Beberapa kejadian...

Perut ini sebenarnya sedang berkeroncong tatkala melayari blog-blog rakan. Hmmm... mengamati setiap mesej yang hendak disampaikan. Hmmm... dah lama tak menziarah. Mungkin sebab lupa. Mungkin sebab banyak benda lain yang perlu dibuat. Mungkin sebab lain yang aku sendiri pun tak tahu. Walaupun benda itu penting.

Kadang-kadang banyak benda kita tak nak ambil tahu perkara mustahak. Pelik bukan? Di hadapan saya sekarang ada kertas soalan yg diedarkan semasa Kursus Pra Perkahwinan & Kekeluargaan Islam. Bila melihatkan jawapan, rasa semacam. Hmmm... adakah layak mereka ini menjadi ketua keluarga? Aku? Entahlah. Tepuk dada tanya iman...

Kadang-kadang kita tergelak. Walhal syaitan yang gelakkan kita pasal kita tak tahu. Sedih bukan?

Download kertas soalan di sini. Gelakkan diri sendiri jika tidak tahu. Edarkan ya?

Sempat juga berborak dengan Ustaz Rahim ketika makan tengah hari. Rancak jugalah. Agak panjang modal dan perbualannya. Dia kata jadi suami bukan suatu benda yang senang. Aku setuju. Jadi ayah lagilah. Aku setuju. Yalah, dek kejahilan si suami, bertimbun dosa isteri, belum campur yang diri sendiri punya. Masha Allah...

Oleh itu, rakan-rakan, para bakal suami, marilah kita dalami ilmu hal ehwal wanita. Haid nifas istihadah mazi wadi dan macam-macam lagi. Jangan kata ini hal perempuan saja. Sedih... Berdosa hukumnya tak ambil tahu.

Sewaktu di sekolah dulu, pernah terjumpa buku fiqh yang cukup terperinci. Penerangan tentang warna, kepekatan, bila waktunya, dan lain-lain maklumat cukup lengkap. Ada yang kata - alah, bukannya pakai pun. tak penting. Hmmm... yalah tu. Hal diri sendiri tak nak ambil tahu.

Pendek kata, Kursus Pra Perkahwinan & Kekeluargaan banyak meninggalkan kesan. Jangan dapat sijil sahaja. Sijil dari Allah? Wallahu'alam. Tapi, rasanya lebih baik jika ada case studies yang real. Takpun, beri masalah-masalah fiqh ini kepada muslimin, supaya tahulah mereka bahawa benda ini bukan lawak jenaka selepas habis kuliah. Tapi, terpulanglah kepada kita untuk bertindak. Memetik kata Dr HM Tuah, "Nak ke tak nak?". Kita pilihlah ya?

Dalam hal yang lain, terasa semacam pabila cuba memahamkan diri tentang ethics & values dalam medicine ini. Autonomy, Best interest - beneficence & non-maleficence, dan Justice. Double effect, consumerism in medicine, utilitarism dan banyak lagi ism-ism yang agak sukar untuk saya garab. Kenapa ya? Mungkin terlalu banyak makan semut sehingga kadar pemprosesan data menjadi lembap. Ataupun, agak ischaemic otak sebab chips yang dimakan tadi belum dicernakan dengan sempurna.

Yang lainnya, cuma merasakan ethics & values ini kalau boleh tidak mahu melibatkan agama. Nak universal kot. Mengapa ya?
Mungkin saya saja yang terasa benda alah ini. Entahlah labu...

Namun, rasanya perlu sebagai muslim ambil tahu ethics & values ini dalam perspektif Islam. Prof Omar Kasule telah menerangkan dengan jelas di sini.

Dalam kejadian yang lain, tiba-tiba semangat balik nak learn, unlearn and relearn arabic. Sebab itu letak mp3 arabic. Sedap. Memang manis sungguh bahasa arab. Macam manisnya madu. Seperti bahasa melayu juga, yang dihiasi dengan kiasan gurindam pantun dan macam-macam lagi.

Pernah berborak sakan dengan Omar, rakan dari UAE. Cukup saya hormat. Dia asyik pujuk saya belajar balik bahasa arab secara serius. Lama-lama cairlah juga. Jadi mari kita belajar balik bahasa arab!

Antal lazi khalaqtani, rahimtani wa razaqtani, dauman ya rabbi qad kunta ma'i...
Dikau yang menciptakan daku, memberi belas kepadaku, dan mengurniakanku rezeki... Engkau senantiasa bersamaku Ya Tuhan...
Percubaan menterjemah. Rasa tak berbunga sangat ayatnya. Boleh tolong?

Wah dah pukul 8.40 petang (masih cerah diluar sana). Beransur dulu!

No comments: