Selepas peperiksaan...

Selepas peperiksaan tempoh hari, macam-macam ekspresi muka ada. Senyum sengih ketawa kedukaan, menangis pun ada. Tak tahulah menangis sebab dapat menjawab dengan lancar, atau dengan gugup. Harapnya yang mula-mulalah.

Kita dah usaha, kita berdoa, Allah sajalah yang tentukan? Usaha pun lebih kurang, lebih kurang lah juga hasilnya jawabnya nanti. Man zaro'a hasada!

Hajat selepas peperiksaan ini banyak. Nak ke Bray, tapi tak diizinkan rasanya - mendung sahaja. Tapi, tak apalah, ambil gambar di Grafton Street pun elok juga.

Hari Ahad kami ke Malahide, tapi tak ke Malahide Castle. Cuma sekadar berjalan-jalan. Ada la dekat berbelas yang ke sana, semua tampak ceria gembira. Ada yang sibuk bercerita, dia tak sabar nak balik. Ada yang ralit berfikir-fikir apa agak pelan untuk ke Alhambra, Barcelona, dan Granada. Macam-macam.
Sebelum masuk...
//Bergaya sebelum menawan Malahide

Di depan Malahide Castle
//Malahide Castle milik keluarga Talbot (jangan silap faham dengan regim Polpot)

Tapi pokok pangkalnya, ambillah pengajaran. Allah pun dah berfirman bukan? (22:46)

No comments: