Turut dibentangkan, projek wallplanner yang menjadi sumber kewangan IMAM yang utama.



//Article 17

Aku tengok sekejap. Aku dah tengok dulu di Houston Lect Theatre. Memang menarik walaupun kadang-kadang rasa pening sebab camera tu goyang sana goyang sini. Realiti di Tebing Barat dihidangkan kepada semua... si WMF pulak rekemen Jerusalem 101. Manalah aku nak carik di Dublin nih?



//1st Annual General Meeting

Aku duduk sahaja. Dah penat. Undi pun undi juga. Siap ada Election Commission atau SPR yg dianggotai oleh rakan-rakan Dublin Business School. Ada lawak juga... contohnya si Buff nih. Nama saya bla bla bla, dari Dublin, padahal dia dari Manchester. Heh dah suka sangat dengan Dublin? Ada bau semacam je nih... habis AGM pukul 8.00 gitu, dan 9.30 barulah bergerak ke Verona utk makan-makan bersama alumnus SMAPKian, setelah mengemaskan barang-barang...



yg lain-lain... aku terlepas... aku jadi runner. Juga terpaksa direlievekan seketika dek kepeningan kepala. Aku terlepas byk... Euthanasia, dan FIMA & PPIM Projects, termasuklah wrapping up session - yang kena tulis apa aim kita dalam masa 10 tahun... hmmm line mana yg kita nak pergi? Bagi aku, aku ingin menjadi seperti pohon yg berbuah yg rendang. Cemerlang dalam karier - tak kisah lah akademik line ke, technical ke, dan dalam ilmu akhirat. Aku tak mahu berapi-rapi pada permulaan, dan semakin malap ditelan usia. Insha Allah.



Kudos dan sekalung penghargaan serta terima kasih to all committee members, ushers, dan sesiapa yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung... juga supporters - PPIM/IMAM, Doctors World Wide, FOSIS, Malaysian Embassy, MSD UK & Eire, GPPM, Education Attache Chegu Sulaiman, Human Appeal International, ICC Ireland, MDDA, MERCY, Medical Interest Group... byk lagi sampai tak ingat...



Semoga dapat diatur lagi program sepertinya pada masa akan datang. I'll be waiting for 2nd Scientific Congress & AGM next year...



All in all, weekend yg jadi eye-opener, penat tapi penuh dengan input. Bila pula nak dioutputkan?



Sites that are worthwhile for browsing:

FOSIS

IMAM UK & Eire Student Chapter

Impact



P/S: Kalau nak tambah, silakan. Aku mungkin tertinggal apa-apa maklumat.
Buffet + Lauk = Tarbiyah?

Heh, yang tak join sama, dilabel sebagai pengecut. Yang join jadi 'hero'. Nak tarbiyah konon. Itu lah die. Alasan - jatuh tandas... sampai mati? Tak masuk akal. Ni salah strategi untuk menghasilkan peninju buatan Malaysia. Yang disalahkan... hmmmm itu ini. Masih belum terlambat untuk menangani masalah ini...



IMAM 1st Scientific Congress & AGM

Nanti aku tulis. Nanti aku upload photo sekali. Nanti nanti nanti...

Merokok = membunuh diri redefined?

Ireland ban merokok? Elok sangat lah tuh. Kurangkan kebarangkalian manusia nak hisap rokok, maka secara automatiknya kadar kematian juga menurun. Lainlah kalau perokok nih dah terdesak sangat... hisap byk-byk dulu kat rumah sebelum pergi kerja. Kalau macam tuh... tak jadilah.



Asap dari rokok dan asap dari ekzos kereta same je. Dua-dua membunuh. Tak payah lah nak dibandingkan... asap rokok ni tak bahaya sangat, berbanding dari asap kereta.... maka kita boleh merokok. Tu pun bangkai juga. Pokoknya... merokok bahaya.



Pengharaman merokok memang aku sokong. Sebabnya? Mencegah orang yg berminat utk merokok dari merokok. Macam mana? Menurut pengalaman, kebarangkalian seseorang itu untuk merokok lebih tinggi apabila sentiasa dok dedekat dengan perokok, berbanding yg mempunyai kawan yg tidak merokok. Mula-mula benci gile la manusia nih dengan asap rokok. Hari-hari bau, sedut, lama-lama naik biasa. Mane tak nye, member keliling pinggang hisap rokok. Alah bisa tegal biasa lah katekan.



Lama-lama timbul minat lah nak menyedut sekali dua. Kawan pun belanja sebatang dua. Jadi lah pulak social smoker. Pastuh, lepas dah byk kali, naik pangkat lagi. Kawan pula belikan sekotak rokok. Ada sesetengah kes, hadiah harijadinya adalah sekotak Malboro Lights... gila apa. Maka dengan rasminya lahirlah seorang lagi yg sentiasa merosakkan diri sendiri, dan bertambahlah seorang lagi non-enviromentalist!



Perokok-perokok ini, banyak yang nak berhenti. Banyak juga yang "beransur-ansur" berhenti. Dan banyak juga yang tak mahu berhenti langsung. Ape... orang hisap rokok panjang umur tau! Cuba tengok orang tua-tua, ramai gile yang hisap rokok... tapi sihat juga. Kanser paru-paru? Mana ade... hisap lah rokok daun! Banyak lah songeh plak.



Membuat keputusan utk merokok adalah salah satu keputusan yang amat rugi. Kita pandai menilai baik dan buruk, apa lagi, gunakanlah! Kita manusia. Adalah fitrah manusia utk tidak membuat perkara yg boleh merosakkan diri. Soal utk merokok atau tidak bukan isunya. Perkara pentingnya... jangan sia-siakan kepandaian yang Allah beri utk memilih jalan kehancuran.



Pada masa kini, sesiapa pun boleh join kelab perokok. Lawyer, driver teksi, tukang gunting rambut, hatta cardiologist pon ade! Tak payah nak kutuk-kutuk... semuanya sama aje... iaitu perokok! Itu hak peribadi? Ini bukan masanya untuk membincangkan human rights. Islam punye style adalah guided human rights and personal freedom. Maka tidak timbul langsung soal suka hati aku lah, jaga tepi kain oranglah, peduli ape kaulah...



Teringat ade seorang kawan nih, pernah kasi amanat besar

"Abadi... ko jangan lah try sesekali hisap rokok... dah mula memang susah nak berhenti... aku pun, seksa gile kalau tak ade rokok nih...".



Ha padan muka. Siapa suruh hang hisap? Kan susah nak berhenti. Tabiat kalau dah jadi rutin, memang susah nak berhenti. Tak percaya? Cuba tanye orang yg dah quit. Tidak dinafikan lah, will power kena ade. Ade yang tup-tup, tiba-tiba quit. Alhamdulillah. Yang berhenti secara terancang pun ada. Pun Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia tanpa rokok... pastinya lebih nyaman menyedut udara segar sentiasa...



Senang cerita, kawan-kawan lah yang dapat mempengaruhi hidup kita. Baik atau buruk, pandai-pandai cariklah. Jangan ikut kawan sentiasa. Orang hisap rokok kita hisap juga. Orang menyelam longkang pun kita ikut sama. Eloklah tuh.



Amaran kerajaan Ireland : Smoking kills. Smoking causes infertility and kills sperms. Smoking causes lung cancer.

Merokok membunuh. Merokok menyebabkan mati pucuk dan membunuh sperma. Merokok punca kanser paru-paru.



Amaran kerajaan Malaysia : Merokok membahayakan kesihatan



Dah banyak website, journal, artikel dan wacana menegaskan merokok adalah sia-sia belaka. Terpulanglah kepada kita. Kubur lain-lain... peduli ape aku. Tapi kalau kubur kau sebelah aku, dah kau kena seksa, tu dah mengganggu ketenteraman awam namanya.



Oklah, letih la pulak menaip. Jom hisap rokok sebatang dua! Barulah segar... fuhhh... =)



p/s : Doa-doakanlah, orang yg merokok... supaya berhenti sebelum terlambat. Yang dah cuba-cuba, jauhilah terus!



Terrorisme dipupuk di sekolah?

Isu yg diperap lama-lama sampai jadi pekasam. Lama-lama meletup. Baru menggelabah... sesungguhnya banyak benar terrorist di Malaysia... hahaha. War on terror begin at home, and sekolah juga.



1st IMAM Scientific Congress & Annual General Meeting 2004



//As of now, all seats are fully booked. As an alternative - To keep everyone abreast of Islamic medicine know-how (latest fatwa, etc), Insha Allah we'll get the slides and papers burnt into CDs...

Pantasnya masa berlalu...

Sabtu dan Ahad kami di London. Ade annual briefing dengan sponsor kami. Sponsor panggil, pergi jelah. Dekat 200++ yg datang, dan byk juga pelajar-pelajar final year... dan dierang akan diinterview sendiri oleh orang HR (Human Resources) Petronas. Setelah sekian lama dihantar bertapa di negara orang, kini... org Petronas datang untuk menuai hasilnya... So scholars semua, balik... jangan tak balik. Ingat kata-kata Pak Ibrahim ESU - Setitis minyak yang keluar dari bumi Malaysia adalah hak rakyat Malaysia... dan duit tu utk bayar kita di sini... dalam darah kita mengalir harapan rakyat Malaysia yang menggunung tinggi...



Dalam ramai-ramai manusia di situ, terjumpa juga ade seorang nih. Dari jauh nampak macam kenal. Bila datang dekat... lagilah, memang kenal rupenye - Fahmi rupenye! Rupenye pernah berjumpa bila aku masih di form 4. Ade interview dengan dia semasa buat buku skrap kerjaya gitu-gitu lah.... ape rahsia kejayaan... ape itu... ape ini... soalan-soalan yang biasalah. Semasa tu die baru je first year, baru menjejakkan kaki di sini. Sekarang pergh... dah nak balik rupanya. Sempat berborak dengannya, hmmmm... pantasnya masa berlalu. Memang tanda kiamat lah nih. Tapi, masa yg berlalu, memang banyak benda dah berlaku.



Sebelum kami blah, die ade kate - Masa ini cepat. Cepat sangat, sampai kita pon tak sedar. Nanti sedar-sedar dah mati. Tau tau dah terlambat. Masa tu menyesal pon tinggal menyesal jelah. So, apa-apa pun, mesti bermula dari sekarang. Masa ooo masa...



Sebut pasal masa, teringat semasa briefing tentang Sauber Petronas punya driver F1. Felipe Massa. Dapat 1 point tuh, nombor lapan dekat Sepang baru-baru ini. Heh =)



Waktu briefing, kami dihidangkan dengan berita terkini. Pet dah nak expand ke India, Russia, dan blah blah blah... aku fikir baguslah. Biar jadi global player, walaupun terkantoi beberapa perkara - you know what I mean. Simpanan minyak pon dah nak habis. So dari sekarang kene curi masa, setiap masa. Macam mana nak add value kepada currently available resources. Insha Allah berjayalah. Ben sugeh... kata orang Jawa (asyik ade sesi mengenal akar umbi Jawa dengan Ghani je sejak akhir-akhir nih =P). Ojo kelalen... taboksisan kang!



Abih briefing 12++, makan. Lepas makan, gi B & B pada pukul 2. Malangnya tertidur sampai pukul 6. Argh ruginya masa! Baru je sentuh pasal masa dlm briefing tadi...



Hmmm... sempat juga berjumpa kawan di Central Mosque. 3 bulan tak jumpe. Lame juga berborak... tapi, dia masih tak berubah. Heh, biar masa menentukan segalanya... aku rasa patut tukar lah. Biar orang itu yang tentukan segalanya. Dia mahu, dia buat. Dia tak mahu, dia akan buat macam dia tanak buat... senang kire tak buat. Itulah dia... dah lagu tuh...



Singgah di kedai buku di Central Mosque. Minum Qibla Cola - rasa sebijik macam Coca Cola. Terkejut cashier die ade Msc in Telecommunication Engineering from Imperial College. Tapi masih mencarik kerja. Dia ada bertanya... di Malaysia prospek kerja okay ke tak. Aku mentioned education sector. UIA pon terkeluar sekali. Harap-harap ke UIA lah die. Boleh tolong majukan...



Semasa briefing juga diemphasisekan - degree ni hanya hiasan... its only matters on how you make the most out of you. So jgn buang masa supaya mengambil peluang apa yang ada semasa di universiti, kolej dan sewaktu dengannya. Hmmm... jangan balik terus jadi cair. Jadi mindless robots yg work day and night for the sake of their studies alone. Dan don't give much a damn about apa-apa yg terjadi di sekiling. Menurutnya, degree nih hanya satu evidence yg kita ni bertauliah. Its up to us untuk kembangkan lain-lain potensi - teamwork, CCTS, dan apa-apa benda alah lagi.... jangan tunggu bila nak kerja baru nak kejar segala itu ini. Tak cukup masa!



Kali ini di London agak kering. Cuti pun... cuti subsidi. Bukan aku seorang... majoriti yang aku jumpa rata-ratanya sengkek. Hmmm... cepat betul duit ni berlalu keluar...



//Bila gambar siap. Aku akan scan dan upload. Tapi masalahnya termasuk black & white film dlm kamera. Jadi gambar klasik lah pulak... WMF sori aku tak dpt contact hang semasa di London. How's mooting?
Hidup aman sentosa...

Bestnya takde discrimination (semangat baru lepas baca pasal Human Rights in Islam... UNDHR... bla bla bla - gila ah pening). Hidup sukahati tanpa diskriminasi! =)





//Takdir dan turbannya...





//Garda berbaju biru dan serbannya...





//Kanak-kanak Irish comel dan serbannya...



Tak silap aku... di TOPMAN (kedai baju di sini), ade jual serban. Biar betik!



Okay itu saja. Pagi ni ke London... aku tak siap-siap lagi.
Setengah hari di Bray...

Separuh hari aku di Bray. Pantainya walaupun berbatu, tapi lawa banget. Dengar bunyi ombak lagi... perghh... kemudian took a walk naik tebing yg mengadap laut. Jauh juga berjalan... adalah dekat sejam berjalan... pergi sejam, balik sejam. Naik lenguh kaki. Nanti aku upload gambarnye bila dah siap discan.



Trail yg aku ikut berbatu-batu. Ditambah pula dengan notis tanah runtuh. Lagi la seram. Bila lihat ke bawah, terus terbayang sekiranya terjatuh, memang patah sana-sini, dan mati. No one could survive jatuh dari 300-metre cliff, btul tak?



Dan hari ini juga, Alhamdulillah dapat aku melihat pelangi. Full pelangi. Betul-betul macam semicircle... di pantai Bray. Cantiknya tak terungkap dengan kata-kata... setelah tersedar, aku dah habiskan 10 minit tercegat memandangnya... macam dipukau.



Oh ya semalam call rumah. Heh katun sungguh GE 2004. Sungguh memalukan. GE 5 tahun sekali, bukannya sebulan sekali mengundi. Terbaiklah... bertaraf dunialah... diiktiraf antarabangsa lah... heh bagi aku segalanya diexaggerate lebih-lebih. Baru kate sket, terus dilambung sampai ke langit. Tak nak jejak bumi langsung. Tentang idealism yang tiada realism - lain pula ceritanya. Banyak pelajaran kita dapat dlm GE kali ini. Hmmm... mendengarkan hujah-hujah WMF, memang ala-ala analyst sungguh die nih. Bleh jadi legal advisor die nih =) - Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada otak pakai...



Bagi aku, bukan semudah itu nak Islam naik. Pasti berliku-liku. Kita kena churn out better tactics.



The Liberation of Constantinople

Narrated Abdullah bin Bashar Al Khathamy according to his father that he heard the prophet p.b.u.h. sayings : "You will liberate Constantinople, blessed is the Amir who is its Amir, and blessed is the army, that army" - Narrated by Imam Ahmad



Read full text here.



Bismikaallahuma...

Site yg bagus sebagai rujukan. Blast balik apa-apa yg difitnahkan oleh orientalis-orientalis, anti-Islam. Timbul minat comparative religion nih... syukur dikurniakan nikmat Islam dan Iman.
Takziah...

My utmost condolences for Syeikh Yassin's demise after being killed by missiles from good for nothing IDF's gunships. Hopefully, this incident sparks more uprising against those cursed IDF. It is a norm for IDF to use everything at their disposal (tanks, apaches... you name it...) to rid off anyone that stand against them. We have heard IDF had dispatched its Apaches to chase an innocent Palestinian to his death at one incident at military checkpoint in Gaza Strip not too long ago, not to mention 'daily kills' by IDF that all jokers and freaks turn over their cheek ear to. How pathetic and coward the IDF are! Perhaps, soon or later they may even launch nukes to combat the so-called terrorism!
Sabtu - Islamic Cultural Centre, Clonskeagh

Haa... part ni yg masyuk. Banyak gerai-gerai = banyak makanan. Murtabak, roti prata, kek batik, roti jala, nasi lemak, nasi beriyani, nasi kerabu, banana shake, air lemon, murtabak megi, kuih lapis, air soya, dan the list goes on...



Dan hari ini juga baru ku tahu, Adabi juga ade megi segera! Hoho, bagus, macam nilah yang kita nak. Menembusi pasaran antarabangsa. Tapi Indomee dah berkurun ade di seluruh dunia. Takpe... sikit-sikit lama-lama jadi bukit.



Petangnya ada Stress Management by Dr Ali Qirbi. Memang best. Aku pernah pergi talk die dulu... memang seronok waktu kali pertama... Dan kali ini memang pergh! Pastu ade workshop - ala ala discussion. Yang jadi mangsa utk present depan ialah yg junior sekali. Stress!!!



Haaa sebelum aku terlupa - baru pergi blog Huda, sebelum talk ade Intervarsity Quiz. Macam biasa, RCSI menang lagi... babai DBS, TCD, dan UCD hehhee... ishhh terberlagak pulak =). Macam-macam soalan, dan pening-pening dibuatnya. Ni yang kene refer balik buku-buku sejarah... dah berapa tahun ku tinggalkan...



Malamnya, ade slideshow. Cukup tertarik tengok slideshow tentang ukhwah fillah by muslimat. Pakai iMovie siut... baguslah. Another step to make use iBook fully. Lepas nih, makin menariklah slideshow yg akan datang, insha Allah... kemudian disusuli dengan nasyid. Alhamdulillah kali pertama dapat nasyid yg fully-equipped by alat-alat muzik yg wajib. Tamborin, conga, bonga, kompang... kire lengkap lah. Tahun-tahun lepas, hanya berbekalkan kompang yg dua. Insha Allah, lepas ini, makin ceria dengan bertambahnya alat-alat muzik yg lain... ntah ntah gambus pun ade.



Sumbangsih - lagu utama malam tuh. Memang bersemangat masa tuh. Kantoi pun kantoilah... janji masuk tune bak kate si Azli.



Sumbangsih



Di sinilah tempat kubermula

Menimba ilmu milik Yang Esa

Buat bekalan dunia

Akhirat jua tidak dilupa



Kedengaran sayup berkumandang

Suara anak-anak wawasan

Akan kami buktikan

Kecemerlangan dan kejayaan



Bersatu hati suara

Tercipta sumbangsih irama

Renungan buat semua

Tanda ingatan nan mesra



Salam yang teristimewa

Buat temanku semua

Penuhkan ilmu di dada

Hidupmu bakal sejahtera



Sekalung budimu guru

Menyampaikan wadah ilmu

Akan kukenang selalu

Jadi panduan hidupku



Bersama kita jayakan

Satu wawasan pendidikan

Untuk agama dan bangsa

Berbakti negara



Terima kasih kami ucapkan

Pada guru teman seperjuangan

Moga kan diberkati

Jasa dan bakti

Kekal abadi






//Teringat zaman sekolah dulu. Bersama-sama kwn dan senior. Dulu lain sekarang lain. Hidup kini lebih mencabar...



Pukul 10.00 malam segalanya selesai. Penat. Esoknya (Ahad), ke Donabate. Gambate!



Donabate - Paradise Found

Ahadnya ade trip PPIMI ke Donabate. Bunyinya macam tempat di Jepun sana. Tempatnya memang cantik, walaupun semalam agak berangin dan hujan (Alhamdulillah bukan hujan batu, kalau tak mau sakit kepala...). Bertolak lewat pukul 9.00... naik Baile Atha Cliath (Dublin Bus yg disewa khas) dan tertidur sepanjang perjalanan utk menahan sakit perut, atas sebab terlalu banyak makan semalamnya.



Tibanya di Donabate, kami disambut dengan cuaca yang agak garang. Hujan, dan berangin kuat gile. Sampai terbongkok-bongkok berjalan melawan angin. Banyak spot yg lawa-lawa. Dengan daffodils kuning nye lagi. Rumput-rumput pula berombak ditiup angin - kat Malaysia selalu juga nengok lalang bergoyang. Terasa sejuk mate memandang walaupun bila mendongak ke langit yang kelabu asap warnanya, terus runsing takut akan hujan...



Sebenarnya di Donabate inilah, aktiviti treasure hunt berlangsung. Menurut Tawel selaku coordinator, treasure ini menyisipkan unsur-unsur kebarangkalian - yakni setiap kumpulan tidak akan bertembung di satu-satu checkpoint. Segalanya di'orchestrated'. Di checkpoint ke lima, semua kumpulan akan bertukar ahli, sebelum menghabiskan checkpoint-checkpoint lain. Ha... ni memang pelik. Macam mana boleh timbul idea nih? Terasa kelakar juga melihat muslimin dan muslimat lari sana-sini ke setiap checkpoint. Lagi kelakar gelagat mencari soalan yg disorok di mana-mana sahaja. Di celah ranting kayu, di dalam tong sampah, di bawah meja, di mana-mana lah! Haha. Tukang menyorokkannye siapa lagi...



Semasa inilah kita dapat lihat macam mana stress affects our decision and judgment. Payah eh? Kalau stress sangat, naik temper. Bila naik temper, hilang keupayaan berfikir. Naik jugak, alamatnya mengamuk. Bila mengamuk, boleh dikategorikan sebagai gila, atau ayat berbunganya, hilang kewarasan. Haha. Baru semalam ade talk tentang stress. Sekaranglah nak tengok efeknya...



Baliknya, pening kepala mengira markah di dalam bas yg bergoyang-goyang. Hujan masih turun, disusuli dengan angin yg kuat gile. Hmmm... masih belum cukup spring... Setelah Shazrul berjaya memujuk pemandu bas utk turun di Howth, suasana ceria balik. Huhu... dapat singgah di Howth, pekan tepi pantai. Malangnya cuaca buruk menghalang kami untuk terus mengexplore apa-apa yg menarik... lain kali lah jawabnya. Hujan terus turun. Sampai terpaksa aku memeluk kamera kesayangan takut kuyup. Mampuih nak repair, baiki lens je dah konfem 60euro lesap!



Hmmm... Donabate... rasa nak pergi lagi!