Selamat Tahun Baru 1425H
Semenjak dua menjak nih, aku selalu la pulak surf internet pasal menda alah nih. Mac OS X, Darwin, X11, XFree86, Fink, GTK, GLib, Pango, Pkg-config dan sebagainya. Hmmm... haha peliklah, aku berada ni medical field tetapi masih addicted dengan bende alah nih.
Aku teringat zaman-zaman komputer dahulu. Dimulai dengan PC-DOS oleh IBM, kemudian ditakeover oleh Microsoft, dan terus menjadi MS-DOS. Ketika itu aku baru darjah berapa ntah. Selalu juga lihat ayah aku struggle buat keje yg langsung aku tak paham. Selepas MS-DOS, masuklah pulak era Windows 3.1. Ade GUI (Graphical User Interface). Time tu baru mengenal mouse dan icon-icon. Kemudian belajar buat timestable pakai Lotus 123. Pastu Paradox. Ahhh ape lagi aku pun dah lupe. Dulu kene type dekat command line. Sekarang click-click je... siap boleh copy and paste lagi.
Semase tu aku gila komputer. Ade sekali tuh aku dengan yakinnye mendelete satu harddrive... dengan command deltree yg sepatutnye digunakan berhati-hati. Akibatnya, satu malam ayah aku berjaga nak restore balik PC tuh. Hahah jahat gile aku. Akhirnya jadi lah aku hantu komputer sehingga sekarang, walaupun aku dah kurang sket, sebab aku amek medic!
Buat pembaca-pembaca diluar sana, aku sebenarnya tgh pening dengan Mac OS X 10.2.8 aku. Macam mana nak install GIMP dalam iBook nih? Aku dah install XDarwin. Tapi belum lagi lib-lib macam GTK, GLib, Pango dan adek-beradeknye yang tak pernah aku kenal. Naik gile aku dibuatnye. Tu blom disertakan dengan cvs. Mati akal aku dibuatnye. Lagi satu... macam nak compile? make? install? make install? ./configure? Semakin lama aku fikirkan bende alah nih, semakin pening dibuatnye.
Aku teringat, aku pernah dibasuh. Topiknya MSC, Open Source dan segala haram jadah yg takde kene mengena langsung dengan medicine - walaupun aku rasa mesin-mesin MRI tuh pakai Open Source software. MSC takkan jadi kenyataan tanpa kehadiran developer-developer yg handal dalam open source software. Ada benarnya, mungkin aku tak nampak. Kalau aku sentiasa bersama dengan hantu-hantu komputer, mcm programmer, sysadmin, mungkin aku akan nampak. Dah la bidang ni byk didominate oleh orang lain, kita pulak tercirit tertinggal ke belakang. Di manakah kita?
Operating System berubah dari zaman ke zaman. Itu untuk komputer. Bagaimana pula kita? Sudahkan anda update dengan kernel (iman) yg terkini? Sebenarnya aku nak menulis tentang Maal Hijrah, sekali termasuk pasal komputer plak. Ahhh lantak lah. Ade kaitan jugak ape. Okay Salam Tahun Hijrah. Heh masihkah anda ingat hari lahir anda di tahun hijrah? Berhijrah lah dari Windows ke UNIX-based system. Reliable, takde virus...
Hmmm... ape azam aku tahun baru nih?
//Read:
Apple Developer Site
Open Source Initiative
GIMP - GNU Image Manipulator
No comments:
Post a Comment