Lagi selepas peperiksaan...

Assalamualaykum warahmatullah & greetings,

Oh ya, semalam ada seorang meninggal dunia di sini, berasal dari Algeria. Inna lillah. Jenazahnya dikatakan akan diterbangkan balik ke Algeria. La... jauh benoo... tanam sajalah di sini. Beberapa hari sebelumnya, Martin Lings/Abu Bakar Sirajuddin kembali ke rahmatullah. Pernah baca sekali saja karya beliau, memang puitis bahasanya.

Makin hari makin sikit Dubliners yang tinggal. Ada yang exam, ada yang masih ada kelas, dah sudah tentu ramai yang sudah pulang ke tanah air untuk cuti musim panas.

Hmmm... cuti musim panas. Banyak benda nak dibuat. Apa ya?

Rapatkan hubungan kekeluargaan. Ajar adik abang kakak itu dan ini. Kita selamatkan ahli keluarga dahulu... baru yang lain-lain. Mereka adalah tanggungjawab kita. Ubah sikit slogan Negara Kita Tanggungjawab Kita, supaya jadi Keluarga Kita Tanggungjawab Kita.


//Ada apa dengan buku ini? Hang cerita la kat adik hang...

Ziarah keluarga dan saudara-mara. Masa inilah kenal balik pakcik kepada mak kita, ataupun cucu sepupu kita. Fuh... sebelah ibu berbelas adik-beradik, macam sebelah ayah. Besar sungguh! Hmmm... tapi kenal bukan sekadar kenal saja...

Banyak lagi, aktiviti-aktiviti nak dibuat. PPIM Galway ada Penyemai Kasih 2005 - program anak angkat (download poster di sini). IMAM ada Sunat Marathon (bukan patutnya Khatan Marathon?). Then ada Program Predeparture lagi. Belum disertakan sekali sesi junior-senior secara informal atau formal. Perlu diterangkan kepada mereka ini bagaimana kehidupan di perantauan... Insha Allah suka saja senior-senior melayan mereka. Dulu pun kami begitu, tak tahu apa-apa.

Semasa cuti nanti, jangan lupa pula untuk mengecas diri sendiri. Banyak sumber di Malaysia nih, dengan bukunya yang berlambak-lambak, ilmuan cendekiawan ustaznya yang ada di mana-mana, dan macam-macam lagi. Inilah masanya kita memperelok apa-apa yang patut diperelok, menambahkan lagi stok bahan bacaan, tidak lupa ration ikan bilis, perencah nasi goreng dan juga tempe. Semoga kita dikurniakan kefahaman, tidaklah menjadi keldai yang sarat muatannya, tapi dia sendiri tidak tahu apa yang dibawanya.

Sebut cuti musim panas ini, rasanya ramai pak arab kita akan turun ke Malaysia. Melancong ke negara Islam (insha Allah) kata mereka. Tersengih di hati bila disebut begitu, sebab terlintas perkara-perkara ajaib dan pelik yang sering berlaku di tanah air. Alahai... Alhamdulillah, tambah juga ekonomi kita eh? Tetamu datang, kita raikan...

Jadi selamat pulang ke tanah air. Tak sesuai rasanya diucapkan selamat bercuti, sebab bercuti ini maksudnya kita tidak akan berbuat apa-apa. Walhal, insha Allah banyak saja perkara yang boleh dibuat, lebih baik jika untuk kebaikan Islam.

Wallahu'alam.

No comments: