Fuhhh lega...

Alhamdulillah lega. Segala puji bagi Allah... aku lega. Dan lega lagi. Bila habis semuanya, agak speechless dibuatnya. Setelah sekian lama (macam la lame sangat) memeningkan kepale, menyakitkan jiwa, menggilakan diri buat seketika, akhirnya segalanya berjalan lancar... walaupun ade sedikit hiccups. Akhirnya bleh juga aku tidur lebih nyenyak...



Terima kasih kepada semua, baik dari pihak penganjur - waiter, cameraman, core team, org MC, org tiket, org backdrop, org dinner, org nasyid, org poem, org Muslim-Up, org ICCI, org dessert, org-org semualah senang cerita, mahupun pembeli-beli tiket. Selepas nih segalanya kene direview balek, utk pengajaran buat akan datang - aku rase cukuplah kepeningan yg ade sekarang... exam dah dekat!



Hmmm... maafkan aku kalau aku tak sempat nak kenal-kenal dengan yang datang. Ramai tegur tapi aku senyum-senyum gitu jela. Susah betul nak ingat nama orang nih. Muka yg selalu nampak pun, name payah betul nak lekat...



Hopefully this event could sparks a better growth of ISoc in RCSI. Macam Si Lan kate, kita boleh jadi super-baby. Baby-baby pun, bleh membuat banyak aksi-aksi sarkas dan gimnastik. Dan kali ini juga, baru ku tau betapa peningnya nak buat benda macam nih. Kalau dulu setakat jage PA system, tak pun tolong susun meja dengan kerusi, pastu adela basuh pinggan dan juga main meriam buluh (haha kenduri kahwin makcik aku...) Yg ni, Ya Allah memang lain. Sampai bleh hilang judgement aku dibuatnye. Ishh...



Semalamnya, sempat juga berborak dengan kwn-kwn. Byk beri dorongan, support. Yang aku ingat, ape yg kita buat takkan same ape yg dlm plan. Kemudian, kita juga harus ingat, Allah akan tolong hamba-Nya berbuat bende baik, asalkan yakin dan berniat dengan betul. Di sinilah usaha kemudian tawakal kita boleh nampak. Bukan setakat berdoa sampai berbuih dimulut, tapi tangan tak gerak langsung. Sampai tulat, eh sampai bila-bila pun takkan jadi... terima kasih kwn kerna ingatkan aku!



Okay, esok hari Rabu. Tiada ape yg special. Sekadar satu lagi hari utk ditempuhi.



//5803km apart, it does not mean you can not help...



Credits to:

Islamic Cultural Centre of Ireland, Islamic Republic of Iran Embassy, Royal College of Surgeons, Student Services, Saleem of Muslim-Up, Hamad ISoc, Badar, Egan Hospitality, IMAM, MSATCD, UCD ISoc, DBS, dan sesiapa lagi, aku tau ramai... (it'll be an exhaustive list) yang terlibat directly on indirectly dalam menjayakan bende alah nih. Aku byk belajar dari korang. Tinggal nak amalkan apa yg dah aku belajar...

No comments: