Hamburg - Day 5,6,7,8 and 9

Alhamdulillah kami tiba di Hamburg setelah 2 jam perjalanan, dan hampir terlepas bas lagi. Agak sedih juga, pasal terpaksa meninggalkan geng Jepun kami - Hide Watanabe. Abg Amin dah pun menunggu di ZOB (Zentral Omnibus Bahn tak silap aku lah). Ketibaan kami disambut dengan nasi goreng kampung yg dah terhidang atas meja makan... dok kat Berlin pun berbekalkan roti, sardin dan nutella.



Hamburg is famous of their shipbuilding industry. In fact, there's even a batch of engineers, shipdesigners and architects buat joint-venture ngan Blohm + Voss GmBH... antara gergasi pembinaan kapal perang dunia. Ishh dah lame aku tak mengarut pasal bende2 mcm nih. Teringat pula Col/Syukri... bleh kate intelligence officer sekolah. He knows everything about military equipment inside out... more or less like a living encyclopaedia. No wonder he currently in USM for the sake of pursuing his passionate dream to be an aeronautical engineer... Tabik! Hmmm... tempat buat kapal ni namenye Landungsbrucken... dan berangin gile!



Di sini ade Fishmarkt, pasar lelong yg menjadi tradisi Hamburg sejak ratusan tahun yang lalu. Segalanya murah... dan macam biasa, harganya boleh dirunding lagi... Tawar-menawar menjadi amalan Fishmarkt... sampai murahnya tak terima akal. Satu crate of cherry-like fruit satu euro je. Gile murah!



Kami sempat singgah juga di Islamic Centre of Hamburg. Sinilah anak-anak Malaysia dihantar belajar mengaji. Rata-rata pelajarnya dari Indonesia... sebabnya Belanda ngan Germany berjiran. Kat sini, Muslim majoritinya orang Turki. Asalnya org Turki ni imigran, selepas WWII yg meratakan bumi Hamburg. Mereka ke mari membangunkan balek Germany pada umumnya... dari situ lah Islam berkembang. Sehinggakan, ade 'Turkish Road' lah kirenya... yg penuh dengan deretan kedai-kedai org Turki... baik travel agent, mahupun menjual mainan-mainan yg diimport dari Timur Tengah dan Turki!



Hmmm... aku call rumah kat sini... risau mak ayah aku dibuatnya. Macam-macam hal... hahaha. Alhamdulillah semuanya sihat, semuanya ok... termasuk mbah yg di kampung sana.



Episod kami di Hamburg berakhir dengan bertolaknya kami ke Lubeck... lapangan terbang rasmi bagi Hamburg...






//Kren-kren di Landungsbrucken, Hamburg.





//Terowong utk ke shipyard di Landungbrucken... ada dua terowong utk pergi dan balik... inilah dia jalan yang lurus...





//3 pintu lif... imagine bende nih 180 darjah dari terowong tadi.





//Proton Wira di Hamburg. Walaupun Hamburg di'banjiri' dengan Merc, BMW, Audi & VW... ada juga Proton...





//Hai adik manis si penjual bunga...





//Stesen keretapi Hamburg...





//Geng seperjalanan... Mus n Wan... dengan sepupu Wan

No comments: