My hari Ahad in a nutshell...
Hmmm... dah beberapa bulan aku jauh dari keluarga. Adik-adik pun dah makin besar.... Tadi mak aku cerita pasal adik aku Azam yg baru je 3 tahun 7 bulan, bila ditanyakan ke mana abangnya. Aku harap dpt bercakap dengan Azam... malangnya dia dah tidur... ceist terlepas peluang aku.
Mak: Azam... abang mana?
Azam: Abang pegi KLIA, pegi Ireland naik kapal terbang... shuuuuu (sambil menggayakan tangan sbg kapal terbang)
Mak: Abang buat ape kat sana?
Azam: Abang baca, belajar errmmm mengaji... bila abang nak balik?
Mak: Lama lagi...
Haha... tersengih seketika aku. Rindu pula nak balik Malaysia... padahal baru je berapa bulan kat sini. Banyak lagi yg perlu disetelkan, dikerjakan, diamalkan. Eh... sebut pasal balek Malaysia... hmmm sedih juga ade kwn nak balik Malaysia dah. Tapi nanti berjumpa juga nanti di PMC... tunggulah lagi beberapa tahun.
Semalam juga... ade majlis makan-makan di rumah Bro Ismail, sempena kwn yg sorg nih nak balek. Aku baru dtg, die pulak nak balik. Selain tuh, jumpe la kwn-kwn lain... heh aku sorg dari RC rupenye. Tak prasan lak. Kami makan Mi Jawa... dan diakhiri dengan dessert berupa ayam goreng ala KFC. Sebelumnya... ade discussion sket...
Tajuk malam semalam: Kisah-kisah dalam Al-Quran. Hmmm... fitrah manusia ni suke dengar cerita. Ala-ala bedtime stories. Dan kisah-kisahnya semuanya tidak ditekankan pada satu-satu tempat, masa mahupun watak. Sebab yang penting, nilai-nilai moral dan pengajaran yg boleh dipelajar. Yang baik jadi tauladan, yang salah jadikan sempadan. Contohnya - ashabul kahfi... ashabul ukhdud... dan macam-macam lagi. Kalaulah disebut nama-nama watak, dan tempat di mana, sudah tentu 'label-melabel' akan berlaku. Kalau ade cerita pasal raja zalim di Turki... nanti ade la hantu mane mengutuk org-org Turki nih ade harapan jadi macam rajanya yang zalim. Sedangkan, yg penting, kita kene ambil ikhtibar dari sesuatu kisah tuh.... dan kita harus ingat, kisah itu sebagai kiasan, yakni ia boleh berlaku tak kira tempat dan masa.... dan mungkin sedang berlaku di zaman sekarang yg serba moden.
Lepas tu... bukak cerita lain timbul pula pasal nasionalisme, patriotisme, dalam Islam. Hmmm... Islam tetap mengiktiraf nasionalisme... dan diriwayatkan, Rasulullah sendiri pun rindu akan Mekah bila ada sahabat menyebut tentangnya (aku lupa la exact hadis die...). Tapi ada hadnya... fahaman nasionalisme ni pernah disalahfahamkan... tengoklah Lawrence the Arabia. Hero pejuang bangsa Arab kononnya. Hampeh. Bukankah Nabi pernah bersabda... sesiapa yg berbahasa arab itu berbangsa arab? Orang Turki pun terer Arabic. The point is, bangsa ni skin deep jer. Islam bela segala bangsa...
Kemudian, ada tayangan perdana Ashabul Ukhdud The Movie. Filem ini memenangi persembahan terbaik... iklan sket. Sesiapa nak beli bolehlah menempah dengan harga 2 euro. Heh lawak spastik kejap. Sebenarnya, projek ni kitorg buat semasa di Coventry dulu, dengan membedal camcorder and laptop Bro Ismail. Hahah... macam siut, 2 hari je dah siap!
Hmmm... Dr Oteh dan keluarga balik malam nih. Insha Allah selamat... dan pulang dengan haji mabrur.
Aku rasa tujela kot entry kali ini. Dipersilakan utk memberi komen dan teguran sekiranya ada salah dan silap.
No comments:
Post a Comment