Adapun entry kali ini tiadalah berkaitan dengan rancangan Ready, Steady, Cook kelolaan Ainsley Hariott di BBC yang saban hari ditonton ketika hendak mengalas perut.
Pagi tadi server down dek berbondong-bondong orang hendak login ke Online Histology. Alahai... saya pun termasuklah sekali. Syukur ade PDF siang-siang.
Esok bermulalah series of examinations. Histology, then Jumaat ada anatomy practical. Disusuli pula dengan OSBE. Berakhir dengan written exam pada 20th May.
Doakan kami di sini. Kepada rakan taulan, selamat menduduki peperiksaan. Go go surgeons!
Hidung pun sudah mula terbau udara kampung halaman. Bau belacan, bau nasi goreng, tidak kurangnya bau sampah yang belum dikutip lori. Apakah ini namanya rindu?
Oh ya, dalam boring-boring nak exam tu, mari kita ke sini.Terima kasih kepada sahabat yang memberi. Kalau nak cari yang PDF punya, klik sini.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment