Alhamdulillah sampai juga hari raya di sini. Seperti biasa, kami bertakbir, bertahmid dan bertahlil di Malaysia Hall pada waktu paginya, disusuli dengan solat sunat dan khutbah. Memang meriah, walaupun tak semeriah aidilfitri dulu. Masuk raya nih, dah kali ke 3 raya. Huhu...
Rasanya memang lain dengan beraya bersama keluarga. Kalau dulu, di kampung, dengan sanak saudara lah kita beraya. Tapi sekarang, masing-masing dah masuk alam dewasa. Kalau dulu ade sepupu yg jadi geng main bola, melastik burung dan mandi parit... sekarang dah jadi geng orang lain... takleh usik-usik lagi. Di sini, Alhamdulillah memang lain rasanya. Takleh explain dengan kata-kata. Kita ada banyak ayah dan ibu, tidak lupa juga banyak abang dan kakak yang boleh jadi pembimbing. Ukhwah tu kuat. Maybe because we all in the same shoe...
Bro Syawal di Perth pernah nasihat kat aku dulu-dulu... "Jangan risau kalau duduk jauh-jauh... muslim semuanya kan bersaudara?". Bro Halim tempat aku tumpang time raya dulu pulak dengan riangnya teriak kat aku - "Dah rasa seronok pulak beraya macam nih... lain dari yang lain!". Memang betul. Paki, India, Bangladesh, Chinese, Irish, Arab semua united and bersaudara. Sampai serba-salah dibuatnya... bila melihat dierang melayan kita macam adik-beradik!
Khutbah kali ini berkisar tentang kesatuan. Topik ni memang topik 'spot'. Yelah, rasanya dah berjuta kali diulang. Dari aku form 1 (darjah 6 ke bawah tak pandai pk lagi hehehe) sampai sekarang memang akan diulang topik tu juga. Rasa muak pun ada. Tapi pernahkah kita terpk, kenapa bende tu diulang-ulang? Pasal orang buat tak endah je. Pasal takde perubahan walaupun berjuta-juta diulang dan diulang. Manusia mudah lupa? Atau dilupa-lupakan? Hakikat kejadian manusia nih memang lemah. Asek dok lupa. Kepala fikir bende lain. Sebab tu lah kite diperingatkan... dan hargailah peringatan tuh... tu pun dah ok orang ingatkan! Macam dalam keluarga. Mak dan ayah marah pasal sayangkan anaknya. Kalau dibiar je... entah jadi haram kejadah ape pun aku tak tau. Allah pun sayangkan kita. Sebab tu kita diingatkan dengan macam-macam teknik. Demam... contohnya... supaya kita ingat masa sihat kita nih jangan dok bazir buat bende ntah ape-ape....
Dan disentuh juga tentang bepersatuan nih. Rasanya tak payah aku hurai byk-byk. Semua paham. Walaupun banyak, semuanya ade satu matlamat - untuk kepentingan pelajar. Semacam juga dengan orang Islam di sini. Macam-macam jenis. Tapi tak payah lah bergaduh. Contohnya - Macam jemaah tabligh yg selalu dipandang serong. Ishh... ishh... bagus lah dierang macam tuh.Sanggupkah kita buat macam dierang? Ketuk pintu... dan mcm-mcm lagi. Kita dok sedap je pot pet pot pet... tu lah die... Kalau kita lihat organisasi lain... lain pula pendekatannya. Tapi semuanya ade satu matlamat... nak peringatkan kita...
Di kesempatan ini, Abadi nak ucapkan selamat hari raya eidul adha... makan daging korban tu pelan-pelan... jangan ngap sampai penuh mulut... nanti tercekik ye... :P
//Buat keluarga di tanahair - Doakan abang di sini. Terima kasih kerana sentiasa beri bimbingan dan dorongan...
//Buat kawan-kawan baik di sini mahupun di sana - Terima kasih n Jazakallah hu khairan... aku takkan di sini kalau bukan dengan doa dan support dari hang semua...
No comments:
Post a Comment