Assalamualaykum warahmatullah,
Di pagi ini terasa nak pula menulis serba sedikit pengalaman di Acheh. Selepas melihat Yusuf, Imran dan Asma' mencoret di blog mereka. Cuma belum dengar cerita dari Johan dan Asyraff.
Rejuvenate sikitlah kiranya.
Sebenarnya, agak tak tersusun teladan dan pengajaran yang dapat semasa di Acheh... jadi saya cuba jugalah untuk luahkan mengikut apa-apa yang timbul dahulu di kepala saya ini. Sewajarnya saya share apa-apa yang dirasakan perlu, sebab, Rasulullah sendiri pernah bersabda, mafhumnya : Sampaikan walau sepotong ayat.
Trip yang saya libatkan adalah trip Yayasan Amal Malaysia, misi ke 28, iaitu relief mission kedua terakhir - menurut Pak Razak dan Abang Azmi yang menjadi tiang kumpulan kami. Cukup friendly dan patut dicontohi kami...
Tarikh? tak ingat lah pula.
Persiapan. Sempoi dan simple belaka. Alhamdulillah berjaya mendapatkan sebuah digital kamera (Nikon D70s) 3 jam sebelum berkumpul di KLIA. Manual pun tak sempat nak baca. Alhamdulillah juga, Allah tunjukkan bahawa banyak benda boleh dirakam dengan benda alah ini. Tup-tup, bila di KLIA, terserempak dengan rombongan pelajar-pelajar PETRONAS (tak tahu ke mana - sama ada NZ, AU atau UK), budak SMAPK pula. Huu... dihantar oleh ayah dan Syafiq Idris (penerangan lanjut mengapa beliau turut serta nanti ya). Bila berkumpul, segala inventori dicatitkan - bekalan ubat-ubatan, ubat gigi, berus gigi, tuala wanita, sabun dan lain-lain...
KLIA. Tup-tup, bila nak bergambar - terperasan Ishaq, Fairuz, Hafis, dan aku. Aisehmen...

//Seperti biasa, saya tiada dalam foto.

//Tak berapa banyak sangat bagasi kami...
Kami juga kurang senang dengan pramugari Air Asia yang berpakaian sendat dan ketat. Tak malu sungguh... aku yang tengok pun dah rasa malu. Apa da...

//Lebih baik membaca, tak begitu? Bagus sungguh pakcik Hafis kita.
Kami tiba di Medan kira-kira pukul 10.30 malam begitulah. Melewati passport control yang pegawainya memandang kami dengan kekosongan... tapi syukurlah sebab tak banyak songeh.

//Kali pertama ambil shot waktu malam. ISO 1600 - kamera pun masih tak faham macam mana nak guna...
Pada malam itu jugalah kami berkenalan dengan pak supir rasmi kami - Jatmiko atau nama popular di kalangan muslimat Pak Joko. Pak supir yang cukup baik hati pendek ceritalah. Dan sudah boleh berdialek orang Malaysia lagi. "Boleh saja...". "Jom...". Dan lain-lain remarks...
POSKO PKS, Medan. Kami bertemu dengan orang PKS untuk membuat tag nama (untuk keselamatan dan kemaslahatan semua). Komite Kemanusiaan Indonesia KKI (sebutnya Ka Ka E) untuk UN, Partai Keadilan Sejahtera PKS untuk TNI. Jika tak, alamatnya asyik ditahan saja di checkpoint - tahan saja tak apa, kalau minta uang? Waduh... sakit poket! Malam itu juga kami ada briefing mengenai situasi sekarang di Meulaboh - GAM, pau duit, kemiskinan, kamar kecil et al. Sebaik saja tamat briefing, semuanya semangat belaka - nak menjadi RELAwan bukannya RIHLAHwan.
PKS. Sebenarnya cukup respek kepada mereka... Alhamdulillah diberikan peluang bertemu dan bersama dengan mereka dalam trip kali ini. Insha Allah banyaklah values that can be breathed in, and manisfested out upon returning home.

//Taklimat ringkas sebelum berangkat ke Meulaboh.

//Muslimin ralit mendengar, muslimat tak masuk gambar pula...
Atas sebab-sebab keselamatan, kami harus bertolak pada malam itu juga. Dikhabarkan GAM aktif berkeliaran di waktu malam di NAD, dan ini amatlah membimbangkan kami. Di Sumatera Utara (SUMUT), tiada GAM. Pendek kata, kami harus tiba di NAD dari SUMUT semasa hari sudah terang...

//Untuk protect diri dari TNI. BRIMOB (Briged Mobil) pun insha Allah tak menahan kami.

//Untuk UN (United Nations).
Perjalanan ke Meulaboh. Fuh! Hampir 16 jam di dalam mobil. Bertolak malam itu juga, dan tibanya keesokkan petang. Alhamdulillah kami tidak menabrak atau ditabrak orang sepanjang perjalanan. Tapi mujahadah tu biasalah... cobaan dari Pangeran Kuasa... tak begitu?
Sepanjang perjalanan, terbayang di kamar minda bagaimanakah rupanya Nanggroe Acheh Darussalam... adakah sudah pulih? atau masih bergelumit dengan kehancuran? Wallahu'alam... sampai aku lihat sendiri baru tahu jawapannya.

//Di Indonesia, airnya manis sangat. Patutlah dapat sakit gula!
Yang uniknya, di NAD, setiap 3-4 minit pasti saja melewati masjid. Bagus sungguh... banyak tempat solat. Kalau nak banding dengan kawasan Ampang... fuhh.. susah sikit, kena pusing-pusing baru jumpa masjid. Dan yang menariknya, mereka cukup berikhtiar untuk menambah peruntukan untuk membina masjid... sila lihat foto-foto di bawah.

//Derma...derma jangan tak derma

//Dermalah untuk menyiapkan masjid ini...
Dan, yang patut dicontohi oleh kita adalah detailed financial report di setiap masjid. Upah khatib, baiki atap, papan untuk dinding dan lain-lain kerja semuanya dipaparkan beserta dengan kos dan perbelanjaan sekali untuk keyakinan orang ramai. Barulah telus dan transparent, tak begitu?
Akhirnya, pagi esok kami di tiba Subuh Salam (macam nama kitab Subul Salam pulak) - solat subuh di kedai makan, lama dah... Di Subuh Salam mobil kami dahagakan Bensin rupanya. Terpaksalah ke SPBU Pertamina (Stesen Pengagihan Bahan Bakar Umum) atau stesen minyak. Di situ juga, ketenangan pagi dihirup dan dinikmati. Segar bugar... masih suci udara di sini. Tak banyak karbon monoksida seperti tanahair. Dah plak tu, berjerebu memanjang. Haiya!

//Singgah mencari kamar kecil... di Masjid Subuh Salam
Innalillah... kami dicoba lagi. Tayar mobil kami pecah. Terpaksalah tukar. Alhamdulillah masih ada yang sayang... kami dijemput minum sementara pak supir dibantu oleh bro-bro menukar tayar dalam kehujanan. Teringat dulu-dulu pernah meletupkan tayar kereta sendiri dek memandu laju sangat semasa nak ke KMYS 2 tahun lepas. Syukur masih dipanjangkan umur...

//Dugaan dari Maha Esa... berusahalah Mas!

//Sementara menunggu, kami dijemput masuk menjamu selera...
Perjalanan mesti terus. Ya mesti terus. Masih banyak yang perlu diredahi.
Tapak Tuan. Kami berhenti untuk makan. Perut pun lapar juga walaupun duduk dalam mobil saja. Bila melihat ombak yang mengganas, terbayang terus bagaimanakah agaknya ombak yang melanggar Banda Acheh dan Meulaboh? Subhanallah... memang besar kudrat Allah!

//Merenung jauhnya perjalanan...
Di akhir-akhir perjalanan ke Meulaboh, sempat saya merenung jauh sejenak - bila pula giliran Malaysia? Nauzubillah. Sebab, jika difikirkan kembali, macam sudah cukup syarat dah Malaysia ini - dengan maksiat dan entah apa-apa di mana-mana saja. Tunggu masa sahaja. Kalau Allah nak, bila-bila masa it can strikes!
Rujuk
Trend Mengurangkan Rasa Berdosa @ SaifulislamPengajaran
-Jangan tinggal solat. Solatlah di mana-mana. Di mana-mana adalah masjid belaka.
-Kadang-kadang perjalanan itu lebih manis dari destinasinya.
-Amalkan melihat sambil berfikir. Bukannya melihat dan fikir ke lain.
-Jangan bakhil untuk sedekah.
-Jauhi narkoba.
-There is a 'real reality' out there. Forget about Akademi Fantasia, Mentor, Mentee, Mencari Cintan, dan ntah apa-apa lagi. Dump those reality TVs into drain, will you?
Sampai di sini saja. Bersambung lagi... hmmm bila lah nak publish yang kedua dan ketiga?
Siri II - Meulaboh : Barak, Pengungsi dan Tenda-tenda.